Islam dan Kedaulatan Uthmaniyyah

BismillahirRahmanirRahim

Medet Ya SahibulSaif Sheykh Abd Kerim Effendi Hz

sultann (3)

Jika dibaca kebanyakkan sudut sejarah oleh para pengkaji barat mengenai Empayar Uthmaniyyah, kamu tidak mungkin dapat meneka bahawa Uthmaniyyah adalah sebuah empayar Islam. Mereka sering diperlihatkan sebagai sebuah empayar Eropah biasa yang memiliki pelbagai budaya, dan tujuan kewujudan mereka adalah untuk kepentingan sendiri. Hakikatnya adalah jauh berbeza dari semua ini. Sepanjang sejarahnya dari tahun 1300-an hingga ke awal 1900-an, Empayar Uthmaniyyah adalah sebuah kerajaan yang mempunyai asas-asas Islam yang kukuh. Undang-undang serta idea-idea Islam membentuk aturan dasar kehidupan masyarakat, shariat, dan pemerintahan. Sultan Uthmaniyyah mengisytiharkan diri mereka sebagai penaung umat Islam di seluruh dunia. Walau dengan penekanan terhadap agama Islam, perlindungan kepada penganut -penganut agama lain dalam empayar sentiasa dipelihara. Sudah pastinya, cara bgini akan mengambil Kristian Eropah berabad-abad lamanya untuk menandingi mereka.

GHAZIS

Pada peringkat awal, kerajaan Uthmaniyyah adalah tidak lebih daripada sebuah pakatan puak kecil yang diketuai oleh bey Turki, yang bernama Osman. Beylik-Nya (negeri kecil) di Anatolia barat bersempadankan Empayar Byzantine yang sedang bermusuhan dengan mereka. Osman dikenali sebagai seorang ghazi, atau seorang pejuang dan perajurit Allah yang kukuh. Pada masa itu, dalam budaya Turki, penekanan yang besar adalah untuk seseorang menjadi tentera Islam, mempertahankan bumi Islam daripada serangan Byzantine. Byzantine telah berulang kali mengisytiharkan  perang terhadap kerajaan-kerajaan Islam sejak pemerintahan Khalifah Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali. Sultan Uthmaniyyah pertama, Osman, meletakkan Islam di mercu yang tinggi, apabila ia mengiktiraf agama Islam sebagai agama yang paling penting dalam Empayar Uthmaniyyah.

Di bawah pemerintahan Osman, puak Turki Anatolia menemui satu identiti bersama dalam bersandarkan panduan dan ajaran agama Islam dalam segenap lapisan masyarakat dan menggunakan kepakaran mereka sebagai tentera untuk mempertahankan bumi Islam. Penekanan terhadap identiti Muslim jelas dilihat dalam nasihat Osman kepada puteranya:

“Wahai Anakku! Berhati-hatilah dalam menangani isu-isu agama di atas semua tugas-tugas mu yang lain. Pegangan agama memainkan peranan penting untuk mewujudkan sebuah negara yang utuh. Jangan sesekali menyerahkan tugas agama kepada mereka yang leka, yang tidak beriman dan para pendosa  atau mereka yang leka dengan keseronokan dunia, yang tidak ambil peduli dan tidak berpengalaman. Jangan menyerahkan urusan pentadbiran negara kepada pemimpin-pemimpin seperti ini. Kerana orang yang tidak mempunyai rasa takut kepada Allah maha Pencipta, dia tidak ada rasa takut atas segala yang dicipta oleh-Nya. Mohonlah pertolongan Allah dan bergantunglah pada tali-Nya dalam menjamin keadilan, kesejahteraan dan kesaksamaan, untuk menghapuskan kekejaman, tingkatkan usaha  dalam setiap tugas. Lindungi rakyat jelata dari pencerobohan musuh dan juga kezaliman.”

Jelas sekali, penaung Empayar Uthmaniyyah (Ottoman adalah versi Latin bagi perkataan Osmanli, nama Turki bagi empayar mereka) mengisytiharkan Islam sebagai agama rasmi negeri. Islam menjadi tulang belakang kepada sistem pentadbiran. Sultan-sultan Uthmaniyyah telah ditabalkan dengan pedang Osman oleh  ketua ulama negara. Ini memartabatkan status Sultan sebagai Pembela Islam.

