Bagaimana harus kita menjawab pertanyaan tentang keganasan di kota Paris, tanpa apologetik atau rasa bersalah?

AuzubillahiminashaitanirRajim. BismillahirRahmanirRahim

Medet Ya SahibulSaif Sheykh Abd Kerim Effendi Hz.

Soalan: Bagaimana harus kita menjawab pertanyaan tentang apa yang berlaku dalam situasi serangan senjata api dan bom di kota Paris, tanpa apologetic atau rasa bersalah ?

paris attack

Auzubillahi minash sheytanir rajim. BismillahirRahmanirRahim. Destur, Medet. Kami mohon sokongan dari Sheykh  kami SahibulSaif Sheykh Abdul Kerim al-Kibrisi al-Rabbani, yang kini berada di sebalik  pergunungan Qaf, untuk membimbing kami, untuk memberi kepada kami sesuatu yang boleh dijadikan sebagai pedoman hidup dalam menongkah kemelut arus kehidupan yang mengelirukan dan semakin sulit untuk dikendalikan, bukan hanya sekadar mengekalkan keimanan, tetapi untuk membuat kemajuan dalam peningkatan rohani dan pembentukan akhlak yang mulia.

Salah seorang saudara kami telah mengajukan  soalan tentang bagaimana harus kita menjawab pertanyaan orang ramai tentang serangan senjata api dan bom di kota Paris, tanpa melahirkan rasa bersalah dan apologetik dari pihak kami. Yang nyata, tidak perlu untuk kita merasa bersalah dan mohon maaf. Mengapa harus kita mohon maaf? Inilah salah satu perkara yang amat dititik beratkan dan segera diselesaikan sewaktu pemerintahan Khilafah Uthmaniyyah. Inilah satu-satunya masalah yang segera dibasmi oleh Hazreti Ali (ra). Ramai orang kini yang menggunakan agama sebagai alat untuk memperoleh kepuasan ego. Dan disebabkan inilah maka Daulatil Evliya, Daulat yang tertinggi, iaitu Kekhilafahan Bani Uthmaniyyah, mereka berpegang teguh pada sunnah Rasulullah (asws) dan Hazreti Ali (ra)

Orang ramai terlalu kerap menyebut-nyebut, ‘Shahi Mardan! Shahi Mardan! Shahi Mardan!’ tetapi mereka sendiri tidak tahu bagaimana untuk mempertahankan kebenaran dan ramai juga yang tidak pasti akan erti kebenaran yang sebenarnya. Di zaman Hazreti Ali, wujud sekelompok manusia yang merupakan golongan oportunis. Mereka memantau perseteruan politik antara Hazreti Ali bin Abi Thalib (ra) dan Hazreti Muawiyah bin Abi Sufyan (ra) pada pengujung periode pemerintahan Khulafa Rasyidun. Mereka mencari-cari aib kedua belah pihak dan mengawasi kekeliruan dan ketergelinciran yang sedang berlaku dimana kedua-dua pihak cuba untuk menyelesaikan masalah mengikut cara tersendiri. Maka golongan oportunis ini mula bersatu dan berkata, ‘jika kamu tidak dapat menyelesaikan masalah ini dengan cara kamu, biar kami sendiri yang akan menyelesaikannya  dengan cara kami tersendiri’ Walau sehebat mana sekalipun Hz Muawiyah, Hz Ali tetap dapat menewaskannya.  Tetapi sewaktu kedua-dua pihak sedang menghadapi perbalahan dan permusuhan sesama mereka,  wujud kelompok manusia yang bergelar oportunis,  dan mereka adalah golongan yang sengaja menggunakan agama tanpa kerohanian – dan inilah yang diajar dalam perjalanan Tarikat, iaitu kerohanian. Seseorang itu boleh kerap  mendirikan solat,  berzikir menyebut, ‘Allah, Allah, Allah…’ berbilion kali, tetapi tanpa kerohanian semuanya akan kekontangan. Kerohanian yang bagaimana?

Ya, Ruhullah, itulah tujuan kedatangan Hazreti Isa (as). Beliau datang untuk membawa ajaran tarikat kepada mereka yang telah membawa agama dengan betul, kepada ummatnya sendiri yang telah menjalani agama dengan betul, yang telah melakukan segala-galanya dengan sempurna, amat sempurna. Namun beliau tetap mengatakan, ‘kamu tidak mempunyai kerohanian, maka tujuan kedatangan ku adalah untuk memberi suntikan kerohanian.’ Apakah reaksi mereka? Mereka datang beramai-ramai untuk menyalibnya. Dan Allah yang maha kuasa atas segala sesuatu mengarahkan para Malaikat untuk mengangkatnya ke alam Syurga. Nabi Isa (as) akan hidup dan berada di situ hingga akhir zaman.

Pada akhir zaman, Nabi Isa (as) akan turun semula ke bumi dan akan memperkasakan semula martabat Islam. Tetapi sebelum ini berlaku, dunia pada ketika itu sedang bergelumang dengan dosa dan kekeliruan secara besar-besaran. Kekeliruan itu pernah berlaku pada zaman Nabi Isa (as), tetapi pada waktu itu ia hanya berlaku di kawasan yang kecil. Kini, ia semakin berleluasa di mana-mana.  Kekeliruan jenis apakah yang dimaksudkan itu? Ya, kekeliruan di mana semua orang mengakui mereka begitu beragama, mereka adalah manusia yang paling baik, mereka melakukan semua dengan betul tetapi semuanya mengalami kegersangan kerohanian dan batiniah.

