Apakah hubungan Hz Mahdi(as) dengan Uthmaniyyah?

BismillahirRahmanirRahim

Soalan: Apakah hubungan Hz Mahdi (as) dengan Uthmaniyyah?

uthmaniyyah1

BismillahirRahmanirRahim. Hz. Mahdi (as) akan muncul daripada kalangan Uthmaniyyah. Kegemilangan Daulah Uthmaniyyah akan kembali. Betapa ramai kini yang menggelarkan atau mengakui diri sebagai Uthmaniyyah. Tidak mengapa. Buat  masa ini walaupun hanya sekadar meniru, itu sudah memadai malah ia lebih baik daripada mereka yang  tidak memahami atau tidak begitu mengendahkan tentang siapakah Uthmaniyyah sebenarnya.

Kian ramai kini yang mulai sedar dan mengharapkan kembalinya Khilafah dan Uthmaniyyah. Maka tidak hairanlah jika kita lihat kini betapa mereka sengaja membuat onar dan menyebarkan fitnah yang mengatakan bahawa kitalah yang bertanggungjawab di atas segala kekejaman. Kelompok-kelompok teror mengatasnamakan Islam dan Khilafat dan mereka sudah tanpa berkedip untuk menghabisi nyawa ribuan manusia. Dan Disebabkan perlakuan zalim kelompok ini, kita turut dibabitkan dan digolongkan sebagai orang-orang yang bertanggungjawab melakukan segala kekejaman ini dengan mengisytiharkan diri sebagai khalifah; demi untuk mempertegakkan Khilafah. Karena memang upaya pengkaburan terhadap kemuliaan Islam melalui Khilafah itu adalah bentuk tipu daya setan dan usaha sebahagian mereka untuk melakukan pembunuhan “idealisme” terhadap kemuliaan Islam. Sungguh di suatu hari kelak, Khilafah yang dinantikan itu akan segera berdiri. Uthmaniyyah akan kembali. Pertama sekali, Daulah Uthmaniyyah akan kembali, dan Sultan akan ditabalkan. Sultan akan mengambil barang-barang peninggalan Rasulullah (asws), Hirka-e-Serif, pedang dan tali pinggang, dan beliau akan menyerahkannya kepada Hz Mahdi (as) apabila beliau hadir untuk meneruskan tugas memimpin kepada kebenaran. Hz. Mahdi (as) akan meneruskan segala tugas untuk membersihkan dunia, sehingga kemunculan Hz. Isa (as), dan tugas beliau adalah untuk melenyapkan Dajjal. Kemudian mereka akan memerintah untuk beberapa ketika hingga tertegaknya sistem pemerintahan Islamiyyah di pesada dunia

Jika kamu tidak menerima Uthmaniyyah, jika kamu cenderung untuk tidak menyayangi dan menghormati Uthmaniyyah, nescaya kamu tidak akan diterima Hz. Mahdi (as). Sekali-kali tidak. Jika kamu memahami apakah yang sedang ditegakkan oleh Uthmaniyyah, dan kamu menyukainya, walau siapa pun dirimu, atau apa pun pendirian mu, orang yang beriman atau orang kafir, Kristian, Muslim, atau Yahudi, tetapi kamu meyakini segala apa yang dilakukan Uthmaniyyah adalah sesuatu yang menakjubkan dan luar biasa, adil dan saksama. Merkea telah mempertahankan Daulah Islamiyyah dan wilayahnya selama beratus-ratus tahun lamanya. Puak-puak yang saling bermusuhan serta mengugut dan mengancam satu sama lain, selama beratus-ratus tahun lamanya, Uthmaniyyah telah menenangkan dan menyatukan mereka hingga mereka hidup dalam keadaan aman dan sejahtera. Namun apabila kamu menolak perlindungan Uthmaniyyah yang telah dapat membimbing umat ini kepada jalan Allah swt, kamu menolak bayangan Allah swt di bumi, dengan serta merta sejak saat itu semuanya mulai tenggelam. Orang yang sama, di kawasan yang sama, semuanya bertukar seakan neraka. Ini jelas menunjukkan bahawa Uthmaniyyah adalah Pemimpin yang benar, yang amanah dan bertanggungjawab. Mereka telah melakukan sesuatu yang bermakna dan murni. Kami menyokong semua itu. Jika kamu turut menyokongnya, maka kamu akan berada di sisi Mahdi (as). Insha-Allah-ar-Rahman. Sebanyak ini sudah memadai. Selam-Aleykum wa Rahmatullah. 

stock-vector-vector-vintage-borders-54193183 (2)Sheykh Lokman Efendi Hz,
Khalifah kepada SahibulSaif Shaykh Abdulkerim el Kibrisi (qs),
Osmanli Dergahi NY

stock-vector-vector-vintage-borders-54193183 (2)

This entry was posted in OsmanliJB. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s