Memuliakan Hari Kelahiran Nabi Muhammad (asws)

BismillahirRahmanirRahim

maulid

Dalam peristiwa mikraj, Nabi Muhammad (asws) melangkah masuk ke kota Lama Jerusalem disebut juga Baitul Maqdis atau Al-Quds, dan beliau singgah di Masjid al-Aqsa. Di situ, Rasulullah (asws) telah mendirikan solat bersama 124,000 nabi-nabi yang pernah diutus di muka bumi. Kesemua mereka telah dimaklumkan tentang peristiwa ini. Apabila baginda(asws) masuk ke dalam masjid, semua para nabi bangun memberi hormat, mereka gembira dan mengucapkan selawat kepada baginda (asws), sama seperti cara kita memberi salawat keapadanya.  Salawat Itu bukan untuk kamu, atau untuk diri saya, atau untuk sesiapa sahaja. Ia adalah untuk baginda Rasulullah (asws).  Tetapi Nabi shalallahu ‘alaihi wa sallam, tidak diragukan lagi adalah Habibullah, beliau mencintai Allah dan dicintai Allah,  beliau mengambil segala puji-pujian itu dan ditujukannya kepada Maha Suci Allah swt. Sesungguhnya Allah swt berkata, ‘Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu ke atas Nabi dan ucapkanlah salam kepadanya.’ Allah swt tidak menyebut, ‘wahai manusia,’ atau, ‘wahai kaum Muslim.’ Dia (swt) berkata, ‘Wahai kamu orang-orang yang beriman.’ Maka kini terdapat pemisahan; Isra-wa-miraj, kaum Muslimin dan Munafik.  Membaca selawat untuk Nabi (asws) adalah ibadat yang agung dan merupakan salah satu tanda kecintaan kepada Nabi (asws) sekaligus menjadi faktor utama untuk mencapai syafaat Nabi (asws) di hari Kiamat kelak. Dan ini diberikan khusus untuk kaum Muslimin dan Mukminin. MashaAllah. Selamat datang kepada kamu wahai kaum Mukminin.

Selamat datang kepada kamu wahai orang-orang yang beriman. Tiada kata yang paling indah dan tiada tutur yang paling berkah  selain kita mengucapkan puji dan syukur kehadhirat Allah swt, dan untaian rahmat yang bernadakan salam, sebagai rasa cinta kita kepada Rasulullah (asws), marilah sama-sama kita mendoakan kiranya rahmat dan sejahtera senantiasa dicurahkan Allah  kepada junjungan kita Nabi besar Muhammad (asws). Keberadaan kamu disini pada malam yang dilimpahi keberkatan dan keistimewaan, adalah untuk berkumpul melantunkan puji-pujian keatas Nabi (asws), sama seperti yang dilakukan Allah swt. Allah sendiri telah mengingatkan kita,  “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada Nabi (asws). Wahai orang-orang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi (asws) dan ucapkanlah salam kepadanya dengan sepenuh hati.” Dan, itulah yang dilakukan oleh semua 124 000 nabi, dari seluruh kaum sebelum ini. Mereka hadir di situ, berdiri memberi hormat apabila baginda (asws) tiba di Masjidil Aqsa,  dan mereka memberikan salawat keatasnya. Tetapi Rasulullah (asws) tidak pernah mengambil apa-apa kredit untuk dirinya sendiri. Tidak pernah sekalipun beliau melakukan begitu. Malah beliau tidak pernah sekalipun berkata, ‘ya, itu adalah aku.’ Astaghfirullah,  tidak pernah. Begitu ramai orang yang  telah melantunkan puji-pujian ke atas diri baginda (asws), meraikan sambutan  maulud sepanjang 1400 tahun, namun tidak pernah terdapat  mana-mana kumpulan Islam, atau mana-mana orang Islam yang berkata bahawa Nabi (asws) adalah Tuhan. Pernah kamu dengarkan itu? Pernahkah mereka membuat kesalahan itu, di mana mereka berkata bahawa Nabi adalah Allah? Hasha-Astaghfirullah; itu tidak pernah berlaku.

Dan Rasulullah (asws), beliau mengambil semua puji-pujian itu dan ditujukan kearah puji-pujian kepada Yang Maha Esa. Beliau berkata, ‘Allahu Akbar, Allahu Akbar Lailahaillallah, Wallahu-Akbar Allahu Akbar Wa Lillahil-Hamd – Segala puji-pujian, termasuk puji-pujian keatas diri ini adalah hanya untuk-Nya.’ Jadi, kunci untuk menuju kepada Allah adalah melalui Rasulullah (asws). Sebab itulah kita sebagai umat Islam, amat berbeza dengan kaum-kaum terdahulu.  Nabi-nabi terdahulu, mereka turut membawa Islam, tetapi Islam mereka, shahadat mereka; sebagai contoh, pada zaman Musa (as), shahadatnya adalah,  ‘La ilaha illallah Musa Rasulullah.‘ Pada zaman Isa (as), ‘Lailaha illallah Isa Rasulullah.’ Tetapi, semua para nabi juga perlu memberi shahadat.  Pada fikiran kamu, apakah  shahadat para nabi-nabi itu?  Adakah shahadat Musa , ‘Lailaha illallah Musa Rasulullah?’ Tidak. Shahadat mereka adalah, ‘Lailaha Illallah Muhammadur Rasulullah (asws).’ Adakah ini sesuatu yang boleh diterima  akal? Sudah tentu boleh. Kami sekadar memberikan sedikit pemahaman tentang  penghormatan tertinggi yang telah Allah swt berikan kepada kita, kerana kita tergolong dalam Ummati Muhammad (asws). Kesemua nabi-nabi  terdahulu, mereka berkata, ‘Ya Rabbi, janganlah Kau berikan kami kenabian ini. Jadikan kami sebagai manusia biasa yang tergolong dikalangan umat  kekasihMu yang amat Kau cintai.’ Seperti diri saya dan diri kamu, kami adalah ummat Muhammad (asws). Sebagai melahirkan tanda syukur atas nikmat terbesar kurniaan Allah swt kepada kita dan untuk memperingati segala nikmat Allah kepada Nabi itu, maka itulah yang dikatakan Mawlud.

