Perang Canakkale: Pengorbanan suci demi menegakkan Kedaulatan Islam

BismillahirRahmanirRahim

Selam aleykum. Hanya dalam masa beberapa hari sahaja, kita akan memperingati satu hari yang bersejarah. Kita akan memperingati perjuangan Pembela –Pembela Islam sejati dalam Perang Canakkale (Gallipoli). Tanggal 18 March, 1915. Askar-askar bersekutu datang dari Australia ke New Zealand, dari England ke Perancis. Mereka menyeberangi selat Bosphorus untuk menuju ke arah Islambol –  di situlah letaknya kehebatan Islam, di situlah pedang Islam terhunus di sebalik kibaran megah Panji-Panji Islam. Tetapi mereka gagal kerana keberanian, keperwiraan, kegagahan dan keimanan orang-orang Turki Uthmaniyyah. Berikut adalah sohbet daripada Sheykh Abdul Kerim Effendi Hz tentang Perang Canakkale

canakkale

BismillahirRahmanirRahim. Medet Ya Seyyidi Ya Sultanul Awliya, Medet. Puji syukur kita panjatkan kehadirat Allah swt yang telah merahmati kita, yang telah memilih kita untuk menjadi kalangan orang yang beriman. Apa jua yang kita lakukan, kita tidak akan dapat memberi syukur yang secukupnya atas anugerah itu. Apabila kita melihat sejarah dan kita cuba untuk memahami nilai ini dan bagaimana kita menjaganya, maka kita perlu menyemak diri kita sekali lagi. 91 tahun yang lalu pada hari ini, orang-orang yang beriman, orang-orang yang ikhlas dengan keimanan mereka, mereka telah membuktikan dan mempamerkan iman mereka kepada Allah Subhana wa ta’ala. Mereka lulus ujian mereka dan disebabkan pengorbanan mereka, kita masih dapat berjalan di atas muka bumi dan kita dapat mengatakan bahawa kita adalah umat Islam. Tetapi harga yang dibayar adalah sangat tinggi. Peristiwa sebegini berlaku beberapa kali lagi dalam Islam tetapi  apa yang berlaku di Canakkale adalah jauh berbeza jika dibandingkan dengan persitiwa-peristiwa yang lainnya.

Sejarah putaran musuh Islam untuk menghapuskan Islam tidak pernah padam. Usaha musuh untuk menjatuhkan Islam dan menyesatkan umatnya ini tidak pernah luntur sejak sekian lama. Pada awal tahun 1900-an musuh-musuh Islam telah membuat perancangan yang drastik dan berhati-hati.  Mereka telah bersatu dan mewujudkan pakatan untuk menghapuskan Islam. Musuh Islam dari seluruh penjuru dunia telah bersatu atas nama Perang Salib dengan tujuan untuk menghapuskan Islam. Mereka telah bersatu dalam menyuarakan kebencian terhadap Islam. Pihak musuh yang semakin memahami kelemahan Islam mula melancarkan serangan ke atas ibu Kota Islam, Istanbul. Askar-askar bersekutu datang dari Australia ke New Zealand, dari England ke Perancis. Mereka menyeberangi selat Bosphorus untuk menuju ke arah Islambol (Istanbul) –  di situlah letaknya kehebatan Islam, di situlah pedang Islam terhunus di sebalik kibaran megah Panji-Panji Islam. Begitulah kekentalan semangat pejuang musuh Islam yang terdiri daripada mereka yang berlainan agama namun tetap menyatu atas dasar tekad meruntuhkan keutuhan Islam. Mereka mendarat dan mengepung seluruh kawasan di Canakkale.

Di situlah askar-askar Uthmaniyyah telah berjuang bermati-matian sebagai perisai untuk membentengi 28 barisan hadapan. Dunia tidak pernah menyaksikan pertempuran yang sebegini dashyat. Peperangan telah banyak berlaku di pesada dunia tetapi ia tidak pernah melihat sebarang peperangan di mana musuh-musuh dari seluruh dunia telah bersatu untuk memusnahkan hanya satu bangsa. Dan mereka terlalu yakin yang mereka akan berjaya memusnahkan Islam dalam sekelip mata.

