SahibulSaif (Hz) – Raut wajah yang memancarkan sinar seri cahaya Illahi

BismillahirRahmanirRahim

Sheykh

Pernah pada suatu ketika, saya berserta  beberapa orang murid sedang bersama dengan Sheykh Effendi Hazretleri di 39th Street  Manhattan. Kami sedang berdiri berhampiran pintu masuk ke Dergah selepas tamat majlis zikir pada malam Jumaat itu. Sheykh Effendi sering turun berjalan di kaki lima pada waktu malam apabila tamat majlis zikr. Beliau akan meluangkan masa di situ, memerhatikan  setiap  kejadian di sekeliling, dan biasanya pada waktu itu hari sudah pun menjangkau lewat malam.  Jika kamu pernah ke kawasan itu pada lewat malam, akan kamu tahu bahawa ia adalah seperti hutan belantara.

Pada malam itu, kelihatan seorang pemuda sedang melepak lepak sambil memegang botol arak. Ternyata dia baru habis menogok minuman keras itu, dan mula mengorak langkah menghampiri kami. Dengan senyuman terukir di bibir, Sheykh Effendi menegurnya dan bertanya khabar. Pemuda itu membalas senyuman dan memulakan perbualan dengan Sheykh Effendi.

Sering saya perhatikan kejadian seperti ini berlaku. Sheykh Effendi tidak pernah sekalipun mengetepikan pemuda itu atau memandang hina kepadanya, atau mengusirnya pergi. Sebaliknya, apa yang menghairankan saya ialah beliau mulai berbual mesra dengan pemuda itu, seolah-olah beliau sedang  berbual dengan seorang sahabat lama. Beliau benar-benar meluangkan masa mendengarkan keluhan si pemabuk itu. Tindakannya ini amat mengejutkan saya, kerana  selama hidup ini, saya belum pernah menyaksikan sesiapa pun yang melakukan perkara  seperti ini. Kerana bagi diri saya sendiri, hingga ke saat itu, sudah semestinya saya akan sentiasa  cuba untuk menghindari setiap pemabuk. Di sepanjang hidup ini juga, belum pernah saya melihat golongan yang lebih dewasa dan arif, atau seorang tokoh Islam, atau seseorang yang kita anggap sebagai alim ulama yang akan menghampiri dan bermesraan  dengan pemabuk di jalanan. Tetapi di sini, di depan mata sendiri, jelas dapat disaksikan betapa Sheykh  Effendi, dengan ramah mesra , dengan nada yang tenang, dengan penuh kesucian dirinya, mengukir senyuman nan ikhlas sambil berbual  mesra dengan pemuda ini. Inilah cara Sheykh kami.  Pastinya ia akan meninggalkan kesan yang mendalam di jiwa pemuda itu yang memandang tanpa jemu wajah Sheykh Effendi. Matanya memerhatikan raut wajah yang amat menenangkan. Akhirnya, sambil tersenyum, pemuda itu berkata, “Wow! Saya benar-benar gembira dapat bertemu dengan kamu!”

Sheykh Effendi, menjawab, “oh ya ke? Mari ke sini, mari kita berjabat tangan.” Lelaki itu berjabat tangan  dengan Sahib kami, dan hatinya mulai melembut dan jiwa benar-benar terasa tersentuh. SahibulSaif kemudian berkata, “Ulangi selepas saya – Ashadu aLa Ilaha il’allah, wa Ashadu Anna Muhammadan Abduhu wa Rasulahu”

Pemuda itu mengulangi  Kalimah Suci dan tiba-tiba, tanpa disedari, genangan air mata mulai mengalir tenang menuruni pipi dari kolam mata lelaki itu. Dia semakin mendekatkan dirinya dan langsung memeluk Sheykh Efendi.  Sheykh membalas pelukannya,  dan saya dapat memetik gambar , merakam detik manis dan terindah ini.

manhattan SE.jpg

Seyh Effendi kemudian menyeluk ke dalam poket lalu diambil beberapa biji gula-gula untuk diberikan kepada pemuda itu. Beliau memberitahunya  agar jangan bimbang kerana mereka akan bertemu lagi. Pemuda itu tersenyum gembira mendengarkan kata-kata dari Sheykh Effendi. Dia terus mengorak langkah berjalan pulang sambil memandang ke belakang untuk melihat wajah Sheykh Effendi.  Sambil  ngerjap-ngerjapkan kelopak matanya untuk menahan air mata yang hendak jatuh, pemuda itu mula berjalan pulang.

