Muhasabah puasa kita sebelum berakhir

BismillahirRahmanirRahim

Medet ya SahibulSaif Sheykh Abd Kerim Effendi Hz

mimbar

Rasanya seperti baru kemarin kami menyambut kedatangan tetamu Agung, bulan Ramadhan al-Mubarak. Kini hanya tinggal beberapa hari sebelum kita harus berpisah dan ditinggalkan Ramadhan. Muazzin yang melaungkan ‘Marhaba (selamat datang) ya Shahra Ramadhan,’ kini beliau melaungkan ‘Al-Wada’ Ya Syahra Ramadhan, (selamat tinggal wahai bulan Ramadhan).’ Mereka yang bijak harus sedarkan diri, memperkukuhkan tekad dan azam yang padu untuk mempergiatkan lagi amal ibadah di fasa-fasa akhir Ramadhan, agar Ramadhan tidak akan berlalu dengan begitu sahaja. Sesungguhnya Allah mengutuk mereka yang tidak memohon keampunan dari-Nya di bulan Ramadhan yang mulia ini.

Ramadhan adalah Penghulu segala bulan. Ia adalah bulan yang dikhususkan untuk Ummat Muhammad. Rasulullah (asws) bersabda, ‘Allah swt menunjukkan kepadaku setiap amalan anak adam, di mana pahalanya akan digandakan sepuluh kali ganda sehinggalah tujuh ratus kali ganda, Kecuali puasa. Ganjaran berpuasa, tidak aku ketahui ganjaran pahalanya kecuali Allah ‘Azza wa Jalla, kerana puasa adalah tingkatan sabar yang paling utama.’ Dan puasa yang perlu kita pelihara haruslah puasa yang tulus, bukan dari puasa yang di paksakan. Bagaimana dapat kita memlihara kesucian serta keikhlasan berpuasa?

Segala-galanya bermula dari hati. Hati ini milik Allah. Kita hidup untuk Rahmat Allah. Puasa, ia kelihatan seolah-olah kita hanya mengawal nafsu haiwani diri: sekadar mengekang lapar dan dahaga. Tetapi ia tidak hanya tertumpu kepada itu. Ia bukan sekadar mengawal nafsu haiwani. Kita perlu mensucikan jiwa serta memperbaiki niat, memurnikannya, menimbuIkannya dan memikirkannya sebelum memulai melakukan amal perbuatan. Ia tidak hanya tertumpu pada  membersihkan dan sekaligus mengistirehatkan kondisi tubuh. Pastinya sudah banyak yang tahu tentang manfaat puasa pada saat bulan Ramadhan khususnya, namun dunia barat masih belum dapat menerokainya. Para penyelidik ilmu perubatan kini telah membuktikan bahawa puasa dapat meningkatkan sistem imun tubuh secara keseluruhan. Ini adalah kerana setiap perintah Allah swt, ada keberkatannya. Adakalanya  kita akan memahami,  dan adakala kita tidak  akan memahami sepenuhnya apa yang telah berlaku.

Puasa bukan hanya suatu latihan yang bersifat fizikal sahaja, yang perlu ditempuhi oleh setiap individu Muslim pada setiap tahun.  Jika ianya sesuatu yang  bersifat fizikal,  jika ia hanya memberi tumpuan pada menjauhkan diri dari makan dan minum di siang hari, dan pada saat berbuka puasa terburu-buru melahap banyak makanan yang tersedia, dan sepanjang hari kamu sibuk memikirkan tentang juadah berbuka puasa, maka puasa kita itu tiada bezanya dengan  seekor anjing yang sedang di rantai di luar sana. Anjing itu dirantai selama beberapa jam. Dia tidak diberi makan dan minum, kemudian kamu letakkan makanan dan kamu bebaskan anjing itu. Maka kamu kembali pada sifat dan tingkah laku haiwani. Jadi apakah manfaat sebenar Ramadhan? Apakah kegembiraan yang sedang kita nikmati di bulan Ramadhan yang mulia ini?

Ya, kegembiraan yang kita alami sewaktu berpuasa tidak boleh dibandingkan dengan apa-apa pun sama sekali. Kerana sewaktu sedang menjalani ibadah puasa, latihan jiwa hasil daripada puasa akan menyebabkan manusia hampir kepada Allah dan lantaran ia dekat. Tetapi apakah yang akan berlaku setelah selesai kita sebulan berpuasa di bulan Ramadhan?  Puasa hanyalah separuh daripada bulan Ramadhan, benar?  Kerana separuh masa, pada waktu malam, kita tidak berpuasa. Jadi apakah sebenarnya tujuan puasa? Apa yang ada pada puasa hingga dipilih Allah untuk masuk senarai rukun Islam?

