Ilmu yang lapuk hanya bermanfaat untuk dunya

BismillahirRahmanirRahim

ilmu

Dunia kini dipenuhi dengan ilmu pengetahuan yang lapuk. Terdapat terlalu banyak sekolah-sekolah, pusat-pusat pengajian tinggi, dan universiti-universiti. Dari  tahap tadika hingga ke pelbagai lagi bentuk pusat pendidikan yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan di sana sini.  Alam persekolahan berterusan mencapai usia kedewasaan hingga ke usia sekitar 40, 50, 60, 70 tahun. Tetapi apakah sebenarnya yang sedang dipelajari itu? Tiada apa-apa.  Segala bidang ilmu yang mereka belajar, sekali lagi, ia hanya untuk mengejar kepentingan duniawi semata. Dan mereka masih tidak sedar, mereka tidak memahami realiti dunia ini dan juga realiti diri sendiri.  Jika seseorang itu tidak mengenali  dirinya sendiri, adalah mustahil baginya untuk mengenal Tuhannya. Hidup tanpa mengenal Allah adalah binasa.  Tetapi manusia mengenal Allah  hanya pada nama. Mereka hanya mampu untuk melafazkan  ‘Allah.’ Itu sahaja.

Yang perlu diberi keutamaan adalah ilmu mengenal diri. Kamu perlu memahami diri sendiri. Kamu perlu tahu siapa kamu. Bukan sekadar bergantung kepada kad pengenalan (ID card) yang diberikan oleh pihak kerajaan. Kamu harus tahu asal usul dan arah tuju perjalanan hidup itu.  Apakah persediaan kamu sudah cukup? Apakah matlamat hidup kamu di dunia ini? Baik bagi lelaki maupun perempuan. Malangnya dalam perkembangan budaya material yang berkembang pesat hari ini, dari mereka yang berusia 7 tahun hingga yang telah menjangkau usia 70 tahun,  dari berbilion-bilion manusia, hanya segelintir dari mereka yang berpeluang untuk mengajukan soalan ini kepada diri sendiri. Dan kebanyakkan kali pertanyaan sedemikian tiada menemui jawapan yang segera.  Maka dengan perasaan hampa mereka akan berkata, “Ah! Ini hanya soalan bodoh. Tiada gunanya aku menghabiskan masa memikirkan tentang soalan sebegini.” Lantas mereka kembli meneruskan kehidupan yang bergelumang dengan tipu helah dunia, hingga akhirnya dunia itu sendiri yang akan menelan dan membinasakan diri mereka.

“Alastu bi rabbikum. Qalu Bala.” Inilah janji yang harus kamu ingati. Inilah yang harus kita berikan tumpuan dan dalam kehidupan seharian.  Saban hari, siang dan malam, sepanjang 24 jam sehari, kamu harus menepati janji-janji yang telah dibuat kepada Allah swt. Sekurang-kurangnya, pada setiap awal pagi kamu harus mengingat akan janji tersebut. Apakah ertinya semua ini, bentuk fizikal  manusia? Ia hanya sebuah realiti yang wujud hanya pada masa kini. Sesungguhnya realiti diri kamu, ruh kamu, ia adalah makhluk yang tertua yang dicipta Allah (Jalla wa Ala, swt). Usia ruhani manusia adalah jauh lebih tua berbanding dengan jasad. Manusia menganggap diri mereka sebagai yang paling bijak. Kebijaksanaan manusia telah mendorong mereka untuk memikirkan tentang aspek kewujudan dunia.  Mereka  telah membuat pelbagai kajian tentang usia dunia ini. Terdapat pendapat yang mengatakan bahawa dunia ini telah wujud berbilion-bilion tahun lamanya. Hm? Atau mereka katakan bahawa matahari telah wujud berbilion-bilion tahun lamanya. Benar? Saintis, telah berkali-kali menukar  usia dunia yang sebenarnya. Mereka meletakkan jangka masa satu bilion tahun bagi usia dunia ini.  Satu bilion tahun bererti ia bermula dari angka 1 dan ia berlanjutan dari situ. Penyelidikan dan pengiraan masih diteruskan tanpa henti.

Pertama sekali, harus difahamkan bahawa dari segala bentuk ilmu, sama ada yang kamu tahu dan yang tidak kamu ketahui, segala perkara-perkara yang zahir atau yang hanya muncul tanpa kamu sedari akan kewujudannya, atau ia tersembunyi dari  pandangan mata kamu, segala apa yang berada dalam diri kamu, yang telah memberikan identiti bagi dirimu, ruh itulah yang telah dicipta terlebih dahulu sebelum segala sesuatu tercipta. Maka Ruh telah menjadi saksi atas segala ciptaan- ciptaan lain yang telah diciptakan Allah swt.

Manusia abad ke-21, seperti yang telah dikatakan Nabi (asws), “Semakin tinggi ilmu pengetahuan, semakin banyak ilmu di dada, semakin mereka menjadi lebih jahil.”  Mereka tidak berminat untuk mengambil tahu tentang diri sendiri.  Mereka begitu asyik melihat apa yang berada di sudut kanan, dan segala apa yang dipandang oleh penglihatan mata, mereka akan berkejar-kejaran untuk mendapatkannya. Dalam kesibukkan mengejar apa yang ingin dicapainya, mereka lupa untuk melihat pada diri sendiri.  Maka kami mengatakan bahawa kamu memerlukan sebuah cermin yang akan menunjukkan kewujudan diri sendiri. Kamu perlu melihat ke cermin dan berkata, “Oh, aku juga wujud di sini. Aku terlalu asyik mengejar dan mencari  jawapan di luar, tetapi aku sebenarnya wujud  di sini.” Sudah semestinya, manusia kini terlalu kerap menghadapi cermin, tetapi mereka hanya menumpukan perhatian pada penampilan fizikal sahaja. Untuk menghiasi penampilan diri. Suatu ketika dahulu,  saya hanya mengatakan ini kepada kaum wanita, tetapi pada zaman ini kaum lelaki adalah jauh lebih teruk daripada wanita. Meletakkan bedak di muka, dan berdandan dengan segala macam produk-produk kecantikkan, semata-mata untuk membentuk penampilan diri yang mempersonakan. Tetapi mereka sekali-kali tidak pernah bertanya pada diri sendiri: Bagaimanakah penampilanku dalam pandangan Allah Jalla wa Ala, Subhana wa Ta’ala?

Ya, semua sekolah-sekolah kini telah bakrup. Ia ditutup. Sekolah yang mengajar manusia mengenali diri sendiri. Kerana mereka tidak lagi mempunyai ramai pelajar.  Guru-guru telah menutup pintu  sekolah dan pulang ke rumah masing-masing. Mereka menarik diri. Kerana itulah yang diperintahkan Nabi (asws), “Apabila kamu tiba di ahir zaman, kejahilan akan berleluasa. Dari Timur, Barat, Utara, Selatan, di mana-mana.  Jika kamu berada di antara mereka, maka undurkan diri. Usah berterusan di situ. Pada waktu itu kegelapan akan menyelimuti seluruh pelusuk bumi, namun ia tidak akan menyentuh dirimu.’

stock-vector-vector-vintage-borders-54193183 (2)

SahibulSaif Sheykh Abdul Kerim al‐ Kibrisi al-Rabbani Hz
Khalifah kepada Sultanul Awliya GrandShaykh Maulana Muhammad Nazim Adil Al-Hakkani (qs)
OSMANLI DERGAHI- New York

stock-vector-vector-vintage-borders-54193183 (2)

This entry was posted in OsmanliJB. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s