Lailatul Qadar: Bersegera dalam mengerjakan amal kebaikan dan menuai ridha Allah.

BismillahirRahmanirRahim

Medet Ya SahibulSaif Sheykh Abd Kerim Effendi Hz

qadar

Subhana’Allah, Allah telah memberikan ganjaran yang luar biasa kepada kita, memberi kemuliaan kepada kita dengan memberikan malam yang penuh dengan keistimewaan dan kesucian. Limpahan nikmat dan rahmat yang diberikan kepada umat ini belum pernah dikurniakan kepada umat-umat terdahulu. Kemuliaan malam yang lebih baik dari seribu bulan iaitu Lailatul Qadar (malam kemuliaan) merupakan hadiah khusus bagi umat Nabi Muhammad (asws). Dan kami katakan bahawa semua ini, sekali lagi, adalah kerana Rasulullah (asws).

Rasulullah termenung sedih memikirkan umatnya yang rerata usianya pendek, sementara umat nabi terdahulu yang memiliki umur ratusan tahun, yang tentunya juga umat mereka juga memiliki kesempatan yang banyak untuk berbuat baik dalam mendapatkan pahala. Sebagai contoh, umat Nabi Nuh (as), mereka hidup selama beribu-ribu tahun. 950 tahun, Nabi Nuh (as) memberi peringatan, menyampaikan risalah, menyampaikan ajaran Allah swt kepada umatnya. Terdapat juga beberapa kaum Bani Israel yang hidup selama beratus-ratus tahun. Hal ini menyebabkan Rasulullah (asws) merasa sedih, karena amal-amal umat beliau yang berusia pendek-pendek itu mustahil dapat menandingi amal-amal umat terdahulu yang usianya panjang-panjang. Dan Rasulullah berkata, ‘sebahagian daripada mereka, dari bangsa-bangsa yang terdahulu, menyembah Kamu Ya Rabbi, terus-menerus tanpa henti sepanjang seribu tahun lamanya, beratus-ratus tahun, sepanjang kehidupan mereka. Bagaimana pula dengan kaum ku Ya Rabbi?’  Maka untuk menghibur hati kekasih-Nya, Allah swt menganugerahkan Lailatul Qadar kepada umat ini. Allah berkata, ‘apabila umatmu  beruntung mendapatkan kesempatan beribadah kepada sepuluh malam terakhir pada bulan Ramadhan dan mendapatkan keberkahan malam tersebut, maka seolah-olah dia telah menghabiskan seluruh hidup mereka dalam beribadah.’ Bayangkanlah bagaimana pula dengan mereka yang memelihara Lailatul Qadr selama lebih dua puluh tahun, empat puluh tahun, lima puluh tahun, enam puluh tahun?

Lihatlah kanak-kanak itu (Sheykh menunjuk ke arah kanak-kanak di Dergah), mereka menyambut Lailatul Qadar sewaktu masih berada di dalam rahim ibu mereka, benar? Dua, tiga, lima, tahun, mereka membesar setiap tahun dengan meraikan Lailatul Qadar. Allah sentiasa melimpahkan nikmat dan rahmat setiap masa. Apa lagi rahmat yang telah Allah berikan kepada kita? Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? Nikmat yang mana satu?

Dan di malam lailatul Qadar ini, insyaAllah ar-Rahman, jika ianya jatuh pada malam ini, semoga kita mendapat restu dan redha Allah swt, dan sama-sama meraih rahmat dan keberkatan agar dapat kita gunakan untuk membersihkan diri daripada segala kekeruhan dan kekotoran hati, serta memperkukuhkan keimanan. Kerana ada tugas besar yang sedang menanti di hadapan. Tugas dalam mempersiapkan diri untuk menyambut kepulangan SahibulSaif, dan agar pada waktu itu, beliau tidak akan mendapati diri kita berada dalam kekosongan, sekadar mengatakan kepadanya, ‘oh kami amat merinduimu. Ohh, kami amat menyintaimu.’ Hanya kata-kata manis di bibir. Kata-kata manis tiada maknanya tanpa bukti, tanpa melakukan apa-apa.  Ramai juga yang telah mengatakan, ‘oh betapa kehidupanku ini  telah berubah semenjak ketiadaanmu.’ Sudah tentu hidup kamu telah berubah, kerana kamu tidak lagi berada di sini. Bagi kami, apa yang telah berubah? Ia tidak berubah. Malah ia telah menjadi lebih berat, tugas-tugas yang dipikul telah menjadi semakin serius. Sudah tentu kami tidak melihatnya, sama ada kamu atau saya, kami tidak melihat seperti kamilah orang yang menjalankan semua tugas-tugas itu. Tidak, bukan kami. Sheykh kami yang telah memberikan tenaga dan kuasa, serta medet (sokongan) untuk melakukan semua ini. Segala yang baik pastinya datang dari beliau, dari Rasulullah, dari Allah.