Terlalu banyak telah dibicarakan mengenai bagaimana puasa itu dapat memanfaatkan diri kita dari segi fizikal, tetapi bagaimana pula kesannya terhadap jiwa manusia? Apakah yang telah kamu dengari dari Khutbah jumaat sebentar tadi? Ya, seperti yang telah dikatakan dalam khutbah Jumaat, Allah swt telah berfirman bahawa sesungguhnya matlamat agung dari ibadat puasa itu adalah untuk mencapai taqwa. Taqwa itulah yang bersemarak di dalam hati ketika ia mengerjakan fardu puasa kerana menjunjung perintah Allah dan mengutamakan keredaan-Nya. Taqwa itulah yang mengawal hati daripada merosakkan ibadat puasa dengan maksiat walaupun maksiat yang berbisik di dalam hati. Jadi apakah arti dan makna dari kata Taqwa?

Taqwa adalah untuk menyedari, hati akan sentiasa sedar akan pemerhatian Allah terhadap diri ini, lalu mengingati ketuhanan Allah dan keagungan kekuasaan-Nya di samping sentiasa menyedari bahawa diri ini hanyalah hamba yang harus tunduk patuh kepada hukum Allah dan menurut segala kehendak-Nya. Taqwa adalah pakaian jasad batin atau roh.Taqwa adalah perkara dalaman dan banyak melibatkan amalan hati. Kalau sungguh-sungguh diamalkan dan dihayati, akan lahir sifat-sifat mahmudah seperti jujur, adil, benar, berkasih sayang, sabar, redha, pemurah, dan sebagainya. Ini melahirkan keihsanan dan kesejahteraan pada semua, maka ia merupakan suatu ibadah.

Amalan Taqwa pula bukan sekadar apa yang terkandung di dalam rukun Islam seperti puasa, zakat, haji dan solat sahaja. Orang yang beriman tidak akan berkata, ‘mendirikan solat itu adalah satu ibadah. Makan dan minum bukan ibadah.’ Subhanawa ta’ala telah menjadikan bumi ini keseluruhannya sebagai Masjid, tempat menunaikan ibadah kepada-Nya, menjadikan dunia sebagai jalan untuk menuju keredhaan Allah. Tugas atau kewajipan manusia di dunia ini ialah beribadah dan memperhambakan diri kepada Allah. Untuk menepati kehendak ibadah, maka setiap perbuatan manusia mestilah dilakukan semata-mata kerana Allah swt dan mengikut syari’at Islam. Jika kamu mengikuti jejak langkah Rasulullah (asws), maka segala perbuatan yang diharuskan syari’at seperti makan, minum, belajar, bekerja, beriadhah, berkahwin dan mendidik anak adalah ibadah apabila dilakukan semata-mata kerana Allah swt.

Oleh kerana itu, jika seseorang yang sedang berpuasa hanya memberi tumpuan pada lapar dahaga, dan sepanjang hari hanya memikirkan tentang juadah berbuka, maka puasa itu tidak mendatangkan sebarang manfaat baginya dan ia tidak meningkatkan ketaqwaannya kepada Allah. Dan pada waktu itu, kamu termasuk dalam golongan yang pernah dikatakan Nabi (asws), ‘ betapa banyak orang,’ Nabi tidak mengatakan ada beberapa orang, beliau berkata ‘banyak’ yang berpuasa namun dia tidak mendapatkan dari puasanya tersebut kecuali rasa lapar dan dahaga.” Semoga Allah melindungi kita dari termasuk dalam golongan tersebut. Sesungguhnya kami lemah. Kurniakan kami petunjuk.

Maka iman dan taqwa itu sangat penting bagi manusia. Kami sering menerima persoalan dan pertanyaan mengenai: Mengapa kamu menggantungkan gambar-gambar Sheykh kamu di dinding-dinding rumah? Apa sebabnya? Penjelasan kami adalah kerana, dengan melihat gambar Sheykh kami ia akan meningkatkan ketaqwaan diri.  Kami tidak pernah melihat gambar Sheykh kami dan mula memikirkan tentang keinginan duniawi, astarghfirullah. Tidak. Apabila kami memandang wajahnya  akan membuat diri semakin dekat dengan Allah, pandangan kami kepada mereka akan menyambungkan rohani (Rabithah) kita dengan Allah. Bukankah itu taqwa? Bukankah  itu yang dimaksudkan Rasulullah (asws), ‘terdapat  orang-orang, terdapat Rijal (wali-wali Allah) yang jika mereka dilihat, mengingatkan kepada Allah.’