Usah bimbang, Insya Allah ar-Rahman, kita akan membicarakan tentang beberapa perkara yang perlu. Ini juga merupakan protokol yang kita pelajari dari sunnat Rasulullah (asws). Fahamilah bahawa  inilah sebab mengapa kita hadirkan diri ke mari. Inilah sebab mengapa kita melakukan semua ini, dan Nabi mengatakan, ‘Allahu Akbar,’ menyerahkan dirinya dan segala puji-pujian kepada Allah. Kunci menuju  kepada Allah swt adalah melalui Muhammadur-Rasulullah (asws).

Saya ingin semua yang berada di sini untuk mengambil  masa seminit untuk melihat di sekeliling kamu. Lihat berapa banyak wajah dan bangsa yang berbeza di tempat yang sama di sini. Bukan hanya bangsa Pakistan. Terdapat juga ramai yang  dari India, ramai dari Turki, dari Greece, Malaysia,  Eropah, dari Bosnia, dari Albania. Inilah tujuan kedatangan  Nabi (asws), sebagai pemimpin yang menyatukan masyarakat pelbagai kaum, pelbagai bangsa yang berbeza, agar mereka akan hadir bersama untuk beribadah kepada Allah (swt). Ini bukan satu perkara yang mudah.  Kamu sendiri pernah mengalami betapa sukarnya kadang-kadang kita menghadapi situasi dalam komuniti sendiri, atau dalam keluarga sendiri, bangsa sendiri, sangat sukar untuk menyatukan orang  yang mempunyai pendapat yang berbeza. Inikan pula untuk mengumpulkan orang yang selama beratus-ratus, mungkin beribu-ribu tahun, mereka  telah hidup bermusuhan, tetapi demi cinta kepada Rasulullah (asws) mereka dapat duduk bersebelahan untuk beribadat. Itu adalah satu mukjizat besar Nabi (asws), yang hanya diberikan kepada Nabi terakhir, penutup semua nabi dan diutus sebagai nabi akhir zaman. Nabi-nabi sebelum ini telah diutus hanya untuk masyarakat mereka sendiri, bukan  secara universal.

Jika direnungkan, sejarah Islam dari zaman Nabi (asws),  sejak 1400 tahun dahulu hingga ke hampir 1500 tahun, bermula dengan Khulafa ar-Rayidin kepada  dinasti Umawi dan Abbasiyyah, dan sepanjang  600 tahun di bawah pemerintahan Empayar Uthmaniyyah yang memerintah dari Istanbul, kita lihat kini bahawa Islam telah tersebar luas dari timur ke barat, dan utara ke selatan. Masyarakat dari pelbagai lapisan bangsa, mereka datang bersama-sama untuk beribadah. Namun rahsia yang menakjubkan adalah, setiap warganegara tetap mengekalkan identiti serta rahsia kaum mereka tersendiri, yang telah dianugerahkan oleh Allah swt khusus untuk mereka. Ia  tidak memaksa semua orang untuk menjadi bangsa Pakistan, atau semua orang untuk menjadi bangsa Cina, atau semua orang untuk menjadi  bangsa Turki. Kerana itu juga adalah sunnat Rasulullah (asws), untuk mengekalkan rahsia kaum masing-masing kurniaan Allah. Kepelbagaian budaya pelbagai puak dapat bertapak, terpelihara dan praktikan oleh puak-puak lain serta diterima sebagai sebahagian daripada kebudayaan bangsa dalam sesebuah kerajaan Islam. Ianya dihormati oleh puak-puak lain yang beragama Islam. Itulah rahsia pemerintahan Islam yang telah berjaya menyatukan seluruh dunia selama lebih 1400 tahun, dimana Islam menjadi kuasa besar. Kenapa ini berlaku? Bagaimana ia boleh berlaku?

Keadaan ini begitu ternyata  sepanjang tempoh pemerintahan kerajaan Uthmaniyyah. Pemerintahan kerajaan Islam Uthmaniyyah berkembang luas hingga mereka berjaya menembusi jantung Eropah. Separuh penduduk Eropah memeluk agama Islam. Kuasa pemerintahan Islam menjejaki hingga ke Padang Steppes Rusia. Empayar Uthmaniyah wujud sebagai empayar terbesar yang paling lama memerintah dunia iaitu selama tujuh abad. Jangan kamu fikir  bahawa Genghis Khan atau Alexander adalah yang terhebat. Tidak, bukan mereka.

Adalah suatu perkara mudah sekali bagi sekumpulan orang  untuk sekadar datang dan memusnahkan segala-galanya dalam sebuah kerajaan. Tetapi apa yang mereka tinggalkan? Adakah mereka mentadbir dengan baik? Adakah mereka menyatukan rakyat? Adakah mereka menjaga hal ehwal masyarakat dengan baik? Adakah mereka membina tamadun yang  gemilang? Adakah mereka berkata, ‘pelihara  rahsia kamu. Kamu tidak perlu mempelajari bahasa kami? ‘ Adakah mereka berbuat demikian? Tidak. Dan itulah yang dilakukan oleh kebanyakkan kuasa penjajah. Empayar-empayar lain, mereka tidak melakukan semua itu kerana matlamat utama penjajahan mereka adalah supaya warga bekas penjajahannya mengikut telunjuknya. Malah memecah belahkan masyarakat telah dijadikan sebagai alat utama dalam penjajahan. Tetapi semua ini tidak berlaku dalam Islam. Ya, semua orang mengenali bahasa Arab, itu sudah pasti,  kita perlu mempelajarinya; tetapi kamu tidak melihat kini seorang Muslim dari Somalia, Muslim dari Mesir, Muslim dari China, Muslim dari Hind, mereka mempunyai perwatakan yang serupa. Tidak, masing-masing  mempunyai identiti  yang berbeza dan rahsia tersendiri  yang  telah diberikan khusus kepada bangsa mereka. Mereka masih berbangga mengekalkan identiti kaum atau etnik asal selagi tidak bercanggah dengan Islam, dan mereka tetap berpegang kukuh kepada Islam. Itu diberikan kepada mereka dan mereka mampu untuk mempertahankan nilai agama Islam yang kukuh. Ini kerana cinta mereka yang mendalam  kepada Nabi Muhammad (asws);  dan mereka berpegang  dengan teguh, terutama sekali dalam menghayati sunnat Rasulullah (asws).

