Kehancuran dek akibat seekor nyamuk nan lemah

BismillahirRahmanirRahim 

sheykh-abd-kerim-effendi-sultan

Allah swt telah berfirman, ‘Andaikan dunia di sisi Allah seharga sayap seekor nyamuk; niscaya Allah tidak akan memberikan seteguk air pun untuk orang kafir.’ Sayap seekor nyamuk, siapa yang mahu? Diberi secara percuma pun kita tidak mahu. Namun anehnya tidak sedikit di antara manusia yang mati-matian berebut sayap nyamuk tersebut, bahkan sampai mempertaruhkan surga mereka sekalipun!

Telah Allah mengingatkan di dalam kitab Nya bahawa dunia dan segala yang berada di dalamnya itu tidak langsung mempunyai sebarang nilai di kehadirat Illahi. Apa jua jenis kepuasan yang kamu nikmati di dunia tidak mempunyai sebarang nilai. Semuanya bersifat sementara, dan setiap apa yang bersifat sementara pastinya tidak akan memberi kepuasan. Adalah lebih bijak jika kita memberi keutamaan pada kehidupan yang abadi. Kita harus berusaha gigih untuk meraih kemenangan besar di akhirat. Di dunia ini telah milyaran manusia hidup mendahului kita, dan mereka telah lama tiada, telah habis masa kehidupan dunia yang menjadi bagian mereka. Kita-pun telah amat sering menyaksikan orang-orang yang hidup sezaman dengan kita, baik keluarga, kerabat, tetangga, maupun orang-orang yang tidak kita kenal, namun kita ketahui kabar kematiannya. Sekalipun demikian jelasnya perkara kematian, namun tetap saja banyak manusia yang lalai darinya, dan tidak mempersiapkan diri dalam menghadapinya. Padahal setiap detik waktu yang berlalu berarti semakin dekat pula jarak antara dirinya dengan akhir hayatnya. Selagi masih ada hayat, selagi itulah kita harus  meneruskan usaha menanam saham akhirat. Jangan ditangguhkan lagi. Jika peluang untuk mengejar kebaikan ini terlepas, maka akan timbul persoalan sama ada kamu telah berjaya memiliki kenikmatan hidup di alam akhirat.

Ramai yang berkata, ‘Ohh, Syurga itu terlalu besar. Apa yang akan berlaku di sana? Mana mungkin semua manusia akan dimasukkan ke dalam neraka?’ Tentu sekali tidak. Setiap manusia akan menuju ke arah sesuatu yang telah mereka bina untuk diri masing-masing. Jika semua umat manusia di dunia ini berada dalam kesesatan, ia tetap tidak akan mengubah penentuan Allah dan Allah swt telah berkata, ‘Kami akan mengambil kamu semula dan kami mampu untuk menciptakan  sesuatu yang baru. Kamu tidak berharga. Kamu boleh memberi harga yang tertinggi bagi diri kamu dengan memandang ke cermin sambil memuji, Oh! Aku kelihatan begitu cantik sekali!’ Ini adalah terlalu mudah bagiku. Kecantikkan dan segala-galanya dapat ditarik balik dengan sekelip mata.’ Begitu juga dengan kehebatan kuasa yang berada pada diri manusia. Semuanya boleh dilenyapkan dengan serta-merta.

Tidakkah kamu faham serta insaf mempelajari dari kisah yang berlaku di sebalik sejarah silam?  Mengapa kamu tidak menghayati kisah yang pernah menimpa manusia pada zaman silam dan mempelajari dari kesilapan mereka. Sesungguhnya Allah swt telah mencatatkan kisah-kisah ini di kitab-kitab suci sebagai pengajaran buat umat manusia. Mungkin juga ramai yang tidak suka dengan apa yang terkandung di dalam Quran. Tidak mengapa, ambil kata-kata dari kitab Taurat.  Lihat apa yang disebutkan di kitab Taurat mengenai Namrud dan Ibrahim (as). Hayati juga kisah yang berlaku diantara Firaun dan Musa (as).Apakah yang telah  Namrud umumkan kepada dunia? Dia berkata, ‘Aku adalah Tuhan semesta alam. Semua ini adalah kepunyaan aku.’

Dek kerana kesombongan dan keangkuhan Namrud, Allah telah meletakkan seorang hamba dihadapannya yang berkata, ‘Tinggalkan keangkuhan kamu Ya Namrud. Bersujudlah kepada Tuhan yang telah menganugerahkan segala kuasa yang ada pada diri kamu itu.’