Ruhullah. Kerohanian. Kerohanian Illahi. Kerohanian Haqq. Kerohanian Rahman. Kerohanian Rahim. Maka tarikat hadir untuk membawa kerohanian itu. Ilmu Tarikat merupakan satu ilmu kerohanian yang kini telah hampir luput dikalangan umat Islam. Dan apakah Empayar yang dikenali juga sebagai sebuah Empayar kesufian yang terkenal dengan Syeikhul Islam-Syeikhul Islamnya? Apakah empayar yang berdiri di atas dasar Tarikat, dimana setiap lapisan masyarakat, daripada pekerja kelas bawahan kepada Sultan dan pembesar-pembesar negara mereka mempunyai Sheykh dan mereka memberi penghormatan tertinggi kepada para AwliyaAllah, mereka memberi keutamaan kepada ahli bayt, kepada para Sahabat e-Kiram, kepada Nabi (asws), Empayar apakah itu?

Itulah Empayar Uthmaniyyah yang sentiasa meneladani nilai juang dan kebersamaan para Sahabat e-Kiram dalam apa jua tugas yang mereka lakukan. Setiap kali berhadapan dengan apa jenis kekeliruan sekalipun, mereka akan berkata, ‘kita harus mengambil iktibar dari Para Sahabat e-Kiram. Kita harus melakukan sebagaimana yang dilakukan para Sahabat.’

ottoman

Maka berbalik kepada situasi yang berlaku pada masa Hazreti Ali, pada waktu pemerintahan Hazreti Muawiyah, apabila tercetusnya konflik di antara mereka, terdapat kelompok manusia oportunis yang turut mendirikan solat lima waktu,  mereka juga melafazkan syahadat ‘La ilaha illallah Muhammadur Rasulullah,’ mereka memberi zakat, melaksanakan semua rukun Islam dengan sempurna, tetapi mereka berkata, “kami tidak akan mentaati sesiapa pun. Tiada manusia yang perlu ditaati kecuali Allah. Tiada manusia manapun yang mempunyai kuasa ke atas kami. Tanggungjawab kami hanya kepada Allah.” Sesungguhnya Allah swt telah menjelaskan secara terbuka di dalam Ayat e-kerima, “Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah, taatilah Rasul-Nya dan taatilah Pemimpin-Pemimpin-Nya yang mendapat hidayah petunjuk.” Jadi kamu wajib mendengar dan ta’at kepada pemimpin yang telah dilantik untuk kamu. Jika kamu mentaatinya ia seakan-akan kamu sedang mentaati Rasulullah (asws), ia seakan-akan kamu sedang mentaati Allah.

Namun kelompok manusia itu bangkit dan berkata,’kami tidak mempercayai Hz Ali! Kami tidak mempercayai  Hz Muawiyya! Kami bebas dari cengkaman mereka!’

Mendengarkan pendurhakaan ini, Hz Ali dan Hz Muawiyah dengan segera menghentikan perbalahan sesama mereka. Hz Ali terus memburu golongan manusia ini kerana mereka bertindak sangat ganas. Harus difahamkan di sini bahawa ini bukan sekadar perbezaan ideologi, ini bukan sekadar perbezaan konsep, ini bukan sekadar perbezaan falsafah, perbezaan ini mencetuskan pertumpahan darah dan air mata yang akan membasahi bumi. Atas dasar ini, Hz Ali (as), karena tugas berat dalam rangka memelihara umat Islam dari penyimpangan, segera menghentikan peperangan dengan Muawiyah, dan beliau langsung memburu puak Khariji, Kharij ini, hingga akhirnya beliau berjaya menamatkan riwayat golongan pendurhaka ini. Terdapat sebilangan kecil daripada mereka yang berjaya melarikan diri, namun mereka tidak menimbulkan sebarang ancaman kepada badan utama umat Islam, kepada  ummat, atau kepada ajaran Islam. Ajaran Islam berkembang terus dari Utara dan Selatan, Timur dan Barat, membawa cahaya keimanan dan tamadun, membawa sinar baru dalam masyarakat sekali gus merapatkan jurang permusuhan dan persengketaan sesama manusia.

Pada abad ke-13, Kerajaan Turki Uthmaniyyah telah ditubuhkan. Sultan Uthmaniyyah mengisytiharkan diri mereka sebagai penaung umat Islam di seluruh dunia. Dengan perintah Baginda Rasulullah (asws), Sultan Selim Khan Jannat Mekan, mengambil alih Kekhilafahan. Kini berkat sokongan Rasulullah (asws) dan para Awliya Allah, dengan sokongan para Ahlul Bayt, mereka mula untuk membina empayar yang kukuh. Dari kerajaan yang kecil itu ia berkembang menjadi sebuah empayar Islam yang terulung di sepanjang abad ke 15 hingga abad ke 19, mewujudkan kesatuan bagi umat Islam selama 600 tahun dan menjadikan Istanbul pusat pentadbiran dunia Islam.