Salah satu daripada sunnat terbesar Rasulullah (asws) ialah memberi salawat keatas dirinya. Nabi sendiri berselawat ke atas dirinya.  Pasti kamu akan bertanya, ‘bagaimana Nabi boleh memberi salawat keatas dirinya sendiri?’ Rasulullah (asws), ya, beliau tidak pernah memuji diri sendiri, tetapi dalam hadith-serif dari Sahih Bukhari, beliau juga berkata, ‘Aku adalah ciptaan yang terbaik yang telah Allah ciptakan. Aku tidak mengatakan ini dengan keangkuhan atau kesombongan, aku menyatakan fakta.’ Cinta kepada Habibullah (asws); dan beliau berkata dalam hadith sahih yang lain, ‘Tidak sempurna iman salah seorang kamu sehingga aku lebih dicintai dari orang tuanya, anaknya dan semua manusia lainnya.’ Kita lihat kini, apakah yang dimaksud dengan kesempurnaan iman? Mencintai Nabi (asws) merupakan suatu bukti kesempurnaan iman. Maka kita jangan berputus asa, teruslah berusaha dengan kemampuan kita untuk meniti tangga-tangga kesempurnaan iman itu dengan mencintai Nabi (asws). Tentunya setiap individu mempunyai kemampuan yang berbeda, namun teruslah berusaha dan tidak berputus asa untuk menuju kesempurnaan iman dengan lebih mencintai Rasulullah dari semua manusia bahkan dari dirinya sendiri.

sahabii

Siapakah yang layak dijadikan sebagai seorang role model dalam mempamerkan rasa cinta itu? Kerana terlalu ramai orang, yang boleh megakui, ‘aku sangat mencintai Rasulullah,’ tetapi cinta itu dibina atas dasar pengetahuan dan pemahaman diri sendiri. Alhamdulillah kita semua adalah ahle-sunnat. Alhamdulillah kita semua  adalah umat Islam. Tetapi, jika keberadaan kita di sini adalah atas pemahaman diri sendiri tentang Islam, atau tentang nabi (asws), dan kita tidak menuruti role model yang telah wujud sejak 1400 tahun lamanya, kita hanya akan mengikut ego kita sendiri. Role model pertama: Rasulullah (asws); kedua para Sahab-e-kiram. Dapat kita lihat disini bahawa para Sahab-e-kiram memiliki cinta yang mendalam terhadap Rasulullah  (asws), dan mereka berkata, ‘Ya Rasulullah (asws), semoga ibu bapa kami dikorbankan untuk mu.’ Kamu fikir mereka hanya melafazkannya di bibir? Cinta yang sejati itu lebih dari sekadar kata-kata manis di mulut.  Malah mereka juga berkata, ‘semoga anak-anak kami dikorbankan untuk mu;’ Dan itulah yang mereka lakukan. Mereka mengorbankan anak-anak, ibu bapa mereka dan segala-galanya demi cinta kepada Rasulullah (asws).

Ramai orang Islam kini yang akan merasa gementar apabila mendengarkan ini. Mengapa harus gementar? Jika Allah mencintainya, mengapa harus kita rasa gementar? Kita boleh katakan bahawa kita lemah. Kita mungkin tidak dapat berbuat begitu; tentu sekali tidak. Tetapi bolehkah kita katakan bahawa idea itu, atau kepercayaan itu, saya tidak mahu menggunakan perkataan ‘konsep’ kerana  ia bukan sebuah konsep, ia adalah suatu kenyataan; jadi bolehkah kita katakan bahawa kenyataan itu adalah palsu? Tidak.  Ini kebenaran. Inilah Haqq.  Kerana Allah mengatakan dalam al-Quran-e-Kerim, ‘Auzubillah nirajeem minashaitan, Bismillahirrahmanirrahim, Innallaha wa malaikatahu yu salluna’ alannabi Ya ayyuhallazina amanu.…dan ia berterusan. Tahukah kamu tentang ayat itu? Saya percaya ramai yang kenal akan ayat itu.  ‘Wahai orang yang beriman, ucapkanlah selawat ke atasnya (Nabi) dan berikanlah salam dengan sesempurna-sempurna salam.’ Jadi  Inilah jurang  yang memisahkan umat Islam dengan orang yang beriman. Amalan memberi puji-pujian kepada Rasulullah (asws) telah berkekalan. Ia telah berterusan sejak dari zaman Nabi, sehingga 1400 tahun. Adakah para  Sahab-e-ikram memuji Nabi? Ya, mereka memuji beliau. Para sahabat dan ulama salaf, memahami hal ini dengan baik sehingga tidak sedikit para sahabat yang memuji-muji Nabi(asws) dengan pujian indah dan tinggi.

Atika, Ibu saudara Nabi sendiri  telah menguntai puisi mengenainya. Tahukah kita mengenainya? Kamu harus tahu. Hassan bin Tsabit (ra) adalah seorang sahabat yang sangat sayang kepada Nabi kita tercinta (asws). Dia adalah penyair pertama dan paling terkenal yang menggunakan puisi dengan kata-kata yang indah untuk memuji Nabi (asws). Di antaranya adalah pujian yang disampaikan sahabat Hassan bin Tsabit :

Yang lebih baik darimu, belum pernah mataku memandangnya

Yang lebih indah darimu, belum pernah pernah dilahirkan oleh para wanita

Engkau diciptakan terbebas dari segala kekurangan

Seolah engkau tercipta dengan sekehendakmu sendiri 

Begitu banyak para sahabat yang telah melihat wajah Rasulullah dan mereka berkata, ‘ Ya Rasulullah, tidak pernah kami berjumpa sesiapa pun yang lebih segak dan kacak sama ada sebelum atau sesudahnya. Izinkan kami menulis puisi, memuji mu?’ Nabi (asws) menjawab, ‘pujilah,’  beliau mula tertawa. ‘Pujilah.’ Kerana semua puji-pujian keatas dirinya, akan  beliau tujukan kepada siapa? Allah swt. Pernahkah kita melihat mana-mana para sahabat yang begitu asyik memuji Nabi hingga mereka akhirnya menyembahnya? Sebab itulah  Rasulullah berkata, ‘wahai sahabat ku, jika kamu melihat ummat Islam di akhir zaman, kamu akan menggelarkan mereka kafir, dan jika mereka melihat kamu, mereka akan berkata bahawa kamu semua gila,’ kerana para sahabat mabuk dalam cinta yang tertanam kuat dalam hati terhadap baginda Rasulullah (asws).