PARA PEMIMPIN DUNIA ISLAM

Kerajaan Uthmaniyyah terbentuk daripada kerajaan kecil pada tahun 1300-an. Dari kerajaan yang kecil itu ia berkembang menjadi sebuah empayar Islam yang terulung di sepanjang abad ke 15 hingga abad ke 19, mewujudkan kesatuan bagi umat Islam selama 600 tahun dan menjadikan Istanbul pusat pentadbiran dunia Islam. Pada tahun 1517, Empayar Uthmaniyyah meluaskan  kuasanya dengan menuju ke bahagian tenggara, menduduki Iraq dan bahagian-bahagian wilayah Arab, Afrika Utara, Mesir dan Syria. Maka sempurnalah tiga kota suci – Makkah, Madinah dan Jerusalem, berada dalam Khalifah Islamiyah dan sekaligus menjadikan mereka sebagai penjaga dan pelindung Haramain.

Uthmaniyyah melaksanakan tugas yang sangat baik dalam abad mereka sebagai penjaga dan pelindung kota-kota suci. Mereka memberi penekanan yang berlebih-lebihan terhadap perlindungan dan pemeliharaan tempat-tempat yang paling penting bagi umat Islam. Bahagian-bahagian yang tertua Masjid al-Haram di Makkah, dinding-dinding arcade, telah dibina semula oleh Uthmaniyyah pada 1500-an. Di Madinah, Sultan Uthmaniyyah Suleyman, yang terkenal dengan disiplin rohaniah yang tinggi, amat memelihara keindahan maqam Nabi Muhammad (asws). Beliau menghiasi makam Rasulullah (asws) dan juga memperindah dan melindungi kubur daripada kerosakan dengan tembaga dan emas yang masih berdiri kukuh hingga ke hari ini. Di Jerusalem, Sultan Suleyman mengarahkan pembinaan semula dinding-dinding di bandar ini, yang juga masih kekal berdiri hingga ke hari ini.

Selain dari pencapaian dan sumbangan Seni Bina, sebagai khalifah kaum Muslim, Turki Uthmaniyyah memiliki kedudukan sebagai ‘khadimul haramayn’ (penjaga dua tanah haram, iaitu Mekah dan Madinah). Pada kedudukan ini, para Sultan Uthmaniyyah mengambil langkah-langkah khusus untuk menjamin keamanan bagi perjalanan Haji. Seluruh laluan haji di wilayah kekuasaan Uthmaniyyah ditempatkan di bawah kawalannya. Mereka turut menganjurkan perarakan rasmi bagi jemaah haji dari Yaman, Afrika Tengah, dan Iraq. Laluan haji utama adalah melalui Damsyik (Damascus) dan Kaherah. Setiap tahun Sultan akan melantik seorang perwakilan khas yang akan membawa jemaah haji dari Damsyik (Damascus). Dia akan membawa bersamanya sejumlah besar emas dan perak sebagai hadiah kepada penduduk Makkah dan Madinah untuk membantu mereka dari segi ekonomi.

Semasa pemerintahan Sultan Abdulhamid II pada tahun 1800-an, kereta api telah dibina dari Istanbul ke Madinah, ini untuk membantu mengangkut beratus-ratus beribu jemaah yang akan pergi ke kota suci. Ketika kerja-kerja pemasangan landasan keretapi Turki – Hijaz sudah sampai ke kota Madinah, Sultan AbdulHamid II menitahkan permaidani dihampar sepanjang 30 km terakhir sisi rel keretapi. Ketika gerabak keretapi sampai ke Madinah Al Munawwarah, kelajuannya dikurangkan dan dengan perlahan-lahan ia mendekati kaki lima stesyen, supaya tidak menganggu Sayidina Wa Maulana Rasulullah (asws). Para penumpang keretapi turun dan berjalan perlahan-lahan dengan penuh adab dan sopan. Hamparan permaidani sepanjang 30km itu pula dibasuh dengan air mawar pada jam-jam tertentu sebagai tanda penghormatan dan pengkudusan kepada Tanah Suci yang diberkati.