Tidak berapa lama kemudian, muncul lagi seseorang yang mendalami Islam, maksud saya agama, bukan Islam. Dia pakar dalam hal-hal keagamaan, namun kepercayaan utamanya mengatakan bahawa, ‘setiap kamu yang mengamalkan Islam telah jauh terpesong. Kamu semua salah. Kamu telah terkeluar dari landasan kebenaran selama berabad-abad lamanya. Akulah yang betul. Dan untuk memperbetulkan segala kesalahan kamu, oleh kerana kamu telah melakukan kesalahan yang besar, maka kamu semua harus dibunuh! Adalah halal bagi ku untuk membunuh kamu. Ini akan menyelesaikan segala masalah.’ Orang yang dimaksudkan itu adalah Ibnu Taymiyyah. Pasti ramai yang akan merasa kurang senang dan marah pada saya terhadap kenyataan ini. Begitu ramai golongan wahabi shaitan yang menggelarkan Ibnu Taymiyyah sebagai Shaykh-ul Islam. Tidak, dia bukan Shaykh-ul Islam. Dia adalah Shaykh-ul Sheytan. Dia merupakan seorang ulama besar yang paling lengkap ilmu pengetahuannya tentang Islam, dan dia mengatakan, ‘tiada wasila. Tiada syafaat. Tiada pengantaraan di antara kamu dengan Allah.’ Dengan lain kata, ini bermaksud Allah tidak mengutuskan sesiapa pun, Allah tidak mendatangkan sebarang belas kasihan, tidak menghantar sebarang penyelamat untuk membawa kamu ke tahap yang lebih dekat kepada-Nya. Ya, sesungguhnya dialah dalang yang mengatakan, ‘sesiapa yang mengunjungi makam Nabi atau makam para Awliya, maka dia telah melakukan shirik!’

Ibnu Taimiyah juga mengatakan bahwa Allah adalah jisim (berbentuk), mempunyai arah dan berpindah-pindah. Ini semua adalah hal yang ditolak dalam agama yang mulia ini. Dia juga menyatakan bahawa para nabi itu tidak ma’shum, Nabi Muhammad tidak memilik jah (kehormatan), kerana itu menurutnya jika ada orang bertawassul dengan Nabi maka ia adalah satu salah besar. Dia turut berkata bahawa berpergian/bermusafir untuk menziarahi makam Rasulullah adalah dikira sebagai perjalanan maksiat dan tidak boleh mengqasharkan shalat. Sekali lagi, ini bukan hanya sekadar perbezaan ideologi. Ini bukan sekadar perbezaan konsep. Ini melibatkan pertumpahan darah dan tetesan air mata duka dan kepedihan sepanjang masa. Ibn Taymiyyah menonjolkan diri dan mengistiharkan, “akulah yang betul. Kamu semua salah. Aku yang benar. Jika aku mempunyai kuasa, sudah pasti akan ku hapuskan kamu sama sekali kerana kamu semua bukan beragama Islam.” Ibnu Taymiyah mulai menyebarkan satu demi satu bid’ah-bid’ahnya yang sesat. Pelbagai lapisan masyarakat dan orang awam yang jahil mulai terpengaruh dan cuba mengikuti Ibnu Taimiyah sehinggakan perkara ini disedari oleh ulamak-ulamak di masa Ibnu Taimiyah sebagai suatu ancaman yang bahaya.

Apabila Sultan mendengar tentang hal ini, baginda langsung menjatuhkan hukuman ke atas dirinya. Sultan memerintahkan agar dia dihumban ke dalam telaga. Buku-bukunya semua dibakar. Ini jelas menunjukkan bahawa kekeliruan dan badai fitnah pasti akan melanda untuk merusak setiap kesucian yang  mula berakar. Inilah resam dunia. Setiap kali kesucian mula berputik, shaitan akan segera ke arahnya untuk menodai dan mencemari kesucian itu. Maka itu adalah menjadi tanggungjawab para alim ulama untuk sentiasa berada dalam keadaan berjaga-jaga agar mereka akan lebih peka dengan keadaan sekeliling dan berusaha untuk membentengi kesucian daripada dinodai. Syaitan tidak tertarik pada kejahatan. Kerana yang dinamakan syaitan itu adalah merupakan kejahatan. Dia begitu tertarik pada kesucian, untuk mencemari kesucian itu dan merubahnya menjadi kebatilan. Maka Sultan menghapuskan Ibn Taymiyyah sama sekali, semua buku-bukunya dibakar, hanya beberapa buah buku yang terselamat dan disembunyikan di sana sini.

taati

Dalam Islam, pemimpin dan pemerintah itu adalah Khalifah Allah. Mereka di amanahkan Allah menjalankan tanggungjawab untuk menanam benih taqwa yang teguh di dalam jiwa ummat Islam. Dan mereka mempunyai peranan penting dalam melindungi serta membantu ummat menyediakan perisai pelindung diri daripada fitnah akhir zaman dan fitnah Dajjal yang sangat dashyat.  Mereka sentiasa melindungi ummat dan seluruh dunia dari ancaman dajjaliyat, dari perilaku syaitan.