Apabila Nabi (asws) memotong rambutnya, jika terdapat mana-mana bahagian rambut yang jatuh ke tanah, para sahabat akan berebut untuk mengumpulnya, rambut mubarak. Kami memakai  Na’al Sherif. Na’al sherif ini melambangkan capal Rasulullah. Mengapa kami memakainya? Kamu fikir ia hanya sesuatu yang dilakukan tanpa sebab? Kami adalah umat Islam. Kami tidak melakukan amalan bidaah. Jadi apakah sebabnya kami memakai Na’al Sherif ini? Kerana semasa Nabi (asws) Mikraj (Naik ke Hadratul-Qudus Menemui Allah swt), beliau ingin menanggalkan capalnya. Benar? Di mana? di Arsh, di kehadiran Ilahi. Apa yang Allah katakan padanya? ‘ Wahai kekasih Ku, jangan tanggalkan capal mu. Sesungguhnya Arsh,(takhta Allah) akan diberkati dengan capal kamu itu.’ Ini berbeza keadaannya dengan Musa (as); sewaktu beliau berbicara dengan  Allah (swt) menerusi semak duri berapi, Allah berkata kepada Musa (as) Kalimullah, ‘Sesungguhnya Aku inilah Tuhanmu, maka tanggalkanlah kedua kasutmu; sesungguhnya kamu berada dilembah yang suci,’ Tetapi, Allah sendiri berkata kepada Kekasih-Nya, Nabi Muhammad (asws)  ‘Arsh Ku, takhta-Ku, akan diberkati, jika kau melangkah di atasnya dengan capal mu.’

Ramai orang-orang yang beriman dari zaman Nabi itu hingga kini mengatakan, ‘semoga aku  menjadi debu di kaki Muhammad, agar aku akan mengikuti jejak Muhammad.” Hz Rumi (qs),  penyair Sufi terbesar di Amerika di mana ramai rakyat Amerika sangat suka dan tertarik dengan ajarannya. Mereka berkata, ‘inilah kesufian.’ Pemahaman mereka  tentang kesufian adalah menyanyi dan menari. Ini sangat jauh berbeza dengan hakikat kesufian yang sebenar. Bukan sekadar menyanyi dan menari. Itu adalah pemahaman barat. Tapi tidak mengapa, ini  hanya sebagai tahap permulaan, mungkin juga sebagai pintu masuk bagi mereka untuk memahami Islam. Seterusnya, kamu memerlukan kedua-duanya: kerohanian dan syariat.  Ini adalah dua sayap yang membolehkan kamu untuk terbang tinggi. Dengan hanya memiliki satu sayap, kamu tak bisa terbang. Kamu hanya akan berputar-putar tanpa arah, hingga akhirnya perasaan pening mulai dirasi dan  kamu mula membayangkan perkara-perkara yang kamu fikir benar, tetapi sebenarnya ia adalah palsu. Itu sekadar bayangan dan mainan perasaan. Apakah yang dikatakan oleh Hazreti Rumi? Ramai orang Islam yang menggelarkan diri mereka ahli sufi,  dan terdapat ramai orang bukan Islam yang juga menggelarkan diri mereka ahli sufi, tetapi mereka mengatakan, ‘tidak, tidak, tidak, tidak, kesufian  tidak ada kena mengena dengan syariat. Ia adalah cinta. Tiada kena mengena dengan menyempurnakan kewajipan lima kali sehari,  kita masih di tahap yang rendah.’  Ini  satu kenyataan yang salah, kerana apa yang dikatakan oleh Hazreti Rumi? ‘Aku hanyalah debu dari telapak kaki Mustafa (asws), dan jika terdapat sesiapa yang mengatakan bahawa aku telah jauh meninggalkan dirinya serta ajarannya (asws), dan bahawa aku bukan lagi dari kalangan umat Muhammad,  semoga mereka semua mendapat kemurkaan Allah swt. Dan aku berada jauh dari mereka yang tiada sebarang hubungkait langsung dengan diriku.’