MEKKAH

Makkah pada tahun 1910, semasa pemerintahan Uthmaniyyah .

Selain melindungi kota-kota suci, KhilafahUthmaniyyah meyakini bahawa sebagai imam kepada umat Islam adalah kewajipan mereka untuk menaungi umat Islam di seluruh dunia, sama ada mereka hidup di dalam atau di luar sempadan Empayar Uthmaniyyah. Armada tentera laut Uthmaniyyah sering dikrimkan untuk membantu pemberontak Islam melawan penganiayaan dari Katolik Sepanyol pada 1500-an. Juga, dalam tahun 1565, Uthmaniyyah mengeluarkan perintah kesultanan untuk menghantar sepasukan besar tentera ke Aceh dengan sejumlah pakar senjata, tentera dan meriam. Pasukan ini diperintahkan berada di Aceh selama mana yang diperlukan oleh Sultan untuk melindungi Kesultanan Aceh dari kegiatan askar Portugis yang menimbulkan masalah besar terhadap pedagang muslim dan jamaah haji dalam perjalanan ke Mekah. Oleh itu, bantuan Uthmaniyyah amat diperlukan untuk menyelamatkan kaum Muslim yang terus di serang oleh (Portugis) kafir. Daripada contoh-contoh ini dan banyak contoh-contoh yang lain, adalah jelas bahwa Uthmaniyyah sangat bersedia untuk menggunakan kuasa tentera mereka untuk melindungi umat Islam di mana jua, tidak kira sama ada mereka adalah sebahagian dari Empayar Uthmaniyyah atau tidak.

Berbeza dengan idea sekular moden yang memisahkan antara negara dan agama sekaligus bertentangan dengan Islam, Uthmaniyyah meykini bahawa Islam perlu memainkan peranan yang penting dalam pemerintahan dan pentadbiran negara. Mulai tahun 1517,  Sultan-Sultan Uthmaniyyah juga merupakan Khalifah umat Islam. Mereka juga diberi gelaran Panglima orang-orang Mukmin, dan waris Rasulullah (asws). Mereka turut memainkan peranan penting sebagai pemimpin rohani dan politik bagi seluruh umat Islam sedunia. Dengan Sultan-khalifah menerajui tampuk pemerintahan, maka terbitlah pembentukan birokrasi agama yang kompleks yang mengurusi hal ehwal agama dalam empayar.

Menurut undang-undang Islam, tugas utama pemerintah Islam, khususnya bagi yang bertindak sebagai khalifah Allah di bumi, adalah untuk mengekalkan perundangan Islam di seluruh empayar – syari’at. Para ulama memainkan peranan yang penting dalam perundangan Islam. Dalam hierarki ulama Islam, bahagian pertama yang menduduki tempat teratas adalah dua orang hakim besar Islam yang menjadi ahli tetap kumpulan penasihat Sultan. Di bawah mereka adalah para kadi atau hakim bagi kota-kota utama Empayar, seperti Damsyik (Damascus), Kaherah dan Baghdad. Mereka menggubal, menyemak dan mentafsir semua undang-undang Empayar Uthmaniyyah, dan mempengerusikan kes-kes sivil dan jenayah di kota masing-masing. Sebagai contoh, antara tugas seorang kadi adalah untuk membahagi-bahagikan harta pusaka setelah kematian seseorang, mencari penyelesaian bagi dua pihak yang bertelagah, dan mendakwa penjenayah. Para kadi juga menyelia para kadi lebih kecil yang ditugaskan di bandar-bandar kecil di seluruh empayar.