Sheykh Abd Kerim al-kibrisi

Jadi pada malam Qadr ini, insyaAllah, kita menjaga dan memelihara kesempurnaannya , selemah-lemah kita, umat yang tinggal di penghujung zaman. Malam Qadr ini tidak dikhususkan hanya untuk orang Islam, ia adalah untuk seluruh umat manusia. Ia bukan hanya untuk segelintir manusia, ia bukan sekadar untuk dua bilion umat Islam, ia merangkumi seramai tujuh bilion umat manusia. Dan  segelintir mereka yang bersedia, bukan sahaja bersedia dari segi fizikal, tetapi juga kerohanian mereka turut bersedia dan mereka memelihara kehormatan dan kemuliaan malam ini, mereka akan mendapat ganjaran yang telah diperuntukkan untuk berjuta-juta, jika tidak berbilion-bilion manusia. Kerana nikmat yang turun bukan hanya untuk segelintir, ia adalah untuk tujuh bilion. Dan barangsiapa yang telah mempersiapkan diri, mereka akan meraih kebaikan  dan nikmat yang banyak, yang telah tersedia khusus pada malam itu. Para Malaikat akan berkata, ‘Ya Rabbi, Kau telah memberi kami nikmat dan rahmat yang begitu banyak untuk diturunkan kepada berbilion-bilion manusia, tetapi mereka tidak bersedia, mereka sedang asyik berada dalam ghaflat (kelekaan).’  Maka kamu  yang telah bersedia akan menyimpannya. Jika kamu tidak melihat dengan pandangan mata kasar ini, bagaimana untuk kamu menjalani hubungan batin menerusi qalbi?

Saya tidak hanya  memberi satu petanda, malah beribu-ribu petanda telah saya berikan. Hati kamu harus hidup kerana sesungguhnya hati yang hidup adalah hati yang menjadi pangkal hidupnya iman, akhlak Islam dan mendapat hidayah daripada Allah swt. Kami telah mengatakan berkali-kali dan berulang-ulang, namun kamu tetap meneruskan kehidupan dalam ghaflat (kelekaan). Kerana jika kamu setiasa berada dalam keadaan berwaspada, pasti kamu akan prihatin dalam segala urusan. Mungkin keadaan telah berubah sedikit. Mungkin ada perkara yang berbeza. Contohnya, kami tidak merancang untuk menziarahi Sakal I-Serif. Jika kamu awas, kamu pasti akan meraih keberkahannya. Tetapi jika kamu terlena terus dalam khayalan,  kamu tidak akan meraih apa-apa keuntungan. Pada waktu itu, jika Nabi datang mengunjung, seperti yang telah beliau lakukan tadi, kamu berada dalam kerugian. Jadi berjaga-jagalah. Kerana Malaikat akan bertanya kepada Maha Suci Allah, ‘apa yang harus kami lakukan dengan berbilion rahmat dan keberkahan ini, Ya Rabbi?’

Allah berkata, ‘Akulah yang bergelar Kerim. Segala yang telah Aku beri, Aku tidak akan mengambil balik. Tidak. Berikan kepada mereka yang telah bersedia. Berikan  kepada mereka yang terjaga.’

Ya, kami amat memerlukan keberkahan atau barokah dari Allah. Jika kamu tidak mengingininya, saya memerlukannya. Kami memerlukannya kerana kami mempunyai tugas yang perlu dilakukan. Ini adalah tugas-tugas berat. Dengan berkat pertolongan Sheykh kami, kami boleh memikul seluruh dunia. Tiada masalah. Usah diragui, usah menyimpan sebarang keraguan dan usah memendam sebarang kelemahan yang merugikan. Kita bukan sahaja boleh memikul dunia ini, malah kita boleh memikul ribuan dunia seperti ini, dengan berkat dan sokongan Sheykh kami. Itu sahaja.  Jika kamu berkata, ‘semua ini adalah hasil keringat sendiri,’ maka pada waktu itu, kamu akan binasa ditindih beban diri sendiri.  Kamu akan runtuh ditindih dosa-dosa diri sendiri dan dosa-dosa orang ramai. Kerana mereka mengagumimu dan mereka merasakan bahawa kamu adalah istimewa.