Maka sejak  dari 1400 tahun dahulu sehingga kejatuhan kerajaan Islam, Maulidur Rasul-un-Nabi telah diiktirafkan sebagai hari yang sangat penting dalam sejarah umat Islam yang beriman. Dari zaman Nabi hingga ke saat itu, masyarakat Islam telah memuliakan Nabi, memuji-Nya, sebagaimana yang sedang dilakukan kini dimana kita menyebutnya  sebagai sambutan  Maulidur Rasul. Adakah para Sahab-e-kiram melakukannya? Ya, mereka melakukannya. Adakah mereka menyambutnya sama dengan cara kita menyambutnya? Tidak. Kami tidak menjalani kehidupan  yang sama dengan mereka, benar?  Ya benar, kami tidak. Banyak perkara yang tidak kami lakukan  seratus-perastus seperti mereka. Tetapi terdapat ramai kini yang mengatakan bahawa kami telah melakukan bida’ah. Walaupun al-Quran-e-Kerim, jika kamu mahu  mentafsirkannya, ia adalah bida’ah. Mengapakah saya katakan ini, bahawa Al-Quran adalah suatu bida’ah? Adakah  al-Quran dikumpulkan ke dalam sebuah mus’af pada zaman Sahab-e-ikram, atau semasa zaman Nabi (saw)? Tidak. Ia berada dalam ingatan para sahabat. Hz. Abu Bakar (ra)sekalipun, apabila mereka memberitahunya tentang hasrat untuk menyusunnya, dia berkata, ‘aku tidak akan melakukannya karena hal ini tidak pernah dilakukan pada masa Rasulullah.’ IQRA adalah kata perintah pertama yang diterima oleh Nabi Muhammad (asws), dan perintah itu adalah untuk membaca. Maka semua orang dapat menghafal, dapat membacanya.  Tetapi, apabila pemergian Nabi (asws) disusuli dengan siri peperangan  yang semakin sering diwarnai oleh titisan darah, dan ini diburukkan lagi dengan pelbagai kekeliruan yang tercetus pada zaman Hz. Umar (ra),  apabila banyak sahabat penghafal Al-Qur’an yang gugur syahid, Maka Hz. Umar (ra), kemudian  Hz Usman (ra), mereka menyaksikan ini, dan berkata, ‘sekarang kita perlu menyusun al-Quran ke dalam sebuah mushaf.’ Masih terdapat ramai orang yang mengingatinya. Mereka masih menghafalnya sehingga ke hari ini. Dan ini merupakan satu lagi keajaiban besar yang diberikan hanya kepada Islam, tidak kepada agama lain. Pernahkah kamu mendengar penganut  Kristian berkata, ‘aku menghafal kitab-kitab injil?’ Tidak pernah. Pernahkah kamu mendengar seorang Yahudi berkata, ‘aku menghafal Taurat-e-serif?’ Mereka sendiri tidak mempunyai Taurat-e-serif. Mereka mempunyai beberapa versi daripadanya.  Tidak pernah sekali pun. Tetapi, keajaiban Islam, keajaiban Rasulullah (asws), bahawa Allah telah memberikan kepada umat ini, dari kanak-kanak berusia 7 tahun hingga ke orang dewsa yang telah menjangkau usia 70 tahun, kamu akan dapat menemuinya, jika tidak berpuluh-puluh ribu, dalam beratus-ratusan ribu, atau lebih dari itu, mereka adalah hafiz. Islam dan Al-Quran telah dihafal oleh rakyat pelbagai bangsa, Alhamdulillahi Rabbil Aalimeen, bagaimana Allah memberkati kita dengan mukjizat ini. Semoga kita tidak akan jatuh ke dalam cara bangsa-bangsa terdahulu, bangsa Yahudi dan Nasrani.

Sahaba-e-ikram, disusuli  oleh para tabiin, tabiut tabiin, mereka lazim disebut kaum salafus sholihin. Sejak waktu itu, beterusan hingga kini, mereka merayakan Maulidur Rasul. Walaupun tidak sama dengan cara kita meraikannya, tetapi yang utama adalah membangkitkan semangat silaturrahim untuk berkumpul bersama-sama dalam memperingati  Nabi (asws), untuk membaca kembali kisah hidup perjuangan beliau, sejak mulai lahir hingga beliau (asws) wafat, untuk melahirkan rasa kasih sayang kepadanya, memberi salawat dan salam kepadanya, memberi manis-manisan kepada kanak-kanak,  menjamu makan dan minuman kepada orang ramai.Yang mana satukah di antara perkara-perkara yang kita lakukan ini adalah haram? Siapa yang boleh mengatakan bahawa perkara ini adalah haram? Adakah ia haram untuk menjamu makanan dan minuman kepada orang ramai? Ia bukan hanya sesuatu yang dihalalkan, malah perbuatan seperti itu amat digalakkan. Ia adalah sunnat. Tetapi saya sering mendengar, di sana sini, orang bertanya kepada seorang yang mereka sendiri gelarkan sebagai Sheykh, dan  Sheykh itu berkata, ‘mereka datang dan bertanya kepada ku satu soalan: Bolehkah kita menyambut Maulidur Rasul ini? Bolehkah kita menyambut Maulidur Rasul dengan memberi manis-manisan kepada kanak-kanak? Bolehkah kita menyambut Maulidur Rasul dengan menyediakan makanan dan menjamu orang ramai? Bolehkah kita merayakan maulid dengan membaca Al-Quran? Bolehkah kita merayakan milad dengan membicarakan tentang sirah Nabi (asws)? ‘

Sheykh itu pun menjawab, ‘Wahai saudara-saudara ku, ini semua tidak dibenarkan. Semua  ini dilarang, kerana ia tidak pernah berlaku. Ini semua perbuatan bid’ah yang bertentangan dengan pokok (agama).’ Adakah ini suatu kenyataan yang dapat diterima akal? Saya percaya semua orang di sini mempunyai kebijaksanaan. Jadi fikirkanlah sendiri jawapannya. Kamu bebas menjawab saolan ini. Jika kamu katakan ini tidak masuk akal, ataupun kamu katakan ia masuk akal, semua perkara  yang kita lakukan dalam sambutan maulud itu, apakah ianya dilarang dalam Islam? Jawablah. Ya, kamu tidak boleh mengatakan ianya bertentangan dengan ajaran Islam. Apakah terdapat kumpulan-kumpulan tertentu, yang mungkin mengambil pengertian Maulidur Rasul, dan dengan pelbagai cubaan memesongkan akidah, mereka mula melakukan perkara-perkara yang bertentangan syiar Islam? Sudah pasti ada yang melakukan begitu. Pernahkah terdapat jemaah di masjid yang tidak tahu cara untuk solat tetapi  mereka degil mengatakan bahawa cara merekalah yang betul dan mula melakukan beberapa perkara yang pelik? Tentu ada. Adakah pernah terdapat orang Islam yang melakukan perkara-perkara yang bodoh? Tentu ada. Jadi haruskah kita kemudiannya mengharamkan solat, akibat dari tindakan sesetengah orang yang melakukan perkara-perkara bodoh? Tidak . Kerana ini akan menyebabkan  kita jatuh ke dalam kategori yang sama dengan orang-orang yang berkata, ‘oh kamu adalah orang Islam, jadi kamu tentu  adalah seorang pengganas.’ Janganlah kita termasuk dalam logik seperti ini. Ini tidak logik.  Kita kini berada di Akhir Zaman. Zaman di mana manusia mempunyai  salah tanggapan terhadap  banyak perkara. Pada zaman kerajaan Uthmaniyyah, Kesufian, Tasawwuf adalah kepercayaan seluruh empayar. Tetapi menyusuli  kejatuhan Empayar Uthmaniyyah,  fahaman-fahaman wahabi segera menyelinap masuk dan dengan mudahnya ia diterima umum dan kini menjadi mentaliti negara Islam secara keseluruhannya. Walaupun mereka menggelarkan diri sebagai ahli Sunnat, namun kecenderungan terhadap Wahabi jelas kelihatan. Apabila  melihat sesuatu yang tidak mereka fahami, dengan segera mereka berkata, ‘ini adalah bidaah.’