Mereka datang dengan lebih daripada 525,000 anggota tentera yang cuba untuk menembusi Canakkale, Gallipoli. Di situlah askar-askar Islam telah memberi kejutan kepada mereka semua, di kawasan terakhir yang mana mereka telah membuat semua pengiraan dan  dengan penuh keyakinan berkata, “Semuanya akan selesai sekarang. Kita telah tiba ke tahap terakhir. Kita akan menembusi dari sini dan Istanbul akan musnah dalam sekelip mata.’ Orang-orang yang telah beriman kepada Allah dan Rasul-Nya (asws), yang telah menyerahkan nyawa, keinginan dan seluruh jiwa raga mereka kepada Allah dan agama-Nya, 250,000 nyawa yang telah rela menjadikan diri mereka sebagai benteng pertahanan Islam yang ampuh, benteng yang tidak dapat ditembusi oleh pihak musuh yang akhirnya tenggelam ke dasar lautan yang mengelilingi kawasan tersebut. Itulah golongan para mujahiddin yang menjaga agama dan berjuang menegakkan agama Allah dengan diri dan darah mereka. Bantuan dan sokongan Allah swt sentiasa bersama mereka, dan mereka tidak dapat dikalahkan oleh pihak musuh.

Peperangan berakhir dengan kemenangan berada di pihak Khalifah. Mereka berjaya mematahkan serangan musuh. Sesungguhnya, hanya orang yang benar-benar muslim sahaja yang bersedia untuk berjuang dengan bersungguh-sungguh walaupun dengan berkorban nyawa dan harta benda untuk keredaan Allah, untuk mempertahankan Islam, untuk membela Khalifah. Ini adalah satu  pengajaran kepada seluruh dunia sejak masa itu sehingga kini untuk tidak sesekali memikirkan bahawa Islam akan dijatuhkan dengan begitu mudah. Ianya mustahil. Kelihatan seperti ianya kini sedang jatuh kerana umat Islam yang semakin lalai dan leka berada di mana-mana. Tetapi ini tidak benar. Masih ada orang lain yang sedang duduk dan menanti seperti tentera-tentera yang telah mengorbankan nyawa mereka demi Allah dan Rasul-Nya (asws). Pihak musuh tidak berjaya sampai ke matlamat mereka, dan mereka tidak akan pernah sampai ke matlamat mereka. Mustahil. Selagi ada satu orang yang beriman yang tinggal di bumi, ia adalah mustahil. Mereka tidak akan berjaya.

gallipoli1

Ini adalah untuk memberi kita kefahaman tentang apa Islam itu sebenarnya dan apabila tiba masanya bagi kita untuk mengorbankan kehidupan ini. Ini bukan sekadar suatu kejadian perang,  menyerang dan cuba untuk mengambil sesuatu atau mencuri sesuatu dari seseorang. Tidak. Tetapi ia melibatkan seseorang itu untuk berdiri tegap dan berpegang kukuh pada tali Allah sebagaimana yang telah dilakukan oleh Para Sahaba e-Kiram. Ketika seorang dari para sahaba e-kiram yang berada di barisan hadapan ditusuk anak panah di mata hingga membutakan penglihatannya, dengan serta merta dia mencabut anak panah itu dan teruskan perjuangan. Dalam peperangan itu, berlaku juga beberapa pengkhianatan. Beberapa orang yang berpaling tadah mula meninggalkan medan pertempuran. Mereka menemui sahabat yang cedera di mata itu, dan dia berkata, ‘Apa yang kamu lakukan? Daripada mempunyai dua mata yang dapat melihat tetap berpaling tadah, adalah lebih baik untuk memiliki hanya satu mata yang memandang ke hadapan, yang sentiasa berjuang untuk mengorbankan hidup ini demi Allah.’