Alhamdulillah, kami tidak memandang daripada segi bilangan manusia. Kami lihat pada keikhlasan hati. Kami baru selesai menyambut Haul,  Maulid memperingati  Sheykh kami. Mungkin terdapat sesetengah orang yang apabila melihatkan bilangan jemaah kita yang kecil ini mereka akan berkata, ‘Oh, hanya dua puluh orang yang berkumpul untuk manyambut Maulid, sedangkan Sheykh Effendi mempunyai ratusan murid.” Untuk ini, kami katakan, ya benar, kerana daripada jumlah mereka yang  beratus-ratus, hanya dua puluh yang memiliki keikhlasan hati untuk hadirkan diri kemari. Biar saya jelaskan bagaimana selepas kewafatan Nabi (asws), pengikut beliau yang pada ketika itu merangkumi ratusan, ribuan, malah jutaan manusia dari seluruh Arabistan, satu persatu, majoriti daripada pengikutnya itu mulai mengkhianatinya. Dan berani kamu mengatakan hal-hal seperti itu terhadap jemaah kami? Alangkah bodohnya pemikiran seperti itu. Jadi apa yang berlaku? Nabi telah gagal? Astarghfirullah. Kebanyakkan mereka bukan sahaja mengkhianati Rasulullah, malah mereka telah pergi ke Madinah untuk menyerang dan menamatkan riwayat orang-orang yang berada di jalan yang benar! Tidakkah kamu tahu? Tidakah kamu mengerti?

Kami tidak memandang pada angka. Mungkin hanya terdapat dua orang yang menghadiri Maulid itu, tetapi ketahuilah bahwa kedua-duanya ini hadir diiringi Tajali Allah dan Rasul-Nya. Tajalli Sheykh kami menyertai mereka itu. Ya, ternyata mereka jauh lagi hebat kerana mereka hadirkan diri  dengan tujuan hanya untuk mengingati Allah, untuk memuji Nabi-Nya dan memberi penghormatan tertinggi keatas Sheykh kami. Mereka tidak hadirkan diri sekadar untuk menunjuk-nunjuk. Tujuan kehadiran mereka bukan untuk mempertaruhkan kehebatan diri masing-masing. Tidak, mereka tidak hadirkan diri untuk melakukan apa-apa keburukkan, untuk menabur fitnah. Bagi mereka yang hadir dengan rancangan untuk membuat fitnah, maka fitnah itu sendiri akan jatuh di atas kepala mereka. Awas! Berwaspadalah.

Maka ketahuilah bahawa sesungguhnya kami tidak melihat pada jumlah yang kecil. Itu bukan kayu pengukur yang mutlak. Seperti yang kelihatan disini, malam ini adalah malam Qadr tetapi keadaan di dalam masjid ini kelihatan seperti kita sedang mengadakan acara majlis zikir Besar. Ruang masjid hampir penuh, bukan? Apakah itu matlamat kita? Agar ruang di masjid ini melimpah ruah dengan jemaah? Jikapun kamu hadirkan diri ke mari, katahuilah bahawa kamu melakukan semua ini untuk kebaikan diri sendiri. Bukan untuk saya. Bagi kami, kami amat gembira sewaktu kami mempunyai masjid yang kecil yang mempunyai sebuah dapur kayu yang dapat menghangatkan tubuh di musim dingin, dan hanya segelintir kecil jemaah; sepuluh, dua puluh orang. Ya, dua puluh orang.  Dan mereka inilah yang berdiri dengan patuh dan teguh pada ajaran Sheykh kami, dan sama-sama bersatu  menghadapi  masa-masa sukar, tanpa menikmati sebarang kemewahan hidup. Mereka hadirkan diri demi Allah, mereka meninggalkan segala-galanya untuk beribadah, hanya untuk bersama dengan Sheykh mereka, dan Sheykh mereka  juga tidak memberi sebarang kemewahan pada mereka.