Al-hamdu lillahi rabbil ‘alamin. Kami mengucapkan syukur  kepada Allah (swt) kerana memberi peluang untuk kami berkumpul di sini pada malam yang mulia ini, untuk memperingati  Nabi kita alaihi salatu wa salam, dan untuk memberi pujian-pujian keatasnya. Bagi mereka yang beriman, yang yakin kepada para awliyah, wali-wali Allah, orang-orang yang dicintai oleh Allah, mereka berkata, ‘tiada apa yang boleh manusia lakukan untuk meniru Allah.’ Bolehkah mereka meniru Allah? Tidak. Tetapi ada satu perkara yang boleh kamu lakukan untuk meniru Allah, iaitu dengan  yang memberi salawat. ‘Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada Nabi; wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya dan ucapkan salam kepadanya.’ Marilah sama-sama  kita lafazkan, ‘Allahuma Salli Ala Seyyidina Muhammed (asws).’ Insya’Allah-ar-Rahman, itu  adalah misi kami, dan itulah tujuan kami.

Terdapat juga sesetengah orang yang mengatakan, ‘menyambut Maulidur Rasul boleh membawa kepada syirik.’ Tahukah kamu apa erti syirik? Apa itu syirik? Ia adalah perbuatan menyekutukan Allah.  Mengatakan bahawa terdapat lebih dari satu Allah, terdapat dua Allah. Jika kamu mendakwa seseorang itu telah melakukan syirik akibat terlalu mengasihi Nabi (asws), maka tentu sekali mereka para sahabat-e-kiram termasuk golongan pertama yang kamu tuduh sebagai syirik. Tiada seseorang pun di sini atau pada  bila-bila masa dalam sejarah, dari waktu zaman Rasulullah (asws) hingga kini, boleh mengatakan bahawa mereka mencintai Rasulullah, atau mengenali Rasulullah lebih daripada sahabat-e-Kiram. Pernahkah kamu menemui orang yang begitu? Tidak pernah. Malah selama 1400 tahun, tidak pernah akan kamu temui golongan manusia yang terlalu memuji  Rasulullah asws hinggakan mereka katakan,  ‘kau adalah pencipta kami.’ Hasha-astaghfirullah. Tidak pernah sekalipun. Dan ini adalah satu lagi mukjizat Nabi (asws). Ummat-ummat terdahulu, mereka telah menyimpang. Orang-orang Kristian, mereka menyimpang. Mereka terlalu memuji Isa(as) hingga mereka telah menyimpang dan menyembanya. Pernahkah terdapat umat Islam di sepanjang 1400 tahun terlalu memuji Rasulullah (asws) hingga menyebabkan mereka menyimpang dari Islam? Ini tidak pernah berlaku.

maulidur

Apakah keberkatan dan rahmat yang turun bersama dengan kehadiran sambutan Maulidur Rasul-serif? Saya percaya, hampir semua daripada kamu bermazhab Hanafi. Imam mazhab yang besar itu, yang berpegang teguh kepada ajaran Nabi (asws), mereka telah menerangkan secara terperinci, segala limpahan kurnia dan keberkatan yang diturunkan kepada semua yang menghadiri dan meraikan Maulidur Rasul-serif. Bagaimana cara kami meraikannya di sini? Dengan membicarakan sesuatu. Membicarakan mengenai Rasulullah (asws) dan memuji diri baginda (asws). Selepas itu, apa yang kami lakukan? kami menjamu orang ramai. Seterusnya kami memberikan selawat ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad (asws), semua ini dengan bertujuan menyemarakan lagi perasaan cinta dan kasih sayang kita kepada Baginda.

Alhamdulillah, peluang ini telah diberikan kepada kami, dan pada masa kini, akan kamu dapati terlalu banyak kekeliruan dan kecelaruan yang membadai di mana-mana. Tidak mengapa, kita tinggalkan kekeliruan itu, kerana kita yakin pada iman kita. Pada masa yang sama, jika terdapat sesiapa yang sedang dalam kekeliruan, jika benar-benar  mereka ikhlas mencari jalan keluar dari kekeliruan itu, mereka akan berusaha untuk bertanya, dan memohon penjelasan. Jika kamu tidak ingin meleraikan kekeliruan itu, maka ia bermakna bahawa kamu telah pun membuat keputusan berdasarkan pandangan sendiri. Ini menunjukkan bahawa bukan kamu yang berada dalam kekeliruan tetapi kamu yang mengundang kekeliruan itu. Mungkin ada beberapa perkara yang tidak kami fahami. Itu biasa. Adakah kamu berusaha untuk memahaminya,  atau kamu hanya berusaha untuk mengutuk dan menghakiminya?  Kami mempunyai bukti-bukti  kukuh bukan sahaja daripada empat imam besar yang tidak goyah dengan pegangan mereka, tetapi beratus-ratus dan beribu-ribu ulama para Awliya dan Saliheen, turut bersatu hati dalam mengatakan bahawa mereka memberi kemuliaan dan menghormati junjungan besar Nabi Muhammad (asws).

Abu Lahab, bapa saudara kepada Nabi (asws), terdapat satu surah mengenai dirinya. Dia adalah bapa kepada ahli Nar- Abu Lahab. Ketika Nabi (asws) dilahirkan, dia begitu gembira kerana dikurniakan seorang  anak saudara.  Salah seorang  hambanya  datang membawa khabar gembira mengatakan ‘Wahai Abu-Lahab, kau kini telah mempunyai soerang anak saudara.’ Apakah reaksi  Abu Lahab? Tatkala mendengar khabar kelahiran anak saudara lelakinya ini, Abu lahab bersuka cita.Dia melompat-lompat riang gembira seraya meneriakkan kata-kata pujian atas kelahiran anak saudaranya tersebut sepanjang jalan. Inilah bentuk kegembiraan Abu Lahab, hingga dia membebaskan seorang hambanya, di mana terdapat hadits yang mengatakan, jika kamu menjamu seseorang, sawab yang kamu terima adalah seolah-olah kamu membebaskan seorang hamba.