Namrud menjawab, ‘Tuhan? Akulah Tuhan! Akulah Pencipta!  Apakah yang mampu dilakukan oleh Tuhan-mu itu?’

‘Dia memberi dan mengambil nyawa.’

‘ Ahhh!! Itu mudah sekali. Aku juga boleh melakukannya.’ kata Namrud dengan megahnya. Diperintahkan dua orang tawanan penjara untuk menghadapinya. Seterusnya dia memberi arahan, ‘Akan ku bebaskan tawanan yang satu ini. Bererti aku memberi nyawa kepadanya.  Kepada yang satu itu, akan ku ambil nyawanya. Bunuh dia!’

Ibrahim (as) berkata, ‘Kalau begitu keadaannya, Tuhan ku mampu untuk menerbitkan matahari dari  arah Timur. Dapatkah kau menghentikannya dan menerbitkan pula dari arah Barat?’ Namrud mula menggeletar. Sudah tentu dia tidak dapat melakukan keajaiban ini.

Ibrahim (as) mencabar terus, ‘Lihatlah sendiri, tuhan yang kau sembah itu tidak dapat melakukan perkara ini. Tetapi Tuhanku boleh.’ Untuk itu, Allah telah menjanjikan bahawa sebelum berlakunya hari Kiamat, kamu akan dapat menyaksikan, hanya sekali, terbitnya matahari dari arah Barat. Pastikan kamu sentiasa memohon keampunan hingga ke saat itu. Kerana pada saat matahari terbit dari arah Barat dan terbenamnya semula ke arah yang sama, pintu-pintu keampunan akan tertutup. Sebarang keampunan tidak akan diterima selepas itu.  Apabila matahari telah terbit dari barat maka iman yang terjadi pada hari itu tidaklah berguna bagi orang yang sebelumnya musyrik atau kafir, tidak pula taubat yang dilakukan pada waktu itu bagi orang yang beriman tetapi sebelumnya dia melakukan kemaksiyatan, kebaikan yang dilakukan sesudah itupun tidaklah berguna.

Ibrahim (as) berkata, ‘gilakah kamu?  Kau tidak boleh menjadi Tuhan dengan berkeadaan yang begini hina.  Insaflah dengan segenap jiwamu dan bersujud memohon keampunan. Allah telah meletakkan aku, hamba yang paling lemah dan hina, untuk berbicara di hadapan mu.  Apakah kau masih tidak mengerti? Dan aku kini berdiri tegak di hadapan mu. Aku telah berjaya untuk mematahkan kuasamu dan berdiri di hadapan sambil berbicara dengan mu.’

Pada ketika itu Namrud yang sombong mengisytiharkan perang terhadap Allah swt. Dia berkata, ‘Aku sangat marah dengan Tuhan mu. Khabarkan kepadanya bahawa aku mengisytiharkan perang ke atas kerajaan langitnya itu!’

Ibrahim (as) menjawab, ‘Ohh, kau kini sedang dalam bahaya.  Kau isytiharkan perang ke atas Tuhan Yang Maha Besar, Maha Agung dan Maha Berkuasa, yang tidak perlu dibela? Tuhan ku sedikit pun tidak pandang pada dirimu yang hina ini.’ Maka Nabi Ibrahim as. munajat kepada Allah swt: “Ya Allah sesungguhnya Namrud dengan tenteranya menunggu kedatangan tenteramu, maka kirimkanlah kepada meraka
tentera daripada selemah-lemah makhluk Mu.”

Dan perintah Allah swt diturunkan kepada Ibrahim (as) yang berkata, ‘Katakan kepadanya Ya Ibrahim, Kami menerima, Kami menyahut cabaran itu. Aku akan kirimkan pasukan tentera Ku untuk menghadapi tentangan Namrud yang sombong itu.’

Dengan segera Namrud mengerahkan pasukan tenteranya untuk membuat persediaan rapi. Sama seperti masa kini di mana pemerintah di seluruh negara sedang mempersiapkan pasukan tentera, pasukan SWAT, tentera Udara, darat dan pelbagai persiapan senjata-senjata, mengatur strategi-strategi dan taktik-taktik peperangan, dan masing-masing berkata, ‘Kami adalah yang terhandal.’ Namrud pastikan hanya yang terbaik dipilih untuk misi peperangan ini. Dia berkata, ‘Sekarang, Tuhan dari langit akan datang untuk berperang dengan ku. Bersiap sedialah! Ini bukan senda gurauan.’