Imbas beberapa tahun kehadapan, selang beberapa abad kemudian, pada zaman Uthmaniyyah, timbul pula seorang individu dalam sebuah keluarga yang berketurunan ulama. Dia adalah anak kepada seorang ulama besar. Saudara-maranya juga terdiri daripada golongan ulama-ulama yang tersohor. Mereka begitu arif serta berpengalaman luas dalam hal ehwal agama Islam. Namun demikian, ego dirinya sendiri tidak terlatih. Malah bapanya telah memberi amaran kepada orang ramai mengenai anaknya. Sanak saudara serta kaum keluarga turut memberi amaran kepada masyarakat umum, mereka berkata, ‘walaupun dia memiliki ilmu pengetahuan, namun dia bukan seorang yang baik.’ Dia mula mengorak langkah sumbang berpandukan idea-idea tersendiri tentang bagaimana Islam harus dibentuk dan bagaimana umat Islam harus dikenali. Dia juga telah berjaya menemukan beberapa buah buku-buku Ibn Taymiyyah yang mengatakan bahawa Allah mempunyai bentuk, Allah bersemayam (duduk) di atas arasy, Allah berdiri, Allah turun dari langit. Dia membaca buku tulisan ibn Taymiyyah dan mula untuk mengumpul sokongan orang ramai. Dia menerima banyak sokongan daripada orang luar, daripada warga asing yang memberi semangat untuk menyebarkan ajarannya. Dia muncul dari kawasan yang dikenali sebagai Najd, di mana Rasulullah (asws) pernah berkata, “Di sana muncul kegoncangan dan fitnah, dan di sanalah muncul dua tanduk setan.” Dalam Islam, istilah tanduk melambangkan kuasa.

Orang yang dimaksudkan ini berasal dari Najd. Namanya yang sebenar ialah Abdul Wahab. Dia memperkenalkan idea-idea baru yang dipetik hasil daripada sumber-sumber yang terdapat dari ibn Taymiyyah, yang mengatakan, ‘kebanyakkan, bahkan hampir seluruh umat Islam telah jatuh ke dalam kemushrikan. Kebudayaan jahiliyah dahulu seperti taqarrub (mendekatkan diri) pada kuburan (maqam) keramat, memohon syafaat dan meminta berkat serta meminta diampuni dosa dan disampaikan hajat, sudah menjadi ibadah mereka yang paling utama sekali, sedangkan ibadah-ibadah menurut syariat yang sebenarnya pula dijadikan perkara kedua. Kita harus menghapuskan mereka semua dan membawa Islam kembali ke tahun sifar.’  Idea-ideanya telah menarik perhatian sekelompok manusia dari keluarga yang bergelar ibn Saud.

Waktu itu, Empayar Uthmaniyyah sedang menghadapi peperangan di sebanyak lima puluh medan pertempuran. Pasukan musuh datang dari segenap penjuru untuk menjatuhkan kekhalifahan Islamiyyah.  Dan pada ketika itu jugalah kedua-dua kelompok ( abd Wahab dan ibn  Saud) ini menonjolkan diri dan bergiat aktif dalam mengembangkan fahaman-fahaman  mereka. Dengan gabungan kuasa dua tanduk ini, iaitu kuasa agama(yang dimiliki abd wahab) dan kuasa politik (yang dimiliki ibn Saud), kekuatan dan kehebatan mereka semakin menyerlah, mereka mula mempamerkan keganasan di kawasan itu. Dengan sewenangnya mereka melakukan pembunuhan secara berleluasa sambil mengisytiharkan, ‘ini bukan orang Islam. Mereka adalah kafir!Malah mereka adalah jauh lebih teruk daripada orang-orang kafir!’ Disebabkan itulah maka kelompok wahhabi ini amat benci kepada golongan Sufi. Mereka berkata bahawa orang kafir sekurang-kurangnya mempunyai peluang untuk melafazkan shahadat, tetapi bagi golongan sufi ini, mereka telahpun mengucapkan kalimah shahadat namun mereka berkelakuan jauh lebih buruk daripada bangsa kafir. Tiada harapan untuk mereka. Jadi apakah tindakkan Wahabbi terhadap golongan Sufi itu? Ya, Mereka bertindak kejam dengan melancarkan serangan ganas ke atas golongan Sufi. Maka terjadilah banyak pertumpahan darah, kemusnahan harta benda, penindasan, kekejaman, dan keganasan secara besar-besaran.