Ke mana telah kita campakkan ilmu pengetahuan kita pada hari ini? Itulah pengetahuan asas. Begitu banyak, tetapi mereka tidak mengetahuinya. Kita harus  tahu. Oleh kerana tindakannya  yang satu itu, Allah (swt)  telah melepaskan dirinya daripada seksa neraka, dan Allah swt telah mengeluarkan air dari celah jarinya untuk diminum. Ini adalah pemberian rahmat dan pembalasan Allah swt terhadap satu hari kegembiraan Abu Lahab menyambut kelahiran Nabi (asws) ke dunia ini. Nabi (asws) dilahirkan pada hari Isnin. Setiap hari Isnin, Abu Lahab telah dibebaskan dari api neraka. Dia diberi  penangguhan. Dia menikmati kelegaan dan keselamatan pada hari itu. Dia adalah seorang musuh sengit. Sepanjang hidupnya, didedikasikan untuk menjatuhkan Nabi (asws), tetapi satu tindakan yang dia lakukan, satu tindakan yang dilakukannya dengan ikhlas, dia diberkati. ‘Allah, Allah, Allah.’ Orang-orang yang beriman, Awliya-Allah berkata, ‘walaupun kamu meraikan hari kelahiran Nabi pada setiap bulan, setiap minggu, atau setiap hari, atau setiap masa, ia tiada bermakna. Mengapa tiada makna? Kerana Allah dan para malaikat turut memuji Nabi itu (asws). Jangan sesekali difikirkan  bahawa kita akan pernah berdiri setaraf dengan Allah dan Nabi-Nya dalam memuji Nabi Muhammad, dan bahawa kita akan dapat menandingi puji-pujian Allah dan malaikat-malaikat-Nya. Allah dan para Malaikat memuji baginda Rasulullah (asws), dan tiada had dalam pujian Mereka terhadapnya. Apakah kamu  fikir hanya sekali  Allah memberi pujian-pujian terhadapnya? Ia berterusan dari permulaan hingga selama-lamanya.

Alhamdulillah. Sambutan Maulidur Rasul-sherif, seperti yang di katakan sebelum ini, telah menyatukan kaum muslimin dan menumbuhkan semangat persaudaraan. Ikatan yang bersemi menjalinkan harapan. Dan apakah yang menyatukan hati mereka?  Cinta Rasulullah (asws). Dan cinta kepada Rasulullah (asws), akan membawa kepada cinta Allah. Lā’ilāha’illā-llah, Muhammadur-Rasūlu-llah. Mereka yang mengetepikan cinta Nabi,  mereka yang mengatakan, ‘dia hanya seorang rasul. Allah lah yang penting.’  Tentu sekali Allah yang paling penting. Tidak pernah kami menafikannya. ‘Oh, dia hanya seorang rasul. Jangan terlalu memberi terlalu banyak perhatian kepadanya. Kita mesti memberi perhatian kepada Allah. Jika kita terlalu memujinya, kita akan berakhir dengan menyembahnya.’ Sheytan turut mengatakan seperti itu.

Allah memerintahkan kepada semua para malaikat dan kepada Azazil, sewaktu dia belum bergelar sheytan, dia adalah Azazil; Apakah perintah itu? “Bersujudlah kamu kepada Adam.”  Sheytan berkata, ‘tidak! itu perbuatan syirik. Aku hanya bersujud kepada Kau. Kau adalah Allah. Aku adalah jauh lebih baik daripada diri makhluk itu.’  Dia memandang  Adam (as), tetapi  apa yang dilihatnya adalah suatu bentuk yang diperbuat dari lumpur. Tetapi Nabi (asws) telah mengatakan, ‘Aku adalah Nabi tatakala Adam itu masih lagi diantara Tanah Liat dan Air.’ Allah swt telah mengaruniakan kenabian dan kerasulan pada ruh Nabi (asws) bahkan sebelum penciptaan Adam. Ketika Adam telah diciptakan dan melihat kepada gerbang jannah, maka tampaklah tulisan ‘Laa ilaaha illallaah, Muhammadur Rasuulullaah’. Haqiqat Nabi Muhammad (asws) telah wujud sejak saat itu, meski tubuh ragawinya baru diciptakan kemudian. Beliau (asws) adalah yang pertama diciptakan di antara para Nabi, dan yang terakhir diutus. Namun sheytan kecundang kerana tidak dapat menerima takdir Allah. Takdir yang menentukan Adam dipilih menjadi Khalifah dan dia diperintahkan sujud lambang hormat kepada Allah dalam mentaati Allah. Syaitan tidak boleh menerima takdir ini. Dia berkata, ‘Tidak! Aku tidak akan sujud kepadanya (Adam). Aku bersujud hanya kepada-Mu. Dia hanya diperbuat dari tanah liat.’ Sheytan mempersoalkan mengapa dia yang dijadikan daripada api (sedangkan Adam hanya daripada tanah), mengapa dia yang lebih ’senior’ dalam ibadah dan hiraki kepimpinan tidak terpilih menjadi khalifah, sedangkan Adam hanya ’pendatang’ baru yang diciptakan terkemudian? Ini bermakna sheytan tidak memahami apa yang terkandung di dalam bentuk yang dilihatnya itu. Dia tidak mengerti apakah roh yang terkandung  di dalam bentuk Adam  itu. Ya, apakah roh yang sedang dibawa  Adam (as)? Kami semua berada di dalamnya. Adam (as) telah membawa benih bagi seluruh umat manusia di dalam tubuhnya, dan Adam (as) membawa cahaya nabi (asws). Nabi Muhammad diberikan al-Maqam al-Mahmud (kedudukan yang tinggi). Maqam al-Mahmud yang telah diciptakan Allah, hanyalah untuk Rasulullah (saw); dan Dia telah menciptakan manusia, kamu dan saya, untuk menjadi khalifah-Nya. Allah telah mencipta kita untuk mewakili-Nya.