Namrud membuat persediaan yang cukup rapi bagi pasukan tenteranya. Sementara menantikan peperangan bermula, dia bertanya Ibrahim (as), ‘Apakah tuhan kamu itu takut? Kenapa dia masih belum mengirimkan lagi tenteranya?’

Ibrahim menjawab, ‘Sabar. Mereka sedang menghampiri. Tidakkah kau nampak itu? Lihatlah di atas sana.’

Sheykh Abd Kerim Effendi Hz

Kelihatan dari jauh satu titik hitam yang sedang bergerak di langit yang biru. Titik hitam itu semakin mendekati, dekat, lebih dekat hingga mereka yang melihat menjadi bingung. Tentera Namrud ketakutan apabila ruang angkasa berubah menjadi gelap. Jutaan nyamuk menuju ke arah mereka dengan dengungan yang membingitkan. Mereka tertanya-tanya, ‘apakah itu? Apakah itu?’

Ibrahim berkata, ‘Inilah pasukan tentera nyamuk. Teruskan dengan niat kamu untuk menghapuskan mereka. Silakan.’

Maka perperangan bermula.Allah swt memberikan kekuatan kepada nyamuk-nyamuk tersebut. Nyamuk-nyamuk menyerang tentera Namrud, menghisap semua darah mereka, Allah swt memerintahkan kepada nyamuk agar menunda penyeksaan terhadap Namrud. Agar ia dapat melihat sendiri kehancuran tenteranya. Maka nyamuk-
nyamuk itu pun membiarkan Namrud sehingga ia dapat pulang ke istana.Nyamuk-nyamuk mula menyerang masuk ke dalam tubuh badan para tentera sungguhpun pakaian seragam telah menutupi seluruh anggota mereka dari hujung rambut ke hujung kaki. Tentera Namrud digigit teruk oleh nyamuk sehingga mereka rebah dalam keadaan mengerikan seperti tengkorak hidup. Namrud yang ketakutan mula mengunci diri di dalam kamar teratas di istananya. Cermin kaca diletakkan di keliling kamar agar dia dapat mengawasi setiap pergerakkan di ruang itu. Jiwanya bergetar ketakutan. ‘Ya, ini adalah satu tindakan yang bijak. Aku bersembunyi di kamar yang terkunci dan tertutup rapat,’ fikir Namrud.

Tiba-tiba dia terlihat seekor nyamuk yang sedang menyelit masuk ke ruang kamar menerusi lubang kunci. Nyamuk itu mula berligar-ligar di dalam kamar.

‘Oh Tidak! Apa yang harus aku lakukan?’

Hanya seekor Nyamuk. Hanya seekor nyamuk. Allah telah menerangkan di dalam al-Quran bahawa nyamuk itu kurang sempurna. Kaki dan sayapnya patah, tidak seperti nyamuk-nyamuk yang lain. Allah berkata, ‘Oleh kerana Namrud membuat pengakuan umum bahawa dia adalah Tuhan yang amat berkuasa, maka Kami telah mengirimkan seekor nyamuk yang paling lemah dikalangan tentera nyamuk itu untuk menghapuskannya’ Begitu rumit sekali keadaan yang dihadapi Namrud. Dia terpaksa berlari-lari kesana kemari, berpusing-pusing di keliling kamarnya untuk cuba membunuh hanya seekor nyamuk. Akhirnya, nyamuk itu menemui jalan masuk ke dalam tubuh Namrud menerusi lubang hidungnya. Ini kisah benar. Nyamuk berjaya masuk ke dalam otak Namrud dan mula memakannya. Ia menggigit sedikit demi sedikit. Setiap kali otaknya digigit nyamuk, Namrud  menjerit kesakitan, ‘Arrgghh!!!’