Bangkitlah wahai diri dan sekalian saudaraku. Kita harus bangkit dan sedarkan diri kita dari kelekaan yang sedang sentiasa membuai kita sekarang, terutama sekali bagi mereka yang mengikuti  perjalanan SahibulSaif. Kita harus mengatakan bahawa tugas-tugas Sheykh kami adalah jauh lebih besar jika dibandingkan dengan  perasaan orang ramai. Dan ketahuilah bahawa  masih ada kepala yang sedang memimpin jemaah ini.  Jika kamu tidak ingin patuh kepada  kepala ini, pergilah. Kamu bebas untuk mengikuti kepala- kepala yang lain. Malah kamu boleh meletakkan pelbagai kepala lain di atas kepala kamu sendiri, ia tidak akan memberi sebarang kesan pada saya. Kamu yang akan kelihatan aneh begitu.

Namun beradanya kami di sini adalah atas dasar cinta dan kesetiaan terhadap Sheykh kami.  Itu sahaja. Semoga Allah melenyapkan segala yang tidak diingini dari jemaah ini. Ia juga tidak meninggalkan sebarang kesan pada diri kami. Terlalu ramai yang telah merancang strategi untuk menumpaskan kami, tidakkah kamu lihat sendiri? Lebih kurang setahun telah berlalu sejak pemergian Sheykh kami,  dan sekarang ini, terdapaat begitu ramai diluar sana yang menjadi bengang, setelah segala tindakan dan percubaan untuk melumpuhkan kami tidak membuahkan sebarang hasil. Malah ramai yang menanti dengan penuh harapan untuk melihat jemaah kami ‘gulung tikar.’ Mereka menyangkakan semuanya akan berakhir bagi kami. Biar saya jelaskan, izinkan saya membuka sedikit untuk pengetahuan mereka  yang sedang terlena. Ramai yang meramalkan bahawa dengan ketiadaan Sheykh Effendi, Sheykh Abdul Kerim Effendi, dengan secara perlahan-lahan, semuanya akan pupus begitu sahaja dan jemaah beliau akan berpecah, segala-galanya akan berakhir. Huh!  Teruskan dengan khayalanmu!  Ketahuilah bahawa dengan Medet dari Sheykh kami,  semua ini tidak berlaku!

beyatt

Di sini di Amerika, Alhamdulillah mereka masih kekal teguh bersama kami. Pastinya yang lemah dikalangan mereka akan pergi. Kami hanya mendoakan  mereka. Tetapi ketahuilah bahawa tindakan sebegitu hanya memudaratkan diri sendiri . Bagi mereka yang masih di sini, yang kekal bersama  dan bersemangat mengharungi segala badai dalam perjuangan ini, mereka ini umpama batu karang di tengah samudera, tetap kukuh dan teguh meskipun diterpa ombak-ombak ganas yang mendera. Ya sesungguhnya dia sedang menguji kita.  Bukan hanya  di Amerika ini, malah di tempat lain di merata dunia, di atas nama Sheykh Effendi, Osmanli Dergahi  telah didirikan dan ia tumbuh di merata daerah bagai cendawan. Kami tidak berkata apa-apa kepada sesiapapun. Dan kami juga belum melakukan apa-apa lagi. Percayalah, kami belum melakukan apa-apa. Orang ramai hanya secara tak sengaja terdengar kata-kata dari kami menerusi video dan sohbet kami, dan mereka langsung hadirkan diri kemari. Kami tidak berbuat apa-apa. Kaki ini belum melangkah kemana-mana.  InsyaAllah, jika dengan keizinan dari Sheykh kami, kami mula bergerak, bayangkan apa yang akan terjadi? Ia amat mudah sekali kerana dunia kini diselubungi oleh penderitaan kegersangan spiritual. Kekeringan dan kekontangan iman yang maha dahsyat melanda penduduk dunia. Tiada sohbet, tiada latihan yang sebenarnya. Namun segalanya akan berlaku dalam masanya tersendiri. Jika Sheykh Effendi membuka laluan, kami akan mengorak langkah. Sekiranya dia tidak membuka laluan, kami berterusan di sini. Tidak mengapa. Kami meneruskan usaha kami. Kami bahagia.

