Kesufian/Tasawuf

BismillahirRahmanirRahim

perjalanan

Dalam perjalanan Tasawuf, guru-guru Mursyid kami telah mengajari bahawa sekiranya seorang sufi sedang berjalan dan dia melihat seketul batu, dia tidak boleh menendang batu yang menghalang perjalanan ke tepi. Dia seharusnya menunjuk rasa hormat dengan menundukkan badan sambil mengutip batu itu untuk dialihkan ke tepi. Dia harus memikirkan bagaimana kelak orang lain akan melalui jalan yang sama dan tanpa disedari, mereka akan jatuh akibat tersandung batu tersebut. Mungkin juga akan terdapat orang buta yang akan melalui jalan itu. Maka disebabkan perasaan belas ikhsan, dia mengalihkan batu itu, bukan dengan cara menendangnya ke tepi, tetapi dengan cara mengutip batu tersebut dengan nama Allah, dan meletakannya ke tepi.

Itulah ajaran utama dalam Islam mengenai Tasawuf. Begitulah cara mereka yang mengikuti perjalanan ini. Terdapat begitu banyak buku di pasaran yang menulis mengenai Tasawuf. Terdapat juga banyak ide-ide yang telah dikemukakan mengatakan bahawa Tasawuf ini bermula sekitar kurun ke 800, atau 400, 500, 700 tahun sesudah Rasulullah (asws). Ketahuilah bahawa sesungguhnya Tasawuf wujud menerusi Rasulullah (asws). Baginda (asws) dan para sahabat hidup dalam suasana Tasawuf. Tanpa nama, kehidupan mereka adalah cara hidup Tasawuf. Tasawuf begitu lekat dengan dinamika kehidupan masyarakat Islam pada waktu itu.

Tentu sekali kita tidak akan dapat menemukan keadaan hidup seperti itu pada masaa kini. Namun masih terdapat para wali -wali Allah seperti itu, tetapi mereka semua telah menyembunyikan diri di suatu sudut yang terpencil. Bandar-bandar kini dihuni oleh penzalim yang berkeliaran untuk menzalimi manusia. Terdapat rahsia Ilahi yang tersirat disebalik semua ini. Dan Allah (swt) telah memerintahkan kita untuk menjadi manusia yang baik dan jujur. Pertama sekali, kita harus menguji dan memeriksa diri kita sendiri, serta memperbaiki akhlak dan budi pekerti. Seterusnya kita boleh cuba untuk menghulurkan bantuan kepada mereka-mereka yang lain tanpa mengira perbezaan.

Matlamat tetap adalah untuk mencari redha Allah. Keutamaan adalah untuk mencari redha Allah. Tujuan utama adalah untuk beribadah sebanyak yang terdaya, dan tidak mensia-siakan masa. Dan untuk sentiasa mengingati Allah (swt) di dalam hati dengan mengingati Nama-NamaNya yang Agung, dengan duduk beribadah secara berjemaah, dan bukan dengan cara mengejar kesenangan dan harta duniawi. Matlamat utama adalah untuk menggapai redha Ilahi, dan pada masa yang, membuat persediaan untuk menghadapi hari akhirat, kerana hidup ini hanya persinggahan.

Maka dengan masa yang ada kini, daripada digunakan untuk mengejar kebendaan serta membina kemewahan, kamu akan mengisinya dengan mendekatkan diri kepada Sang Khalik, sering mengingatin-Nya. Dan sentiasa membasahi lidah dengan ucapan-ucapan pujian pada Allah. Kamu akan lebih kerap mengasingkan diri dari manusia untuk introspeksi diri dan meningkatkan ibadah kepada Allah. Dengan cara ini, kamu akan melangkah lagi setapak kehadapan di dunia mahupun di akhirat. Jadi kamu akan menjadi jembatan yang menyampaikan diri ke alam akhirat, dan sentiasa dalam keadaan bersedia untuk segera meninggalkan kehidupan ini pada bila-bila masa dengan mudahnya. Itulah ajaran utama dalam perjalanan Tasawuf, iaitu, untuk membina keteguhan tekad dan kewaspadaan batin agar tidak kotori oleh kebencian, keserakahan dan kebodohan batin karena itu adalah akar penderitaan. Tasawuf adalah ilmu mengenali sifat-sifat zahir dan batin yang tercela dan terpuji, apa yang perlu diharapkan dan bagaimana caranya untuk mencari bekalan yang cukup untuk dibawa ke akhirat. Kerana seperti yang telah saya katakan sebelum ini, dunia adalah ladang akhirat. Apa jua yang ditanam di sini, kita akan menuai hasilnya di negeri akhirat.

Sohbet oleh Sheykh Lokman Efendi Hz,
Khalifah kepada SahibulSaif Shaykh Abdulkerim el Kibrisi (qs),
OSMANLI DERGAHI- New York
June  2014

This entry was posted in OsmanliJB. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s