Gerakan fahaman Wahhabi semakin berleluasa di kalangan masyarakat ini. Apa yang harus kami lakukan?

BismillahirRahmanirRahim

Medet Ya SahibulSaif Sheykh Abd Kerim Effendi Hz

Soalan: Gerakan fahaman Wahhabi semakin berleluasa di kalangan masyarakat kita. Kemana jua pun saya pergi, fahaman wahhabi berada di mana-mana. Di setiap masjid, setiap Imam dan alim ulama yang saya kenali, kebanyakkan mereka bersandar kepada fondasi yang telah dibuat Ibnu Taimiyyah, dan ianya telah merebak hingga ke kawasan Balkan di mana mereka menolak keras amalan-amalan sunnah berzikir serta menolak perayaan maulid Nabi sedangkan amalan mulia ini dipegang kuat olah datuk moyang kami, tetapi ia kini dikatakan  sesat. Apa yang harus kami lakukan?

osmanlidergahi (1)

Bersiap sedialah untuk merubah segala-galanya. Bersiap sedialah  untuk menendang keluar semua fahaman wahhabi shaitan bersama dengan pengikut-pengikutnya. Bersiap sedia. Itulah yang dapat kita lakukan. Mungkin bukan sekarang masanya. Tetapi persiapkan diri. Persiapkan diri kerana satu-satunya orang yang mempunyai kuasa untuk mengakhiri semua ini adalah Hazreti Mahdi (as). Bersedialah untuk bersama dengannya. Persiapkan diri, bersihkan dan sucikan diri secara rohani atau spiritual untuk bersama dengan beliau. Bekalkan diri dengan persediaan yang secukupnya. Tarik diri, keluar dari segala kekeliruan dan fitnah dunia, tipu helah dan perangkap shaitan. Inilah yang perlu dilakukan. Kerana hanya dengan melakukan perkara-perkara ini, maka semakin teballah tahap keimanan seseorang itu, dan ia tidak akan mudah terpengaruh dengan hasutan shaitan. Biar apapun tipu daya dilakukan shaitan, keimanan menjadi benteng yang kukuh menghindarkan diri menjadi hamba syaitan.  Jika kamu tidak mempersiapkan diri, keimanan akan menjadi rapuh, mudah goyah dan mudah dipesongkan oleh anasir-anasir luar yang bertujuan jahat. Kerana ini adalah masa-masa yang di mana hitam kelihatan putih dan putih kelihatan hitam. Kegelapan sedang menaungi dunia ini di mana-mana.

Kami sedang memberikan seruan terakhir.  Bah besar akan melanda. Kami sedang membina bahtera, dan pada masa yang sama memberi seruan yang terakhir. Adakah kami sedang cuba untuk mengubah sistem? Tidak. Kami akui akan kelemahan diri yang tiada berupaya untuk melakukan itu. Namun Bah yang bakal melanda akan merubah segalanya. Kami hanya melaungkan seruan yang terakhir bagi mereka yang sudi memasuki ke dalam bahtera ini, bahtera penyelamat. Bagi yang sudi mendengar, mereka akan mematuhi. Pada zaman Nabi Nuh (as), pada waktu  itu mungkin terdapat berbilion-bilion manusia di muka bumi ini. Dan Nabi Nuh (as) telah diutus oleh Allah swt untuk mengajak kaumnya menyembah Allah swt. Beliau menyeru kepada kaumnya, ‘Tinggalkan cara ego kamu, kembali kepada Allah!’  Mereka bukah sekadar tidak mempercayai  serta mengingkari Nabi Nuh (as), bahkan mereka berusaha dengan mengadakan persekongkolan hendak melumpuhkan dan menggagalkan usaha dakwah Nabi Nuh (as). Ini  termasuklah keluarganya sendiri. Daripada jumlah manusia yang berjuta-juta banyaknya itu, berapa ramaikah yang telah memasuki ke dalam bahtera? Tujuh puluh tiga.

Oleh yang demikian, kami kini sedang menyeru kepada semua umat manusia. Semoga Allah memberi kekuatan kepada kecekalan dan kesabaran hati menerusi cara begini.  Usah pandang remeh segala tipu helah serta perangkap Sheytan dan Dajjal.  Pada waktu itu, apabila kamu sedang berhadapan dengan mereka, ia bukanlah masa untuk mengatakan, “oh, jika aku hanya menghafal doa ini, aku pasti akan membacanya  dan kesemua mereka akan lenyap dari sini.” Tidak. Tidak semudah yang disangka itu. Apa, kamu fikir segala sesuatu yang berlaku ini semuanya mempunyai sangkutan dengan ilmu sihir? Agama, kerohanian, keimanan adalah seperti suatu formula ajaib? Kamu hanya katakan, Abracadabra! dan segala-galanya akan berlaku?

Tidak. Kamu harus memiliki keimanan yang mantap, dan keimanan itu harus dibina dengan cara memahami ego yang menghalang diri daripada menyemai benih iman dalam hati nurani dan sanubari. Jika kamu tidak menginjak-injak ego itu, jika kamu tidak berada di bawah seorang Tuan yang mampu mengajar kamu mengenali tentang ego yang sedang bertakhta di dalam hati, maka kamu fikir bahawa kamu telah  mempunyai iman yang kukuh, padahal secara hakikatnya kesemua itu sudah bankrap. SelamAleykum Warahmatullah.

stock-vector-vector-vintage-borders-54193183 (2) Sheykh Lokman Efendi Hz,
Khalifah kepada SahibulSaif Shaykh Abdulkerim el Kibrisi (qs),
OSMANLI DERGAHI- New York
22 Shawwal 1436H
7 August, 2015
stock-vector-vector-vintage-borders-54193183 (2)

This entry was posted in OsmanliJB. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s