SahibulSaif Sheykh Abd Kerim Effendi

Jadi kini, jika kita memahami bahawa puasa akan membawa kita lebih dekat kepada Allah, baiklah usah disentuh soal keakraban kita dengan Allah, sebelum mendekati Allah, terlebih dahulu  kita harus memiliki taqwa, harus memahami bahawa Allah sedang memperhatikan. Setelah meyakini bahawa Allah ada bersama dengan kita, mengawasi dan melihat setiap yang kita lakukan, Dia adalah Sang Maha Pemelihara kita, Pencipta kita yang juga adalah Pencipta cinta,  di mana cinta-Nya melebihi  cinta ibu kepada anaknya, apabila kita memahami ini, dan apabila kita sentiasa memikirkan bahawa: ‘Allah sedang memerhatikan diriku dan sewaktu berpuasa, aku tidak disibukkan dengan sifat-sifat haiwani, yang hanya tertumpu pada makan dan minum dan beberapa kegiatan lain,’ keinginan itu tetap wujud tetapi  apakah yang kamu lakukan? Kamu mengekang segala hawa nafsu dan meletaknya di bawah tapak kaki. Semua ini dilakukan demi apa? Demi Allah, demi menggapai redha-Nya.

Apabila kamu memiliki kesedaran ini,  pada waktu itu kamu mempunyai taqwa. Dan waktu itu, kamu tidak perlu membaca atau mengkaji tentang cara- cara untuk mensucikan puasa. Tidak. Jangan membebankan diri dengan membaca terlalu banyak perkara yang  tidak kamu fahami. Sebaliknya kamu akan mula menggunakan kepintaran yang telah Allah swt berikan, dan kamu akan berkata, ‘Aku akan melakukan sesuatu, adakah Allah akan gembira jika aku melakukan ini?’ ‘Aku akan mengatakan sesuatu, apakah  Allah akan berpuas hati dengan-ku? Apakah Rasul-Nya akan berpuas hati dengan ku?’

Kami selalu menyebut-nyebut  nama Sheykh Effendi kerana seperti yang telah saya katakan, beliaulah yang mengajar kita taqwa. Beliaulah yang membimbing kita kepada jalan yang terang. Setiap kali kami melakukan sesuatu, akan kami bertanya pada diri sendiri, “apakah Sheykh kami senang dengan perbuatan ini?” Beliaulah pengikat yang utuh dan abadi. Beliau adalah tali yang menghubungkan kita dengan Allah. Seperti firman Allah, ‘berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai .’ Dengan cara ini kita tidak akan mengurangi nilai puasa. Kita akan menumpukan masa sepenuhnya untuk menjalankan ibadat puasa dengan khusyuk dan penuh yakin bahawa Allah sedang menyaksikan setiap amal baik maupun buruk. Segala apapun yang kita lakukan, ianya akan terlaksana dengan bantuan kudrat (kekuasaan) Allah sertah curahan rahmat-Nya. Berkat kesungguhan dan istiqamah kita dalam mematuhi serta mentaati Allah swt dalam menghadapi dan mengendalikan naluri dan mengekang nafsu dalam bulan  ramadan ini, maka Allah akan menurunkan keberkatan-Nya. Dikala itu, insya’Allah, ibadah puasa kamu mungkin akan diterima.

Jadi, puasa mempunyai tujuan yang amat besar. Ia merupakan instrumen yang paling kritis untuk mencapai derajat taqwa. Ibadah puasa yang dijalankan dengan ikhlas akan menghimbau kita untuk selalu mengingat Allah. Itulah sebab mengapa  Rasulullah (asws) berkata bahawa terdapat empat perkara yang baik dilakukan pada  bulan Ramadan. Hal pertama yang paling baik dilakukan ialah mengucapkan kalimah Tauhid, ‘La IlahaIllallah’. Ya, basahi lidahmu dengan zikrullah ‘La ilaha ilallah,’ hayati kalimah ini, uzlahkan diri dari kesibukan dunia, kelukan lidah dengan perbanyakkan tasbih.Ego manusia adalah satu-satunya ciptaan Allah yang mengisytiharkan dirinya sebagai Ilah. Apabila  kamu beruasaha untuk memijak ego kamu, maka kamu akan mengisytiharkan La illaha ilallah.

