Menyadari Keterbatasan Hidup

BismillahirRahmanirRahim

dunya

Manusia yang hidup tanpa mengenal batas diri sendiri adalah orang yang paling berbahaya dan paling bodoh.  Mereka tidak mahu mengakui bahawa ada batas-batas yang tak mungkin dilalui. Justeru mereka adalah dari golongan orang yang tidak mempunyai kebijaksanaan. Mereka bodoh dan sangat berbahaya. Mereka mudah dipengaruhi  dan dikawal oleh unsur-unsur kejahatan. Dikala itu, segala apa yang dibina dapat dibinasakan dengan mudah sekali. Tetapi, jika kamu kenal dengan diri sendiri, kamu tidak akan membenarkan diri itu diperdaya dan dipengaruhi anasir- anasir jahat. Kamu ingin sentiasa berada di bawah arahan dan kawalan mereka yang baik dan mendapat petunjuk.

Ketahuilah bahawa usia tua tidak menjamin dewasa. Ramai yang beranggapan seseorang yang telah menjangkau usia tua akan lebih mengenal  batas-batas hidup. Apakah makna jika seseorang itu sudah meningkat usia? Saya melihat begitu ramai orang yang sudah tua tetapi mereka tidak mempelajari apa-apa. Saya melihat begitu ramai orang yang sudah tua tetapi mereka hanya mengulangi semula perbuatan atau tingkah laku sewaktu berusia tiga puluh tahun. Mereka hanya kelihatan tua. Zahirnya tampak tua tetapi mereka tidak mempunyai kebijaksanaan fikiran dan keluasan pandangan. Hanya berbekalkan pengalaman yang cetek, mereka melalui hidup seharian. Kini mereka tersepit. Tersepit. Bagaimana ini boleh berlaku?

Ya, kamu tersepit kerana kamu tidak pernah meyoal diri, kamu tidak melihat keadaan diri dan juga keadaan sekeliling, dan kamu tidak befikir. Seseorang yang tidak berfikir berada sangat jauh dari kebenaran dan menjalani sebuah kehidupan yang penuh kepalsuan dan kesesatan. Akibatnya ia tidak akan mengetahui tujuan penciptaan alam, dan arti keberadaan dirinya di dunia.  Maka hidup semakin tersepit. Kerana kamu membiarkan diri mabuk dan berpuas hati dengan keseronokan dunia.  Tidak kira sama ada ia mendatangkan duka lara atau suka cita, kamu tetap berpuas hati. Dan ada juga sesetengah orang yang berkata, ‘Aku menyukai keperitan ini!  Biarlah aku berterusan begini. Aku tak ingin keluar dari keperitan ini kerana aku sendiri yang mengundangnya hadir dalam hidup ku. Keperitan ini membuat aku lebih menikmati hidup. Keperitan ini membuat diri ku semakin menjadi lebih penting. Manusia semuanya zalim. Tetapi aku, aku hanya mangsa keadaan.’

Jadi kamu tidak memenuhi tanggungjawab sebagai hamba Allah swt. Jika kamu secara berterusan menghindari tanggungjawab itu, ini akan membuat dirimu semakin tersepit. Lambat laun, diri itu akan rasa terluka, sarat dengan kesakitan yang tidak tertanggung, kerana kamu sepatutnya berada di derajat dan kedudukan yang lebih tinggi. Dan jika kamu tidak dapat mencapai tahap kedudukan yang telah ditetapkan untuk dirimu di dunia ini, untuk memahami Tuhan kamu, maka mereka akan pastikan agar kamu memahaminya di dalam kubur kelak.

Saat usia semakin bertambah, kamu seharusnya semakin cermat menganalisis suatu persoalan karena didukung oleh pengalaman-pengalaman hidup. Kamu telah memperolehi pelbagai pengalaman pada setiap peringkat kehidupan.  Setiap pengalaman akan mematangkan pemikiran, dan dirimu tidak akan pernah berada dalam keadaan yang terhimpit dan terjerat dengan keadaan dan perasaan. Kamu akan sentiasa bertafakur dan muhasabah diri membetulkan akhlak di dunia ini. Itulah dasar kebijaksanaan. Semakin kamu bertafakur semakin terbuka kegelapan yang menutupi fikiranmu. Kamu mula memahami tentang hakikat keterbatasan diri. Kamu akan mula menyadari dan mengakui kekurangan diri.  Akan tetapi, jika diri itu tidak memiliki sifat rendah diri, ketika usia semakin meningkat, kamu akan terjerat, dan dirimu itu seolah-olah telah mati. Kamu telah mati. Walaupun usia menjangkau enam puluh tahun, tetapi dirimu telah mati sewaktu kamu berusia enam belas tahun. Ini  kerana kamu masih mengekalkan gaya hidup, keinginan serta pemikiran yang sama seakan diri itu sedang berusia enam belas.  Kebanyakan manusia masih tetap berkelakuan seperti itu. Namun bagi orang yang bijak, yang berpandangan jauh ke hadapan, dia tidak akan membenarkan dirinya tersepit. Dia akan berkata, ‘ini sekadar satu persinggahan. Enam belas tahun telah berlalu. Dua puluh lima tahun juga telah berlalu.’ Apa yang sedang dicari kini?  Akhirat. ‘Aku sedang mencari akhirat.’  Dunia ini hanya fatamorgana kelam.  Memang tampak manis, namun ia tak akan kekal dan akan hilang.

stock-vector-vector-vintage-borders-54193183 (2)Sheykh Lokman Efendi Hz,
Khalifah kepada SahibulSaif Shaykh Abdulkerim el Kibrisi (qs),
OSMANLI DERGAHI- New York
stock-vector-vector-vintage-borders-54193183 (2)

This entry was posted in OsmanliJB. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s