Kisah Terciptanya Kitab Dalail-i Hayrat

BismillahirRahmanirRahim

Medet Ya SahibulSaif Sheykh Abd Kerim Effendi Hz

dalail khayrat

Tahukah kamu akan Dalail Khairat? Biar saya terangkan mengenainya. Jika kamu melangkah masuk ke kawasan Arab Saudi dengan berbekalkan Dalail al-Serif, juga dikenali sebagai Dalail Khairat, sudah pasti mereka akan merampasnya dari kamu, atau kamu akan ditangkap.  Ini kerana mereka percaya bahawa keyakinan kepada Dalail al-Serif boleh membawa kepada syirik besar terhadap Allah. Dalail Khairat merupakan kitab (buku) berisi shalawat kepada Nabi Muhammad (asws). Keseluruhan selawat ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad (asws) ditulis dengan tulisan indah yang dipenuhi dengan pujian-pujian dari tahap yang teramat besar, yang paling agung hingga ke tahap yang paling mudah. Ia terbahagi kepada lapan hizib. Kamu membaca  satu hizib sehari.  Di dalamnya mengandungi semua nama-nama Nabi (asws).

Kitab ini ditulis oleh Imam al-Jazuli. Beliau adalah seorang Sheykh dan juga seorang Imam. Beliau adalah seseorang yang dibentuk dengan cinta yang luar biasa kepada Nabi (asws). Beliaulah orang yang bertanggungjawab menulis, mengumpul semua pujian-pujian dan salawat Nabi (asws).  Wahabi amat membenci dirinya. Maka Jika kamu didapati bersalah memiliki buku itu, mereka akan menangkap kamu atau merampas buku itu. Kamu  tidak akan dibenarkan masuk ke kawasan Arab Saudi.  Kerana mereka berkata, ‘Ini semua adalah syirik. Mengapa harus kamu semua  memberi puji-pujian kepada Rasulullah seperti ini? Ini satu perbuatan syirik!’

Imam al-Jazuli adalah seorang Imam yang alim dan amil, seorang wali Allah yang besar dan sempurna yang ma’rifat kepada Allah swt. Pada suatu malam beliau terjaga dari tidur dan dapati isterinya tiada di sisi. Ini adalah sesuatu yang luar biasa. Ini amat berbeza dengan keadaan masa kini di mana apabila kamu terjaga dari tidur dan dapati isteri tiada di sisi, kamu hanya akan berkata, ‘oh, tidak mengapa,’ dan tidur semula dibuai mimipi. Ini tidak pernah berlaku pada zaman dahulu kala. Di sini, dapat kita saksikan sendiri betapa tingginya martabat seorang isteri pada waktu dahulu berbanding dengan isteri-isteri masa kini. Isteri pada waktu dahulu sentiasa memelihara kehormatan diri dan maruah suami. Mereka adalah wanita solehah yang patuh kepada perintah Allah dan RasulullahNya, dan amat patuh terhadap suami dan tidak membohonginya.  Imam al-Jazuli mendapati  isterinya tiada di situ, namun beliau amat mengenali isterinya. Beliau tahu bahawa dia adalah seorang wanita yang sangat mulia. Beliau tahu isterinya bukan seseorang yang melakukan kemungkaran. Pasti ada maksud tersirat di sebalik ketiadaannya, kerana hati seorang wali Allah harus sentiasa bersifat terbuka. Maka beliau mendiamkan diri, pejamkan mata dan berpura-pura tidur.

Selang  beberapa ketika, isterinya pulang. Beliau membiarkan kejadian itu berulang untuk beberapa malam. Pertama, ke dua  dan kali ketiga. Akhirnya saat yang dinantikan tiba. Imam al-Jazuli pejamkan mata, mendiamkan diri dan berpura-pura tidur.  Isterinya bangun dari tidur dan terus melangkah keluar dari kamar. Imam al-Jazuli mengekorinya. Dia berjalan keluar dari rumah,  melalui desa, sungai dan dusun, hingga akhirnya tiba di tepi pantai. Dengan berdiri menghadap lautan, isterinya melafazkan sesuatu dan beberapa saat kemudian dari lautan yang tenang itu, muncul dua ekor Singa yang gagah perkasa. Singa yang berwarna kuning keemasan itu berenang menuju ke arah isterinya. Kegagahan dan kekuatan singa itu memang tiada tolok bandingan. Penuh jalal, penuh kuasa. Begitu cantik sekali. Isterinya mengusap mesra kepala sang Singa. Singa yang gagah kelihatan seperti anak kucing yang manja disisi isterinya. Dia meletakkan tangannya di atas kepala singa itu, dan mereka membawa isterinya  pergi ke tengah-tengah lautan, hingga akhirnya mereka ghaib dari pandangan.