Seperti yang telah saya katakan,  kami tetap gembira disini walaupun tiada 200 orang yang hadir. Kami gembira dengan hanya dua puluh orang. Keadaan terkawal dan tiada kerumitan . Tetapi jemaah itu tetap mempunyai satu kepala. Kami tidak akan menghakimi di antara satu sama lain. Kamu tidak akan menghakimi di antara satu sama lain, untuk mencari kesalahan satu sama lain. Tidak. Jika terdapat sesuatu kemusykilan, kamu harus memberitahu saya. Saya bertanggungjawab. Mengikut kemampuan saya.  Saya menjawab hanya kepada Sheykh Effendi, bukan kepada kamu. Kamu boleh bertanya, untuk mendapatkan penjelasan. Tetapi pada masa yang sama, segala yang terpendam dihatimu, akan jelas terpancar di raut wajah. Kami tidak berubah. Alhamdulillah. Ya, kami berharap untuk berubah, hanya untuk menjadi lebih baik. Tidak menyimpang dari jalan yang telah kami lalui.

Semoga malam ini mempereratkan lagi hubungan diantara jemaah ini, menyatukan  hati  dan melapangkan dada agar kita akan menjadi lebih akrab dan lebih dekat kepada Sheykh kami. Insya-Allah, dan agar jalan akan dibuka dan dipermudahkan. Eh, setahun yang lalu, kami tidak tahu jalan mana yang akan kami tujui, benar? Kami tidak tahu. Apa yang telah berubah dalam setahun? Segala-galanya telah berubah. Kerana kami telah menjadi lebih kuat. Sekarang, kami mempunyai rumah Sheykh kami. Bukan? Kami mempunyai Maqam. Tiada siapa yang boleh memberi  arahan pada kami lagi. Tidak. Mereka cuba, tetapi tidak berjaya. Apa lagi yang kamu inginkan? kamu inginkan wang? Kami akan mencampakkan wang kepadamu. Kerana itulah yang kamu dambakan. Kamu tidak inginkan keberkatan. Tidak. kamu tidak mempercayainya. Oleh itu, kami mencampakkan wang kepadamu. Semua ini kami perolehi dengan izin Sheykh kami.

Seperti yang saya katakan, insyaAllah ar-Rahman, setiap orang mempunyai peranan dan tugas yang berbeza. Ramai yang bertanya, ‘apa yang boleh saya lakukan? Apa yang boleh saya lakukan? Apa yang boleh saya lakukan? ‘Huh! apa yang boleh kamu lakukan? Terlalu banyak yang boleh kamu lakukan. Tetapi hanya jika hati kamu berfungsi. Jika hati tidak berfungsi, kamu hanya akan terperangkap dengan hal-hal yang kecil dan remeh temeh. Hanya kerana seekor lalat dalam mata, kamu akan berkata, ‘ ia menghalangi ku daripada melakukan sesuatu.’ Tetapi jika hati kamu awas terjaga, jika ia hidup dan penuh semangat, walaupun terdapat rintangan di hadapan, kamu akan dapat menolaknya ke tepi. Setiap orang mempunyai halangan-halangan dalam hidup mereka. Tetapi kamu telah menolaknya ke tepi  untuk hadirkan diri ke sini. Itulah lambang keikhlasan.

Semoga Allah meningkatkan keikhlasan kami, Insya’Allah. Semoga malam Qadr ini menjadi rahmat bagi orang-orang yang sedang mencari untuk hidup di jalan Haqq dan mati di jalan Haqq. Semoga malam Qadr ini menjadi mimpi buruk bagi mereka yang tinggal dalam batil dan mereka mati dalam kebatilan. Seperti yang Allah kehendaki. Tetapi kami memohonkan kelebihan  rahmat, kami bermohon agar diberikan keselamatan dalam hidup ini, agar  ummat ini  bangun dari kelekaan, untuk menghentikan segala bentuk kekejaman dan kezaliman. Agar kita bersedia untuk kedatangan Hz Mahdi (as) dan SahibulSaif kami. Al-Fatihah. Amin. SelamAleykum warahamatullahi wabarakatu.

sehl

Sheykh Lokman Efendi Hz,
Khalifah of SahibulSaif Shaykh Abdulkerim el Kibrisi (qs),
OSMANLI DERGAHI- New York
August 3, 2013

 

This entry was posted in OsmanliJB. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s