Perkara kedua yang baik dilakukan pada bulan Ramadan adalah untuk memohon keampunan. Mohonlah keampunan dengan bersungguh-sungguh kepada Allah swt. Janganlah sekadar memohon keampunan dalam  ghaflet (kelekaan). Bermohonlah kepada Allah dengan niat yang ikhlas dan hati yang suci untuk tidak lagi mengulangi kesalahan yang dilakukan. Jangan memberi janji kosong kepada Allah. Duduk tafakur melakukan perenungan dan berkatalah pada diri itu, ‘ini adalah kesalahan-kesalahan yang telah aku lakukan. Ia adalah kesalahan yang besar. Aku benar-benar memohon  keampunan darinya.’  Dengan niat yang ikhlas dan yakin, Insya Allah akan diberi hidayah dan keampunan dari-Nya. Tetapi jika kamu hanya mengatakan, ‘astarghfirullah’, tanpa mencari kesalahan diri sendiri,  dan kamu tidak mengerti keampunan apa yang sedang dipinta,  maka tidak terlalu banyak manfaat yang dapat diraih.

Oleh yang demikian, sama ada kamu percaya atau tidak kepada Tarikat,  inilah yang telah diajarkan oleh Sheykh  kami  dalam perjalanan Tarikat ini. Dan bulan Ramadan yang mulia ini adalah bulan yang menyatukan  umat Islam, yang juga adalah asas ajaran tarikat. Bagi orang-orang yang mahu berfikir serta memahaminya,  mereka akan berkata, ‘kami tidak akan hanya menanti kehadiran Ramadan untuk mensucikan diri. Kami tidak hanya akan duduk menantikan malam lailatul qadar. Kerana bagi kami, setiap malam adalah lailatul Qadr.’ Ya, ramai yang akan merasa kurang senang  apabila saya mengatakan demikan. Mereka akan mencemuh, ‘Huh apa maksudnya?  Setiap malam adalah lailatul qadar? Mana mungkin? Hanya satu malam yang telah dipilih sebagai malam lailatul qadar. ‘

SubhanaAllah. Bolehkah kamu nafikan bahawa malam itu adalah malam penuh kuasa apabila Allah swt turun ke langit dunia pada sepertiga malam terakhir? Tidakkah Allah telah berfirman bahawa pada setiap sepertiga malam terakhir, Dia (swt) turun ke langit bumi lalu memberi kesempatan kepada hamba-hamba-Nya, untuk memohon dan mengadu dalam kesendirian yang murni, berdua dengan-Nya.  Dan Allah swt akan berkata, ‘Akulah raja, Akulah raja, siapa yang berdoa kepada-Ku Aku kabulkan, siapa yang meminta kepada-Ku Aku beri, siapa yang meminta ampun Aku ampuni.’ Dia terus berkata demikian sampai sinar fajar merekah. Bukankah ini  sehebat malam Lailatul Qadar?  Kerna  setiap hari pada sepertiga malam terakhir, saat Allah swt turun ke langit bumi, apabila kita mempersiapkan diri untuk menjumpai-Nya, memohon dan mengadu kepada-Nya maka dengan itulah, kita akan mendapatkan suplai energi dan kekuatan dari Yang Maha Kuasa untuk menjalani kehidupan.

Bagi mereka yang bersungguh-sungguh ingin memperbaiki dirinya dan meningkatkan taqwa, fahamilah bahawa setiap malam adalah malam kemuliaan. Niatkanlah, tekadkan dengan kuat, dan berusahalah untuk bangun di sepertiga terakhir malam,  sekurang-kurangnya untuk duduk bertafakkur, paling tidak pun, untuk bangun menunaikan solat sunnat dua raka’at dan berdoa, ‘malam ini adalah satu lagi  malam lailatul Qadr. Ya Rabbi. Ampunilah aku Ya Rabbi,’ sebelum kamu tidur. Mungkin sesuatu jalan akan terbuka bagimu.

Allah Maha Penyayang dan Dia tahu betapa lemahnya kita umat akhir zaman. Semoga kita diberi kekuatan untuk segera bangkit ketika kita terjatuh. Semoga kita diberi kekuatan dan kemampuan untuk meningkatkan amal ibadah. Dan semoga pula hati kita akan lebih terjaga, membuatkan kita benar-benar menghargai nilai dan kemuliaan yang telah Allah swt anugerahkan kepada kita di sepanjang Ramadhan al-Mubarak. Wa minAllahu Taufiq.

iftar di Osmanli Dergahi

Sohbet oleh Sheykh Lokman Efendi Hz,
Khalifah kepada SahibulSaif Shaykh Abdulkerim el Kibrisi (qs),
OSMANLI DERGAHI- New York
25 Shaban 1436H
June 12, 2015

 

This entry was posted in OsmanliJB. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s