Inilah apa yang dilakukan pejuang-pejuang Islam di Canakkale. Tiada sesiapa pun dikalangan manusia yang boleh membalas segala pengorbanan mereka  dan tiada sesiapa pun yang boleh memberi mereka gelaran dan pangkat yang tinggi, melainkan seperti yang apa yang dikatakan oleh seorang penyair, “Aku tidak bisa memberi apa-apa pun pada kalian. Aku tidak bisa membalas segala budi baik kalian. Tetapi Rasulullah (asws) sedang menanti di hadapan sana. Beliau telah membuka Jubbahnya pada setiap kamu.” Apabila kita duduk, befikir, menghayati dan memahami apa yang telah berlaku dan bagaimana ratusan ribu pejuang Islam telah menyerahkan nyawa mereka,  jika tidak terdetik di hati untuk mengatakan, “andainya aku berada dalam situasi seperti itu, aku juga rela untuk mengorbankan nyawa demi Islam,” jika  tidak terdetik di hati untuk mengatakan begitu, maka kita harus memeriksa  keimanan diri. Ya, itulah bentuk keimanan yang diperlukan oleh setiap manusia agar dapat melintasi titian Sirat dengan selamatnya.Kekuatan iman yang sanggup meninggalkan segala-galanya hanya untuk menggapai keredhaan  Allah dan RasulNya (asws). Jika jiwa itu tidak mempunyai kesanggupan untuk mengorbankan segala-galanya demi kerana Allah, maka kita harus memeriksa diri sendiri. Dan kita harus berusaha untuk memahami istilah pengorbanan, pengorbanan suci demi menegakkan kedaulatan Islam.

Ya segala-galanya indah hanya dengan kata kata. Ramai yang mudah mengungkapkan kata-kata akan tetapi  untuk melaksanakannya teramat payah.  Kita harus berusaha untuk duduk merenung sesaat dalam keheningan secara khusyuk untuk memahami, menghayati dan memikirkan setiap yang telah berlaku.  Fikirkanlah agar kita tidak terpedaya oleh kehidupan dunia. Dan agar terbuka mata hati dalam mengobarkan kembali jiwa yang bersemangat agar kita lepas dari fikiran jahiliyah modern. Apabila kita dapat menyelami makna dan hakikat tersebut, maka keimanan akan tumbuh berkembang dan akan terbukalah di hati bahawa sesungguhnya hidayah milik Allah yang sangat berharga itu tidak dapat dinilai dengan materi apapun di dunia ini.

Untuk pengetahuan kamu agar dapat memahami betapa dashyatnya perang ini (kamu perlu tahu bahawa), rapatnya jarak diantara garisan musuh dengan garisan pejuang-pejuang Turki Islam adalah dari dinding ini hingga ke dinding itu (Sheykh Effendi menunjukkan dinding di dergah yang agak rapat jaraknya). Cubalah kamu bayangkan betapa sengitnya pertempuran yang dihadapi oleh kedua-dua pihak, terutama sekali pihak Islam yang bilangannya jauh lebih sedikit ditambah pula dengan kelengkapan senjata yang tidak sehebat pihak musuh. Kerap kali mereka diberi arahan untuk tidak menggunakan peluru tetapi untuk memasangkan pisau bayonet di hujung senapang dan menggempur secara terus ke garisan musuh. Saya pernah mengunjungi medan pertempuran di Canakkale itu dan dapat saya lihat sendiri garisan perjuangan kedua-dua pihak.  Saya pernah berjuang di medan peperangan, tetapi apa yang telah dilihat oleh mata kasar ini di kawasan Canakkale, adalah sesuatu yang amat menyentu hati nulari. Amat menakjubkan. Semangat perjuangan, ketegaran, dan keteguhan hati  pejuang Islam  tersemat kuat di sanubari setiap diantara mereka. Begitu hebat kuasa yang mengiringi pembela- pembela Islam ini.

Mereka menjunjung tinggi bendera Rasulullah (asws). Mereka mempertaruhkan nyawa, harta dan keluarga demi membela negara dan agama, dan Allah swt memuliakan mereka dengan gelaran itu. Ia adalah mustahil untuk kita atau sesiapa sahaja untuk memberi mereka sebarang gelaran atau pangkat, tetapi Allah (Subhana wa ta’ala) yang akan membalas semuanya.

 

stock-vector-vector-vintage-borders-54193183 (2)SaibulSaif Sheykh Abdul Kerim Effendi  Hz,
Khalifah kepada Grandsheykh Maulana Muhammad Nazim Adil al-Haqqani (qs),
Osmanli Dergahi NYstock-vector-vector-vintage-borders-54193183 (2)

 

This entry was posted in OsmanliJB. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s