Melihatkan keadaan yang semakin meruncing, Khalifah Uthmaniyyah menghentikan segala tugas-tugas mereka dan segera mengerahkan segala bala tentera untuk mengawal keadaan dan menghapuskan sama sekali kekejaman yang sedang berleluasa itu. Apa yang mereka lakukan? Apakah yang dilakukan oleh golongan Najdis/Wahhabi? Mereka melakukan suatu kekejaman yang amat dahsyat. Ya, segala apa jua yang sedang berlaku di merata dunia kini adalah amat dahsyat. Keganasan dan kekejaman yang tak pernah surut di Syria, Kashmir, Afghanistan dan di negeri-negeri barat, adalah suatu kejadian yang amat buruk. Tetapi cuba bayangkan situasi ini, bayangkan kamu adalah penganut agama Kristian, Vatican, Buddha atau Hindu, bayangkan di rumah-rumah ibadah kamu, sebagai contoh penganut Vatican, kamu didatangi sekumpulan penganut agama Kristian yang menuduh kamu sebagai pengikut ajaran sesat, dan mereka datang untuk menyebarkan ajaran yang benar, dan mereka mula membunuh Imam dan ulama serta para jemaah yang hadir ke St Peter square. Ya, kekejaman yang mengerikan inilah yang berlaku ke atas orang-orang Islam. Inilah rentetan kekejaman yang berlaku di bumi Islam pada waktu itu. Mereka semua dibunuh dengan zalimnya dan tindakan sadis ini disokong olah musuh-musuh Islam. Sesungguhnya kekejaman seumpama ini adalah jauh lebih buruk dari segala-galanya. Tanpa simpati dan belas ihsan, jemaah-jemaah yang datang untuk menunaikan ibadah haji dibunuh dan dizalimi. Mereka (golongan Najdis/wahhabi) mengganggu perlaksanaan ibadah Haji. Jemaah yang tidak bersalah dibunuh dengan sewenangnya. Darah bertumpah dan mengalir membasahi permukaan bumi di Haram e-Sharif. Tidak terkecuali juga jemaah yang berada di Rauza e-sharif, di makam Rasulullah (asws). Mereka turut diserang, dan dibunuh.  Tentera-tentera Uthmaniyyah yang dipaksa berundur oleh pihak penzalim, enggan meninggalkan Makam baginda Rasulullah (asws). Mereka memegang erat pada makam Nabi (asws) walaupun dipaksa untuk mengundurkan diri. Akhirnya penzalim laknatullah menetak tangan-tangan para tentera uthmaniyyah itu. Darah mengalir tanpa henti. Dendam Wahhabi kepada Uthmaniyyah perlahan-lahan dilunaskan apabila mereka berjaya menguasai Mekah dan Madinah setelah menjalin kerjasama dengan pihak Inggeris.

Terdapat sebuah perpustakaan di kota Taif yang berfungsi sebagai pusat pembelajaran Islam khususnya bagi para pengkaji sejarah KeKhalifahan Islam Rasulullah (asws). Sebagaimana berfungsi sebagai penampungan ribuan buku-buku klasik, perpustakaan Maktabah Arabiyah itu juga menampung peninggalan Islam dan peninggalan sebelum Islam. Namun kini, semua itu hilang dan habis dibakar oleh pihak Wahabi. Karena menurut mereka, segala peninggalan itu akan menyebabkan kemusyrikan, dan ribuan buku warisan Islam tersebut akan menjadikan umat Islam berfaham sesat. Oleh karenanya, buku-buku itu harus dimusnahkan dan dihilangkan jejaknya. Mereka merampas semua kitab-kitab Suci yang ditulis mengenai Rasulullah (asws) dan mengoyak-ngoyakkannya. Mereka mengoyakkan kulit buku-buku hadiths dan al-Quran di mana di dalam Islam kita tidak meletakkannya di atas lantai. Inilah sebabnya mengapa wahabbi sheytan, dan kamu sendiri melihat di masjid-masjid, mereka membaca al-Quran dan membiarkannya di atas lantai. Mereka membaca al-Quran, dan meletakkannya di atas peha. Mereka duduk melunjurkan kaki diatas lantai, menghadap kiblat dan membaca al-Quran seperti membaca majalah biasa. Mereka mengoyakkan kulit Quran dan menggunakannya untuk membuat kasut. Ya, semua ini dilakukan oleh wahabbi sheytan. Kamu lupa semua itu? Kami tidak mengharapkan orang-orang kafir untuk memahami perkara sebegini atau untuk mengingati semua yang berlaku ini, kerana umat Islam sendiri tidak mengenali sejarah mereka. Umat Islam sendiri tidak ingin membicarakan tentang hal-hal seperti ini, mereka tidak memahaminya.

Muhammad ibn Saud

Jadi sekarang kamu ingin membicarakan tentang hujung ekor Sang Naga yang semakin membuas? Eh, sedarlah wahai manusia, itu hanyalah penghujung ekor Sang Naga. Jangan bimbang dan ragu, lebih dari itu akan menzahirkan diri. Di manakah kepala Naga itu kini? Dari sudut manakah ia wujud? Siapa yang selama ini telah bertanggungjawab untuk mengetuk-ngetuk kepala naga itu setiap kali ia keluar dari lubang persembunyian, dan siapakah pula yang telah membiarkan kepala itu untuk terus hidup, membesar, memberi makan dan membiarkannya terus mengganas? Siapakah yang menyokong wahabbi? Siapakah yang memberi sokongan kepada wahabbi pada peringkat permulaan dan membantu mereka dalam usaha menentang dan menjatuhkan empayar Uthmaniyyah? Orang-orang Arab, merekalah yang bertanggungjawab! Mereka adalah dalang disebalik pembiakkan golongan wahabbi.