Kamu fikir bahawa sakit gigi itu amat perit rasanya bukan? Jika dibandingkan dengan kesakitan yang sedang dialami Namrud,  keperitan sakit gigi itu tidaklah seteruk mana. Ini kerana sakit gigi berakibat daripada tersentuhnya urat saraf yang tersalur ke bahagian otak manusia. Bayangkan jika urat saraf di otak itu sendiri digigit bertalu-talu oleh seekor nyamuk. Peritnya bukan kepalang. Meraung-raung Namrud dalam kesakitan. Saban hari rasa sakit semakin berlarutan. Akhirnya, oleh kerana terdesak dek kesakitan yang tidak terkawal, Namrud mula mengetuk-ngetuk kepalanya. ‘Ahhh!’, kelegaan dapat dirasakan sejenak apabila sakit mula reda setiap kali kepalanya diketuk. Sebenarnya, rasa sakit itu hilang kerana sang nyamuk berhenti bergerak.  Sebaik sahaja Namrud berhenti mengetuk, nyamuk mula bergerak dan rasa sakit kembali semula. Ia memakan otak Namrud selama 40 hari.Begitu besar sifat pengasih dan penyayang Allah swt. Allah tidak menyiksa Namrud dengan segera, tetapi masih diberi masa ia bertaubat. Masa tiga hari yang diberikan terhadap nyamuk tersebut tidak digunakan oleh Namrud untuk menerima kebenaran Allah swt. Maka jadilah Namrud tergolong ke dalam orang-orang yang dimurkai Allah swt.

Lama kelamaan, tindakkan mengetuk kepala dengan tangan tidak lagi mendatangkan hasil . Namrud mula menggunakan sebatang tukul kayu yang besar. Dia menggenggam sebatang tukul kayu manakala seorang pengawalnya memegang tukul yang satu lagi. Namrud memberi arahan, ‘Setiap kali aku menjerit, kau hayunkan tukul ini sekuat yang mampu ke arah kepala ku.’ Begitulah keadaannya. Kepalanya diketuk dengan sebatang tukul kayu dan nyamuk berhenti bergerak. Kesakitan reda. Tetapi untuk sementara. Selang beberapa minit, nyamuk bergerak semula dan mula menggigit. Namrud mengerang kesakitan sambil menjerit,

‘Kuat!Kuat! Kuat lagi!

Akhirnya, si pengawal yang diupah untuk melakukan tugas itu merasa bosan dengan gelagat Tuannya. Bukalah kitab Taurat, bacalah. Kisah ini ada tercatat di situ. Buka kitab Injil. Ia juga ditulis di situ. Buka kitab al-Quran. Ia jelas dicatatkan. Kamu fikir kitab-kitab ini hanya mengisahkan cerita-cerita dongeng?  Kitab-kitab ini diturunkan pada waktu yang berbeza. Sebuah kitab diturunkan seabad yang lalu, sebuah lagi diturunkan berkurun-kurun yang lalu, dan yang sebuah itu beberapa abad yang silam. Namun, kisahnya tetap sama. Akhir sekali, akibat merasa bosan melayan kerenah tuannya, pengawal itu mula menghayunkan tukul kayu dengan sekuat hati hingga menyebabkan tempurung kepala Namrud retak dan terbelah dua. Maka keluar haiwan yang kelihatan seperti seekor burung dari kepala Namrud. Nyamuk yang pada mulanya itu kecil telah menjadi begitu besar akibat memakan otak Namrud. Ia terbang keluar.

Apakah tujuannya maka Allah memaparkan kisah-kisah sebegini di kitab-kitab suci-Nya? Pernahkah kamu memikirkan hal ini?  Allah sedang memberi kita pengajaran dengan mengatakan, Kamu hanya seorang hamba. Tidak lebih dari itu. Apa jua kedudukan serta martabat duniawi yang telah kamu miliki sejauh ini, ia tetap tidak akan merubah hakikat bahawa kamu itu adalah seorang hamba. Jika kamu mengatakan sebaliknya, Aku tidak akan menerima. Sesiapa sahaja yang sedang berusaha untuk menjadi seorang hamba yang terbaik, akan Ku berikan gelaran tertinggi kepada dirinya itu. Akan Ku lantik dirimu sebagai seorang Sultan. Ini adalah satu perlantikkan khas yang diturunkan terus dari Syurgawi. Tiada sesiapa yang dapat merebut gelaran itu darimu jika ia diturunkan dari situ. Dunia mungkin akan mengejar untuk mendapatkannya, mereka tidak akan berjaya. Ini adalah pemberian Istimewa. Pemberian Syurgawi.