Seyh Effendi kemudian berkata kepada kami  yang sedang berdiri terpaku memerhatikan kejadian yang menakjubkan ini, “Berusahalah untuk membuat mereka lafazkan Syahadat. Walaupun mereka tidak tahu apa yang dikatakan, itu tidak mengapa. Biarkan lidah itu yang menuturkan kata-kata. Kerana Syahadat itu akan kembali sebagai pelindung kepada mereka di satu hari kelak sebelum nyawa dicabut keluar dari jasad. Cukuplah hanya lidah yang menuturkannya . Di suatu ketika nanti, ia akan meresapi ke dalam sanubari.”

Peristiwa seperti ini telah berulang-ulang kali berlaku,  di mana ramai yang telah dapat beliau selamatkan dengan memberi suntikan kasih sayang Allah dalam hidup mereka. Mereka telah diberkati untuk berada di sisi Sheykh kami dan mengalami sesuatu  perubahan yang menakjubkan. Dan bagi diri saya sendiri dan ramai di kalangan murid-murid yang lain, untuk menyaksikan sendiri insan- insan yang tidak dikenali,  berubah haluan dari kehidupan terumbang-ambing tanpa sebarang pegangan kepada seorang yang memiliki iman dan pegangan, dalam sekelip mata, tanpa sebarang dakwah atau perdebatan, ini adalah suatu keajaiban. Tersentak seketika di hati ini dan termenung dalam seketika memikirkan tentang kejadian serupa yang pernah dilalui oleh Baginda Rasulullah (asws).  Tatkala melihat raut wajah Nabi Muhammad (asws) yang bercahaya seperti bulan purnama, ramai yang langsung terpukau dan jatuh hati dan menerima Islam di tangannya. Dan kini Allah menjadikan diriku ini sebagai saksi bagi sebuah perisitiwa syahdu yang berulang lagi, di tangan salah seorang yang paling dicintai-Nya, Sahibul Saif, Seyh Abdul Kerim al Kibrisi al Hakkani Hz. Ia seolah-olah berkata, ‘Lihatlah! Ia tidak mati, ia masih hidup! Ia bukan kisah silam, ia adalah masa kini dan ia diteruskan dengan pewaris para Nabi (asws), dan kamu kini berada di sisi seseorang itu, lihat. Lihatlah! ‘

Setiap orang mempunyai tugas dan tanggungjawab tersendiri. Apakah yang  di lakukan Seyh Effendi pada lewat malam Jumaat di 39th Street Manhattan, sewaktu seluruh dunia sedang sibuk melayari kehidupan yang saban hari bergelumang dengan masalah demi masalah? Ya, sesungguhnya beliau telah memenuhi misi Nabi (asws). Berkat usaha murni yang berterusan, Sheykh Abd Kerim telah berjaya memulihkan dan menarik keluar mereka-mereka yang hidup  dihimpit penderitaan. Beliau telah menarik mereka  keluar dari hutan belantara,  keluar dari kemelut yang  tidak pernah berakhir. Itulah yang dilakukannya sepanjang kehidupannya. Saya adalah salah seorang daripada beribu-ribu manusia yang telah beliau tarik dan selamatkan. Kini, Sheykh Lokman Effendi Hz sedang meneruskan misi Seyh Effendi dan menghidupkan misi Rasulullah (asws) Semoga Allah memberinya umur  yang panjang dan penuh berkah dan kekuatan. Saya berdoa dan memohon bantuan agar saya dapat berkhidmat dengan cara yang disenangi mereka Insh’Allah. Semoga Allah menaikkan derajat Sahibul Saif serta  melindungi dan terus memberi kekuatan dan sokongan kepada Sheykh  Lokman Effendi Hz dalam bulan yang mulia ini. Amin.

sheykhandhoja

stock-vector-vector-vintage-borders-54193183 (2)Sumbangan seorang Murid dari Perjalanan Tarikat Osmanli Naksibendi
Sempena Memperingati  Urs bagi SahibulSaif Sheykh Abd Kerim Effendi Hz
Pada 30hb June 2016
OSMANLI DERGAHI- New York
stock-vector-vector-vintage-borders-54193183 (2)

 

This entry was posted in OsmanliJB. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s