Kamu sedang menangis kini? Kamu sendiri yang telah memberi sokongan kepada Sharif Husayn yang telah dihasut oleh pihak British dan Perancis untuk meminta kemerdekaan dari kerajaan Khalifah Uthmaniyah di Istanbul. Mereka memujuknya dengan berkata, ‘mengapa kamu harus tunduk keapada orang-orang Turki itu? Mereka bukanlah dari golongan Arab. Kamu harus memerangi mereka. Kamu harus memberontak dan meruntuhkan kerajaan Uthmaniyyah.’ Ternyata ini adalah suatu perkara yang amat dilarang Islam (pemberontakan terhadap Khalifah). ‘Jatuhkan Khalifah dan kami akan mengiktirafkan dirimu sebagai Khalifah.’ Maka dia termakan hasutan, dan  didorong oleh hasutan musuh-musuh Islam, mereka bangkit bersatu, semua orang-orang Arab bersatu untuk menentang dan menjatuhkan Uthmaniyyah dengan sokongan padu dari British dan Perancis.

Kenalkah kamu pada Lawrence of Arabia? Mereka membuat filem yang hebat mengenai dirinya bukan? JE Lawrance telah dilantik Yahudi sebagai agen perisikan yang menyusup ke dalam bangsa arab. Lawrance adalah seorang saintis yang menguasai 6 bahasa utama dunia termasuk arab. Dia menguasai dengan amat baik wilayah dan peradaban bangsa arab dan dikenali sebagai lawrance of arabia.  Kemudian lawrence mencari tokoh arab yang menginginkan kuasa, maka di temukan tokoh Syarif Husain wakil dari empayar islam Uthmaniah di Haramain dan Lawrance berhasil  menghasut Syarif Husain untuk membebaskan diri empayar islam Uthmaniah serta menyuburkan nasionalisme di bangsa arab dan menentang bangsa turki yang memimpin empayar islam Uthmaniah.   Lawrance adalah seorang lelaki yang sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkan mangsanya. Hubungan antara lawrance dan syarif husain sangat rapat.

Begitulah keadaan wahhabi, yang merekalah muktazilah dan khawarij moden. Sunnah dan jemaah Rasulullah disesatkan, amalan-amalan Islam diakal-akalkan, hal-hal seni dalam Islam dihapuskan. Jadilah bangsa wahabi yang terkenal dengan kasar, bengis, keras dalam beragama. Inilah didikan yahudi yang bertopengkan Islam. Kemunculan Wahhabi era permulaan telah berjaya disekat oleh Sultan Abdul Hamid ll yang pada ketika itu menjadi Khalifah Uthmaniyyah yang ke-34. Khalifah Uthmaniyyah sangat terkenal mempertahankan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah sejak pengasas empayar tersebut lagi. Uthmaniyyah juga telah berjaya menyekat dan mengalahkan Syiah wahabbi dalam banyak fasa sepanjang empayar tersebut. Sebaik sahaja mereka keluar dan mula untuk merebak, Sultan akan memancung kepala kepala mereka hingga ia kembali masuk ke dalam lubang. Setiap kali ia cuba untuk melepaskan diri dari lubang itu, kepala mereka akan dipancung berulang kali hingga ia kembali ke tempat asalnya.

Kali ini ia kembali muncul, dan musuh-musuh Islam mulai memberinya makan hingga ia menjadi semakin membesar, semakin melebar, dan ia mula menyerang umat Islam. Wahabbi berkembang luas dan memusnahkan terus seluruh Hijaz. Apakah kamu tidak melihat semua ini? Mereka telah memusnahkan lebih dari seribu tahun sejarah Islam. Situs-situs bersejarah yang teramat penting dalam Islam yang berada di Saudi Arabia dihancurkan satu-persatu hingga tiada lagi bersisa. Situs-situs Islam tersebut dimusnahkan dan digantikan dengan pembangunan situs-situs Dajjal yang sarat simbolisme penyembahan terhadap iblis. Mekah, tempat terletaknya Kaabah yang menjadi kiblat umat Islam, kini sedang mengalami pembangunan komersial yang terhebat dalam sejarah. Pusat beli-belah murahan yang boleh didapati di merata dunia turut dibina di sana.  Beratus-ratus buah bangunan sedang dalam pembinaan tanpa meninggalkan sedikitpun sejarah dan binaan asal dari Rasulullah (asws), para Sahabat dan kesemua tinggalan Khilafah Rashidin dan apatah lagi Khilafah Uthmaniyyah.

Kawasan yang dulunya adalah bersejarah dalam tamadun Islam kini telah bertukar menjadi pusat membeli belah yang terhebat, hotel termasyhur dan kediaman mewah. Antara mercu tanda terbaru ialah pembinaan Menara Abraij Al Bait (menara Jam) merupakan pembangunan yang merangkumi Masjidil Haram itu sendiri. Komplek menara tersebut adalah terbesar di dunia dan menaranya adalah antara tertinggi didunia. Binaan pencakar langit akhir zaman seperti yang di beritahu oleh Rasulullah yang dibina oleh kaum badwi adalah betul-betul berada di hadapan Kaabah. Menara tertinggi itu menempatkan jam terbesar didunia yang menjadi kemegahan umat Islam dan bilik-bilik penginapan dibuka untuk pelaburan umat Islam seluruh dunia. Semua orang akur bahawa ia adalah satu simbol dajjal untuk melihat ke bawah, ke Ka’aba sambil mereka duduk di dalam kamar hotel dan dengan megahnya berkata, ‘Oh masya’Allah. Alangkah aman dan selesanya kami menetap di hotel yang bertaraf lima bintang.’