Imam al-Jazuli berdiri terpegun di tempat persembunyiannya melihatkan keanehan yang baru berlaku. Beliau melangkah pulang bersama pertanyaan yang timbul di benak fikiran. Beliau adalah seorang wali yang tersohor, ulama yang masyhur dan disegani. Isterinya hanya seorang wanita biasa yang bersifat sederhana. Dia tidak memiliki ilmu yang tinggi. Ini tidak menghairankan kerana wanita pada waktu itu tidak berkejaran untuk mempelajari ilmu yang dimiliki oleh kaum lelaki. Mereka hanya memberi tumpuan sepenuh hati untuk mendalami ilmu yang telah ditetapkan Allah swt untuk kaum Hawa. Mengapa, pada pendapat kamu, shaitan begitu bersungguh-sungguh dalam usaha menyesatkan dan merosakkan wanita-wanita masa kini? Tanpa mengenal penat, shaitan berusaha gigih menggoda wanita hingga mereka terjerumus dalam dosa tanpa terasa dan tidak perasan, hingga akhirnya mereka menafikan keindahan fitrah sebagai seorang wanita ciptaan Allah.  Ini kerana terdapat rahsia yang terselindung di dalam diri setiap wanita, dan jika mereka memahami rahsia tersebut, maka akan fahamlah mereka tentang Rahmat dan Rahim Rabbu Izzati Allah Azza Wajallah. Ini khusus dimiliki oleh kaum Hawa, bukan kaum lelaki.

Imam al-Jazuli kembali ke kamar peraduannya dan berpura-pura tidur.  Tidak lama kemudian, isterinya pulang. Ini adalah cerita benar. Ini adalah kisah nyata. Pada keesokan harinya, beliau memanggil isterinya dan berkata, ‘kamu bepergian malam semalam.’ Isteri faham kata-kata Sang suami. ‘Sebagai suami, aku memerintahkan kamu untuk menjelaskan maksud ketiadaan kamu malam semalam.’

Isteri menjawab,‘baiklah. Pada setiap malam saya telah diundang untuk berada di kehadiran teramat mulia, Baginda Rasulullah (asws).’

Imam al-Jazuli sangat terkejut setelah mendengarkan jawapan isterinya itu. Ternyata ini adalah satu rahsia. Isterinya tidak memiliki ilmu yang tinggi. Dia juga tidak berkejaran dan tergesa-gesa  untuk melakukan tugasan yang berat. Dia hanya berusaha untuk menjadi seseorang  hamba yang dikasihi Allah dan Rasul-Nya, seorang isteri yang dicintai suami dan mengabdikan diri kepadanya.

Imam al-Jazuli pun berkata, ‘bagaimana perkara ini boleh berlaku?  Aku sendiri tidak pernah di undang untuk berada  di  persatuan yang mulia itu?’ Isterinya menjawab, ‘kerana ianya diberi kepada ku, Ismul -Azam Rasulullah (asws),’ iaitu nama Rasulullah (asws) yang teramat agung. Allah (swt) mempunyai nama yang Maha Agung yang jika seseorang berdoa dengan memanggil Allah dengan nama itu maka pasti doanya dikabul, dan begitu banyak perkara yang boleh dilakukan dengan nama itu. Tetapi jangan kamu  cuba untuk meneka bahawa Nama itu adalah ini atau itu. Nama itu mungkin akan berubah.

Imam al-Jazuli berkata, ‘beritahuku apa namanya?’

‘Saya tidak diberi kebenaran untuk memberitahu kamu atau sesiapa pun  nama teragung daripada nama-nama Nabi (asws) itu. Namun begitu, jika kamu dapat mengumpulkan semua nama-nama dan salawat ke atas Nabi (asws), akan ku beritahu sama ada Ismul-Azam  itu berada di dalamnya.’