Sebelum sesuatu rang undang-undang diluluskan kepada para kadi individu di seluruh empayar, ia mestilah melalui satu lagi cawangan Islam dalam kerajaan. Berasingan dan bebas daripada sultan itu adalah mufti Istanbul – juga dikenali sebagai Syeikh al-Islam. Mufti adalah perkataan Arab yang bererti ulama yang berkelayakan untuk mentafsir undang-undang agama, dan Syaikh al-Islam bermaksud “ulama Islam”. Syaikh al-Islam mempunyai hak untuk mengkaji semula sebarang undang-undang yang ingin dilaksankan Sultan, dan menghentikan orang-orang yang melanggar syari’at. Dalam banyak kes, sultan-sultan akan bekerjasama rapat dengan beliau untuk memastikan agar semua undang-undang empayar sealiran dengan Islam. Sebagai contoh, Sultan Suleyman digelar Kanuni, yang bermaksud “pemberi undang-undang” kerana beliau sendiri telah mengkaji semua undang-undang empayar pada pertengahan 1500-an dengan Syeikh al-Islam untuk memastikan tiada percanggahan dalam undang-undang Islam

SISTEM MILLET

Dalam menganalisa ciri-ciri pemerintahan Islam Empayar Uthmaniyyah, kita harus ingat bahawa kebanyakan penduduk empayar terdiri daripada mereka yang bukan Islam. Sebuah komuniti besar Ortodoks Kristian, Yahudi, dan Katolik semuanya hidup bersatu dalam empayar tersebut. Pernah juga terdapat beberapa waktu di mana umat Islam merupakan minoriti daripada jumlah penduduk empayar. Sepanjang sejarah Empayar Uthmaniyyah, tiada paksaan yang dikenakan terhadap golongan bukan Islam untuk mematuhi sebarang undang-undang Islam. Sebaliknya, suatu sistem pluralisme agama, yang digelar sebagai sistem millet, telah diperkenalkan. Dalam sistem millet, setiap kelompok agama dan suku minoriti dapat mengurus masalah mereka sendiri tanpa intervensi dan kawal yang banyak dari pemerintah pusat.

Setiap millet diberikan autonomi dan jaminan hak dalam beberapa perkara termasuklah sistem keadilan atau undang-undang. Sebagai contoh, selepas penaklukan Constantinople pada tahun 1453, Sultan Mehmed II telah menyarankan masyarakat Kristian Ortodoks memilih seorang patriarch baru, yang akan berkhidmat sebagai pemimpin mereka. Dengan menjamin hak-hak autonomi masyarakat bukan Islam, Empayar Uthmaniyyah dapat memastikan agar kestabilan dan keharmonian sosial dan agama dalam sempadannya terpelihara. Sistem ini dikekalkan sepanjang sejarah pemerintahan mereka. Bertentangan dengan cara begini, di seluruh negara-negara Eropah Kristian yang lain, kebebasan beragama hanya mula berakar umbi pada sekitar tahun 1700 dan 1800-an. Penafian hak dan penindasan terhadap orang bukan Kristian berterusan, seperti yang dilihat dalam peristiwa Holocaust pada tahun 1940-an dan pembersihan etnik Islam di Bosnia pada tahun 1990-an.

KESIMPULAN

Dasar  pentadbiran Uthmaniyyah itu telah dimansuhkan oleh pengganti mereka, Turki yang secara rasmi telah mengamalkan dasar sekularisme.Setelah keruntuhan Khilafah Uthmaniyyah, penjajah barat telah menular masuk ke negara-negara umat Islam dan menyebarkan fahaman sekular ini kepada rakyat tempatan. Tujuan indoktrinasi ini adalah bertujuan untuk menghapuskan ajaran Islam dan mengekalkan penguasaan dan pemerintahan mereka.

Namun demikian Empayar Uthmaniyyah tetap dikenang sebagai penaung umat Islam di seluruh dunia. Uthmaniyyah amat berkait rapat dengan sejarah pembangunan Tamadun Islam. Kerajaan Turki Uthmaniyah adalah penjaga kota suci Islam, dan adalah misi mereka untuk melindungi umat Islam daripada sebarang ancaman dan pencerobohan luar. Pelaksanaan undang-undang agama Islam secara menyeluruh adalah asas dalam pemerintahan Uthmaniyyah. Bersama-sama dengan penekanan pada Islam, orang-orang bukan Muslim tidak pernah melanggar hak-hak mereka, malah mereka dapat merai kestabilan dan perlindungan di bawah naungan Empayar Uthmaniyyah.

ottoman

 

This entry was posted in OsmanliJB. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s