Ya, begitulah keadaan orang-orang Islam yang kaya lagi bodoh kini. Mereka pergi menunaikan Haji dan umrah seakan-akan mereka sedang menikmati wisata indah serba mewah. Mereka tidak ingin meninggalkan keselesaan bilik hotel. ‘Lihat itu, Ka’aba hanya berada di bawah situ. Oh sangat Kecil. Terlalu kecil.’ Dikelilingi oleh berhala-berhala moden. Namun kebutaan pada mata hati telah membuat mereka berkata, ‘oh lihatlah Ka’aba itu. Kita mendirikan solat dan Ka’aba benar-benar berada di bawah telapak kaki ini.’

Siapakah yang memberi sokongan? Siapakah yang telah menyokong kuat golongan wahabbi ini? Siapa yang masih terus-terusan menyokong golongan wahhabi? Kerana mereka tahu, penerapan idealogi wahhabi akan memecah belahkan perpaduan dan pegangan ummat Islam. Selagi wahabbi masih berada di sana, umat Islam tidak akan bersatu. Dan itulah maksudnya, secara terbuka mereka katakan, ‘kita tidak boleh membenarkan anak-anak Islam bangkit bersatu hati lagi. Jangan beri mereka sebarang sebab untuk bersatu.” Dan mereka telah berjaya.

Jadi apakah tindakan mereka setersunya? Mereka terus-terusan melakukan kemusnahan. Mereka membunuh umat Islam di dalam masjid-masjid dan rumah-rumah dan wahhabi bertindak mengejar sesiapa yang lari dari serangan mereka lalu membunuh kebanyakan mereka yang lari itu. Dan ideologi ini bukan sekadar wujud di Hijaz, di Arab Saudi, ia merebak di mana-mana sahaja di seluruh ceruk rantau dunia. Mereka berusaha keras memecah belahkan keluarga, masyarakat dan negara. Memusnahkan makam. Membinasakan masjid. Melenyapkan seluruh kawasan-kawasan zikir. Mereka turut memusnahkan walau hanya sekelumit idea tentang berzikir. Dan kami sendiri telah menyaksikan, sewaktu pengembaraan kami dari timur hingga ke barat di benua ini, berapa banyak masjid yang telah dibuka untuk mengizinkan kami melakukan zikir? Tiada langsung. Jika tiada sesiapa yang mengingati Allah, apa yang Allah katakan? Terdapat kezaliman! Allah swt telah berfirman, “Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang menyekat dan menghalangi dari menggunakan masjid-masjid Allah untuk menyebut nama Allah di dalamnya, dan ia berusaha pula untuk meruntuhkan masjid-masjid itu? Orang-orang yang demikian, tidak sepatunya masuk ke dalam masjid-masjid itu melainkan dengan rasa penuh hormat dan takut kepada Allah (bukan secara apa mereka lakukan itu). Mereka (dengan perbuatan itu) akan beroleh kehinaan di dunia, dan di akhirat kelak mereka mendapat azab seksa yang amat besar.”  Ya, Jika tiada zikir mengingati Allah di masjid-masjid, maka kezaliman akan berleluasa, dan kezaliman itu wujud kerana ‘terrorism,’ keganasan itu merupakan alat bagi kezaliman.

Allah swt telah berfirman, “Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang menyekat dan menghalangi dari menggunakan masjid-masjid Allah untuk menyebut nama Allah di dalamnya.” Katakan kepada saya, adakah terdapat zikir-zikir Allah di rumah Allah? Adakah terdapat zikir Allah di dalam rumah Allah, di Baitullah? Tidak, semua itu telah diharamkan. Jadi apa yang sedang kamu harapkan? Untuk apa harus kita rasa bersalah? Mengapa harus kita meminta maaf? Jawapan kami mudah: kamu yang melakukannya pada diri sendiri. Karena pada dasarnya masalah itu ditimbulkan oleh diri kamu sendiri. Seratus tahun yang lalu. Kamu melakukannya pada diri sendiri. Kamu ingin mangubah keadaan? Berhenti memberi makan pada ‘gergasi’ itu. Jangan beri sokongan kepada mereka. Apakah mereka ingin melakukannya? Sudah tentu tidak. Kami juga tidak mengharapkan mereka bertindak demikian. Mereka akan memberi makan dan terus memberi makan kerana gergasi itu sebenarnya sedang membuat persediaan untuk kedatangan dajjal. Itu sahaja. Mereka semua adalah tentera dajjal. Tidak kira berapa banyak lilin yang dinyalakan, tidak kira berapa banyak lagu yang dinyanyi, malah seluruh dunia boleh memimpin tangan beramai-ramai, mereka tetap tidak akan bersatu, kerana kuasa masih berada di tangan penzalim. Kuasa tidak berada di dalam tangan rakyat. Tetapi mereka lupa akan kewujudan Allah swt. Mereka lupa Allah. Allah mengharamkan kezaliman dengan larangan yang sekeras-kerasnya. Allah mencela orang yang berlaku zalim. Allah berjanji akan menghukum mereka dengan hukuman yang berat di dunia dan juga di akhirat. Dan Allah telah berkata, ‘Aku berikan tempoh sepanjang abad ini untuk kezaliman, untuk ia berkuasa. Selepas itu, nantikan keadilan Ku.” Dan beradanya kita di sini adalah untuk mempersiapkan diri untuk itu. Keadilan yang dijanjikan itu tidak akan wujud dari mereka yang menyanyikan lagu beramai-ramai sambil berpimpin tangan. Walau seluruh pemimpin dunia bersatu dan sama-sama melaungkan keadilan, ia tetap tidak akan menghasilkan apa-apa. Kerana ini adalah era dajjaliyat. Dan dajjal sedang mendalangi berbagai peristiwa di dunia.