dalail serif

Maka itulah yang dilakukan Imam al-Jazuli. Beliau mengumpulkan semua  salawat dan puji-pujian ke atas nama-nama Nabi (asws).  Setelah mengumpul dan menyusunnya, beliau membacakan kepada isterinya. Selesai membaca,  si isteri berkata, ‘ Ya, sesungguhnya nama itu ada diantara nama-nama yang engkau sebutkan tadi. Tetapi saya tidak boleh memberitahu kamu nama yang mana satukah itu.’ Disebabkan itu, jika kamu membaca Dalail-Serif dengan ikhlas, jika ia diterima, jika kamu dapat selesaikan pembacaan, jika kamu dapat mengkhatamkan kitab Dalail-Serif, maka Rasulullah (asws) akan hadir dalam mimpi mu, atau sebaliknya. Saya pasti ramai kini yang akan cenderung untuk membacanya, hanya untuk melihat Rasulullah (asws). Tetapi, apakah urusan kamu dengan Baginda  (asws)?  Beliau (asws) sangat sibuk. Hanya kerana kamu mencintainya, maka kamu ingin beliau hadir dalam mimpi mu? Ternyata kamu hanya mementingkan diri. Kamu langsung tidak memikirkan tentang dirinya? Mengapa harus beliau datang menemui dirimu? Oleh itu, usahlah membaca Dalail –Serif sekadar untuk berjumpa dengannya. Bacalah kerana kamu ikhlas dalam mencintainya.

Terkandung di dalam Dalail Hayrat adalah doa berikut:  ‘Ya Allah, limpahkanlah shalawat dan salam serta berkatilah  junjungan kami, Muhammad-hamba, Nabi, dan Rasul-Mu, Nabi yang ummi; dengan keberkatan sebanyak rintik hujan yang pernah turun membasahi bumi dan sebanyak titisan hujan yang bakal jatuh ke permukaan bumi ini. Berkatilah beliau dengan kemanisan hembusan sang bayu yang mesra bertiup di atas bumi. Berkatilah Muhammad  (asws) dengan nama rahsia Mu yang hanya diketahui oleh Adam (as).  Ya Allah, dengan nama rahsiaMu yang hanya diketahui Nuh (as), berkatilah beliau.  Dengan nama rahsiaMu yang diketahui hanya Habibullah, hanya diantara Kau dan Kekasih-Mu itu, berkatilah beliau.’ Ia dipenuhi dengan rasa cinta yang amat mendalam.

Sultan-sultan Uthmaniyyah, mereka tidak berlumba-lumba untuk memartabatkan bangsa atau budayaTurki. Mereka hanya berkejaran untuk menggapai cinta Rasulullah (asws). Keadaan ini amat berbeza dengan tamadun-tamadun yang terdahulu di mana  mereka memburu dan membunuh para ahlul-Bayt. Namun pada zaman kerajaan Uthmaniyyah, Sultan mengarahkan agar para ahlul-Bayt di cari dan dilindungi. Nama-nama para ahlul bayt didaftarkan, dan diberi gaji bulanan dengan pesanan khusus dari Sultan, ‘kamu tidak perlu bekerja. Kamu adalah ahlul-bayt. Kamu hanya perlu duduk dan mendoakan kesejahteraan Ummat ini.’  Sultan Uthmaniyyah mengukir Dalail-Hayrat di dinding Masjid al-Nabawi. Mereka mengukirnya di dinding kerana mereka tahu akan tiba masanya apabila kuasa penzalim akan mengambil alih dan akan menghapuskan segala-galanya. Kenyataannya boleh dilihat sendiri, kini puak wahhabi syaitan membenci kitab Dalail-hayrat. Mereka benci kepada Rasulullah (asws). Mereka ingin memusnahkan makam baginda, kerana mereka mendakwa bahawa amalan memuliakan Rasulullah (asws) boleh membawa kepada syirik,  dan kehadiran makam nabi mendorong ummat ini melakukan syirik. Maka perancangan telah dibentuk sejak awal-awal lagi hingga ke saat ini, untuk memusnahkan makam Nabi (asws). Mereka tidak berjaya melenyapkan Dalail Hayrat dari dinding masjid Nabawi  kerana untuk melakukannya, mereka harus memecahkan dinding itu. Kerajaan Uthmaniyyah memang telah dapat menjangkakan bahawa perkara yang tidak diingini itu akan berlaku, maka mereka menutupi  ukiran tersebut dengan cat yang tebal.