Kisah-kisah benar adalah penerangan bagi seluruh manusia, dan petunjuk serta pelajaran bagi orang-orang yang bertakwa.Kisah Namrud memberi kesedaran kepada manusia bahawa mereka tidak seharusnya memiliki sikap bongkak, angkuh dan sombong. Kehadiran golongan ini memang mempunyai kesahihan sejarah, dan bukan khayalan dan rekaan sesiapa. Umumnya, golongan angkuh-sombong ini mempunyai pola fikir dan watak yang typical yang sentiasa mewarnai mentaliti manusia-manusia yang seumpama mereka di sepanjang zaman dalam sejarah manusia. Golongan bongkak dan angkuh ini muncul kerana terlalu asyik dilimpahi nikmat kekuasaan dan kekayaan, yang kemudiannya mewujudkan semacam suatu fenomena istikbar, sikap angkuh dan bongkak, lalu melakukan pendurhakaan dan merasakan diri mereka menjadi tuhan.

Sifat Namrud yang takbur jelas mengajar kita bahwa insan kerdil lebih berupaya untuk menumpaskan mereka yang memiliki sifat angkuh yang tercela. Seekor nyamuk yang kecil sahaja sudah cukup untuk membunuh seseorang yang menganggap dirinya sebagai yang terhebat. Ya, nyamuk ini merupakan tentera daripada Allah yang ditugaskan untuk memberi peringatan kepada manusia agar tidak leka dengan kehidupan di dunia. Semua ini dengan perintah Allah yang maha kuasa. Ingatlah, setiap yang hidup pasti akan merasai mati apabila tiba masanya. Dan mati tidak sesekali akan menunggu kita. Dan mati juga tidak akan dilewatkan walaupun sesaat bila tiba masanya.

Satu lagi peristiwa yang Allah jadikan sebagai teladan bagi umat manusia adalah kisah Firaun yang bongkak. Dengan hanya sebatang tongkat, kuasa Firaun dapat ditumpaskan dengan serta merta. Allah swt memberikan tongkat itu kepada Musa (as) dengan berkata, ‘Dengan tongkat ini, kau jatuhkan kerajaan Firaun.’ Dengan tongkat yang memiliki pelbagai mukjizat, Musa (as) mampu meruntuhkan kerajaan Firaun. Firaun yang bangga dengan menggelarkan dirinya Tuhan akhirnya mati lemas ditenggalami lautan luas. Begitulah kesudahan riwayat hidup Firaun.

Pada kurun ke-21 ini, siapakah di antara manusia di muka bumi yang tidak menentang kuasa Allah? Hmm? Manusia semua sedang melarikan diri sejauh yang mungkin daripada perintah  Allah. Berbekalkan ilmu pengetahuan yang tinggi, manusia semakin menjauhkan diri dan mengabaikan perintah Allah swt. Mereka berkata, ‘Aku tidak suka kepada perintah itu. Aku hanya akan menurut  kemahuan ego.  Apa yang Allah inginkan dari ku,  itu amat tidak bersesuaian dengan ego ku.’

Manusia kurun ke-21 kini tidak akan dihukum menerusi seekor nyamuk atau pula sebatang tongkat.  Bagi golongan ini, hanya satu perkataan sudah mencukupi. Perkataan yang menjadi kebencian ramai manusia, terutama sekali mereka di Barat. Itulah laungan Takbir, “ Allahu Akhbar!”  Bergetaran seluruh anggota tubuh manusia. Takut dan cemas. Hanya dengan satu laungan Takbir. Hmm, Apa yang menyebabkan jiwa mereka bergetar ketakutan?

‘Allahu Akbar!’

Laungan takbir ini akan membawa kepada keruntuhan serta menamatkan kejahilan kurun ke-21. Satu laungan Takbir oleh Mahdi (as) akan mengakhiri segala kezaliman. Saya begitu yakin sekali, menurut ilmu yang telah dibuka kepada diri ini, bahawa hampir semua yang berada di sini akan menemui hari yang dijanjikan itu. Tetapi awas. Pastikan bahawa kamu berada di pihak yang benar dan bukan pada yang batil.

shahadat

stock-vector-vector-vintage-borders-54193183 (2)SaibulSaif Sheykh Abdul Kerim Effendi  Hz,
Khalifah kepada Grandsheykh Maulana Muhammad Nazim Adil al-Haqqani (qs),
Osmanli Dergahi NYstock-vector-vector-vintage-borders-54193183 (2)

This entry was posted in OsmanliJB. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s