Maka perpecahan sedang berlaku kini. Orang ramai kian menyedari. Masanya sudah tiba untuk kita melihat apa yang hitam dan apa yang putih. Ramai kini yang dapat melihat bahawa apa yang sebenarnya kelihatan hitam adalah putih, dan apa yang putih adalah hitam. Kini, bagi diri kamu dan juga diri saya sendiri, kita harus membuat keputusan. Apakah kedudukan kamu? Kamu tidak boleh berterusan duduk bertenggek di atas pagar. Tiada sesiapa yang akan duduk di atas pagar. Kamu harus bertanya pada diri sendiri, ‘siapakah yang aku sokong?’ Justeru buatlah keputusan kamu dengan ikhlas dan berpegang eratlah pada keputusan itu.

Hasrat kami adalah untuk membersih dan menyucikan hati. Tujuan kami adalah untuk menarik diri dari segala kekeliruan yang mencengkam dunia. Matlamat kami adalah untuk tidak sesekali memberi sokongan pada kezaliman dalam apa jua bentuk, dari mana-mana kumpulan, dari mana-mana rejim, dari sesiapapun yang mengatakan bahawa mereka tergolong dalam mana-mana agama sekalipun. Kami tarik diri dari semua itu, dan kami nantikan kedatangan Sahibul Zaman.  Mustahil kamu akan dapat menyambutnya, menyokongnya, dan mendampinginya jika kamu tidak tahu untuk membezakan antara hitam dan putih, secara zahir dan batin. Jika kamu tidak memahami kezaliman yang dimiliki, sifat-sifat keshaitanan dan dajjal yang dimiliki, jika kamu tidak memahami semua itu dan tidak mengikisnya dari dalam diri, bila sampai waktu yang dijanjikan, ia akan menimbulkan kekeliruan bagi kamu. Besar kemungkinan kamu akan berada di sisi dajjal. Tetapi jika kamu memberi tumpuan untuk melenyapkannya dari dalam diri, memahami serta mengawasi keadaan sekeliling , maka kita sedang membuat persiapan, Insya’Allah ar-Rahman berkat sokongan Sheykh dan Grandsheykh kami, kita akan berdiri kukuh di landasan Siratul Mustaqim.

Usah resah. Sungguh kehidupan di dunia ini tiada bererti. Tiada bermakna. Namun kami masih berada di sini, dan tugas perlu diteruskan. Jika diberi pilihan, kami tidak rela untuk berterusan di sini. Kerana Sheykh kami telah tiada. Secara lahiriah, beliau tiada di sisi kami, maka kami ingin turut mengikutinya. Kami ingin bersama dengannya walau di mana jua beliau berada. Namun sayang beribu sayang, beliau pergi meninggalkan pesan, ‘kamu teruskan kehidupan. Asingkan diri, dan buat persediaan.’ Itulah yang sedang dilakukan. Hati kami tiada di sini. Usahlah kamu meletakkan hati di dunia yang penuh cemar. Usah membiarkan diri dilengahkan oleh keluarga dan harta kekayaan. Fahami bahawa ada sesuatu yang amat besar yang telah berlaku. Kita semua berada di dalamnya! Malangnya, ramai murid yang masih leka. Mereka lebih suka hanyut dibuai keasyikan arus gelombang dunia. Kami sedang menarik dirimu keluar dari kekeliruan. Bangkitlah segera. Kita tak punya banyak waktu. Banjir yang bakal melanda tidak akan mengenal pangkat dan darjat. ‘Oh, aku adalah anak seorang Awliya. Aku adalah anak seorang Nabi. Aku adalah isteri seorang Nabi….’ semua itu tidak dapat menyelamatkan dirimu. Apa yang akan menyelamatkan kamu? Apa yang akan menyelamatkan kamu dan saya? Ia adalah taqwa. Ia adalah keikhlasan. Ia adalah ketaatan.

Semoga Allah memberikan kita lebih ketaatan, Insya’Allah kepada Sheykh kami. Terpulanglah. Kamu boleh mengambil kata-kata ini mengikut keinginan kamu. Jika kamu percaya, kamu percaya. Jika kamu tidak percaya, terpulanglah. Tugas saya hanya untuk menyampaikan. Semoga Allah mengampuni saya dan memberkati kamu. Fatihah.

dua1

stock-vector-vector-vintage-borders-54193183 (2)

Sheykh Lokman Efendi Hz,
Khalifah kepada SahibulSaif Shaykh Abdulkerim el Kibrisi (qs),
OSMANLI DERGAHI- New York
7 Safar 1437
November 19, 2015
.

stock-vector-vector-vintage-borders-54193183 (2)

 

This entry was posted in OsmanliJB. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s