Ketika pemerintahan ke-khalifahan Uthmaniyyah,  Sultan telah mengarahkan pembangunan semula Masjid Nabawi dan menuliskan kalimah “Ya Allah, Ya Muhammad” di pagar emas Raudhah Syarif.  Apabila munculnya wahhabi syaitan, oleh kerana mereka tidak dapat melenyapkan segala-galanya,  maka mereka melakukan pengubahan pada nama Muhammad  dengan cara menambahkan “titik” di bawah huruf “ha” menjadi huruf “jim”; menghapuskan huruf “mim” yang kedua dan menambahkan “dua titik” sehingga terlihat seperti huruf “ya”.  Selepas perubahan berikut, nama “Ya Muhammad” bertukar menjadi “Ya Majid”. Mereka menukarnya menjadi, ‘Ya Allah, Ya Majid,’ dan bukan Ya Muhammad (asws). Kerana menurut fahaman Wahhabi, dengan menyebut sebutan “Ya Muhammad”, seseorang akan terjerumus kepada kesyirikkan, meskipun seluruh ummat Islam tahu bahawa Nabi Muhammad (asws) adalah utusan-Allah dan bukan Tuhan. Wahhabi turut mengatakan bahawa orang-orang yang berkata, ‘ Ya Muhammad (asws),’ atau ‘Medet Ya Rasulullah,’ sesungguhnya mereka semua telah melakukan syirik, kerana bermohon kepada Nabi dan bukan dari Allah dan ini amat  membahayakan tauhid, membuat iman tergoncang dan akan menjadikan seseorang itu musyrik. Kenyataan biadab wahhabi ini bukan sekadar soal perbezaan pandangan atau perbezaan teologi. Tidak. Mereka malah mengatakan bahawa sesiapa yang melafazkannya akan ditangkap dan dibunuh  kerana telah terkeluar dari Islam. Mereka akan berkata, ‘akan kami beri peluang bagi kamu semua untuk bertaubat. Jika tidak, ketahuilah bahawa darah kamu semua adalah halal untuk kami.’ Dan tahu kah kamu semua bahawa itulah yang telah mereka lakukan. Mereka telah membunuh sesama Muslim yang mereka kafirkan bahkan memakan dagingnya karena penuh kebencian.

Semoga Allah menumpaskan kebatilan dan menjatuhkan kuasa penzalim. Amin. Maka pada bulan-bulan yang mulia ini, bagi mereka yang menanam niat yang ikhlas ingin meraikan Maulid Nabi (asws) di Madinah, di Mekkah, apa yang boleh kami katakan kepada mereka? Adakah kamu mempunyai kebenaran? Sedangkan para Awliya Allah sendiri tidak diberi kebenaran untuk melakukan banyak perkara pada waktu ini. Mereka berkata, ‘undurkan diri.’ Apakah mereka akan bertindak seperti itu? Kamu  perlu menukar keseluruhan sistem sebelum sesuatu seperti itu berlaku. Insya’Allah, semoga Sahib akan tiba tidak lama lagi untuk mengubahnya. Bukan kita. Kita tidak boleh berbuat apa-apa. Kita tidak mempunyai apa-apa. Kita tidak mempunyai sesiapa, tetapi dengan Allah dan Rasul-Nya (asws), kita akan menang insyaAllah. Mereka tidak suka apabila kami mengatakan, ‘Allah dan Rasul-Nya.’ Mereka amat membencinya. Mereka berkata, ‘itu adalah syirik! Hanya Allah. mengapa harus kamu sebutkan Nabi? ” Kami berkata, ‘Allah, Allah. Begitu bodohnya dirimu itu. Lihatlah dalam al-Quran-e-Kerim, betapa banyaknya ayat-ayat Allah (swt) yang mengatakan, ‘Taati Allah, Taati Rasul-Nya.’

‘Allah dan Rasul-Nya. Allah dan Rasul-Nya.’

Di dalam Al-Quran terdapat banyak ayat di mana Allah (swt) berkata, ‘Allah dan Rasul-Nya.’ Jika kamu lihat, jika mengikutkan perasaan hati, mereka akan menuduh Allah membuat syirik, sama seperti syaitan. Syaitan menuduh Allah: “memaksa aku melakukan shirik (dengan perintah bersujud kepada Nabi Adam (as)’ Saya sendiri tidak akan merasa terkejut jika mereka kini hendak membinasakan Ka’abah. Semua perkara ini akan berlaku  tidak lama lagi. Setiap orang akan menemui apa yang dicari. Semoga Allah memelihara  kami, insyaAllah dan memberi  keselamatan.

stock-vector-vector-vintage-borders-54193183 (2)Sheykh Lokman Efendi Hz,
Khalifah kepada SahibulSaif Shaykh Abdulkerim el Kibrisi (qs),
OSMANLI DERGAHI- New York
stock-vector-vector-vintage-borders-54193183 (2)

 

 

 

This entry was posted in OsmanliJB. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s