Jadi, kepada mereka yang takut bahawa perkara seperti ini boleh berlaku, bahawa  besar kemungkinan kamu akan berakhir dengan menyembah kepadanya; jangan takut. Ia tidak pernah berlaku. Tetapi, kepada mereka  yang mengatakan, ‘kita harus mendahulukan Allah sebelum Nabi,’ itu sudah pasti. Tentu sekali kita harus mengutamakan Allah dari Nabi. Kami tidak mempunyai sebarang bantahan dengan kenyataan begitu, tetapi Allah sendiri telah berkata, ‘untuk kamu datang kepada-Ku, harus melalui Nabi (sws).’ Bukankah itu sebabnya maka shahadat kami ialah, ‘La ilaha illallah Muhammadur Rasulullah?’ Jika kamu memotong Muhammadur Rasulullah, apakah kamu adalah dari kaumnya? Tidak. Dan, Allah di dalam hadith-serif, dalam hadis Qudsi, mengatakan, ‘Lau laka, lau laka: jika bukan karena engkau (Muhammad), tidak Kuciptakan alam semesta ini.’ Kita boleh melakukan perkara-perkara lain, tetapi hanya jika hati serta minda akalmu, telinga dan semangat kamu bersedia untuk memahami sedikit dari realiti Nabi (asws); bagaimana dunia diciptakan, Inshallah-ar-Rahman, kita mungkin layak untuk dipanggil, yang terdiri dari kaumnya.  Mereka yang menerima pencelupan yang paling baik adalah yang kekal di dalam kehambaan, mengabdikan diri kepada Allah swt, menyembah-Nya dan melaksanakan perintah dan peraturan-Nya. Mereka memulakan perjalanan sebagai hamba dan kembali sebagai hamba juga. Sekalipun ada orang yang diizinkan mengalami berbagai-bagai suasana hakikat tetapi itu bukanlah matlamat. Matlamatnya adalah membentuk insan yang layak dipanggil umat Nabi Muhammad (asws) yang berkedudukan sebagai hamba Allah swt.

Allah (swt) berkata, ‘Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu.’ Kepada mereka yang mengatakan, ‘tidak, kamu terlalu berlebih-lebihan dalam memberi puji-pujan kepada Nabi (asws). Hal ini jelas merupakan kesyirikan dan menyamakan kedudukan Rasulullah (asws) dengan Allah. Mengangkat Nabi (asws) hingga pada derajat yang tinggi ini merupakan kekufuran yang nyata.’  Allah sendiri mengatakan,’ taatilah Allah, taatilah Rasul-Nya dan taatilah pemimpin yang mendapat petunjuk. ‘ Jadi, apakah Allah juga melakukan syirik? Astaghfirullah.

Maka ini sudah cukup menjelaskan segala – galanya. Mengapa tidak Allah (swt) hanya berkata, ‘taatilah Allah.’ Tetapi Dia mengatakan, ‘ tidak cukup hanya denga taati  Allah. Kamu harus mentaati Rasulullah dan taatilah pemimpin yang mendapat petunjuk. ‘ Dalam ayat yang lain, Allah (swt) berfirman, “Katakan (kepada mereka ya Muhammad), sekiranya kamu mencintai Allah, maka ikutilah aku, nescaya nescaya Allah akan mencintai kamu dan mengampunkan dosa-dosa kamu.” Kitab suci al-Quran tidak diturunkan kepada kita secara individu. Ia diturunkan kepada Nabi Muhammad  (asws). Ini adalah protokol Ilahi. Allah berkata, ‘untuk tiba kepada cinta Ku terdapat sebuah pintu, iaitu menerusi nabi (asws).’ Tanda kejujuran kepada Allah swt adalah mencintai Rasul-Nya (asws) pada semua kondisi, ucapan dan perbuatannya. Pada pokok dan cabang agama, yang nampak maupun yang tersembunyi. Barangsiapa yang mengikuti Rasulullah (asws), hal itu menunjukkan kejujuran dakwaannya mencintai Allah swt.  Apakah cinta kita hanya akan terhenti pada cinta Nabi? Tidak. Apakah kamu pernah tercegat berdiri di pintu? Adalah amat bodoh jika kamu  hanya berdiri terpaku di pintu tanpa ingin melangkah masuk ke dalam. Kamu boleh masuk. Tetapi, jika kamu memilih untuk tidak masuk melalui pintu itu, maka kamu tidak akan dapat memasuki. Astaghfirullahil azeem wa atubu alai. 

Ya Allah, sesungguhnya kami mohon ampun padaMu atas segala dosa. Kami menginsafi kelemahan diri. Mahasuci Engkau, ya Allah, kami tidak tahu apa-apa kecuali yang telah Engkau ajarkan kepada kami. Kami tidak menuntut apa-apa, tetapi hanya satu sahaja yang dapat kami katakan dari ibadah kami yang serba kekurangan,  bahawa semoga Rasulullah (asws) akan sentiasa berada di atas kepala kami, dan semoga nyawa kami, nyawa anak-anak kami, nyawa bapa adan ibu kami, dan segala-gala yang kami miliki, dikorbankan untuk beliau (asws). Janganlah Kau uji kami kepada apa yang kami tidak mampu lalui. Tetapi kau tetapkanlah keimanan kami,kau kukuhkanlah keimanan kami ya Allah. Hanya kepadamu-MU kami memohon Ya Allah. Wa min Allah tawfik. Al-Fatiha.

Maulid at Education Centre, Tampa

stock-vector-vector-vintage-borders-54193183 (2)Sheykh Lokman Efendi Hz,
Khalifah kepada SahibulSaif Shaykh Abdulkerim el Kibrisi (qs),
Perayaan Maulidur Rasul di Jacksonville, Florida
stock-vector-vector-vintage-borders-54193183 (2)

 

 

 

 

 

 

 

 

This entry was posted in OsmanliJB. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s