Apakah Laknat Allah akan menimpa diri ini apabila kita mendengar lagu-lagu bukan Islam?

BismillahirRahmanirRahim

Soalan: Sebagai seorang murid, jika kita diundang untuk menghadiri majlis perkahwinan, sambutan ulangtahun atau acara-acara yang bersifat kekeluargaan dan sebagainya, dan tiada dimainkan lagu-lagu Islami dalam majlis-majlis tersebut, apakah laknat Allah swt akan menimpa diri ini jika kita beterusan berada di majlis berkenaan?

music.PNG

Pada masa kini, kamu tidak perlu ke majlis perkahwinan, sambutan ulang tahun atau apa-apa acara pun untuk menerima Laknat Allah. Laknat Allah berada di mana-mana. Laknat Allah berada di dalam rumah kamu,  laknat Allah berada di sekitar rumah. Dan pada masa kini, laknat Allah turut berada di tempat-tempat yang sepatutnya melindungi kamu daripada menerima Laknat itu.

Laknat atau kutukan Allah swt adalah suatu akibat dari perbuatan atau dosa manusia yang menyebabkan mereka dimurkai oleh Allah dan dijauhkan dari rahmat-Nya. Jika kamu bertanyakan tentang lagu dan muzik yang bukan Islam, maka akan kita dapati bahawa saban hari siang dan malam, muzik dan lagu yang jenis inilah yang sentiasa diputarkan di corong-corong radio,  di tempat hiburan, di mana pun kamu berada. Kamu hidupkan televisyen, siaran penuh dengan irama dan muzik yang pelbagai rentak dan nada sepanjang 24 jam. Walau sekuat mana kamu cuba menafikan dan berkata, ‘tidak, tidak, tidak. Ni semua ok. Ini sekadar lagu-lagu biasa, lagu untuk kanak-kanak, hanya sekadar kartun.’ Ia tetap bukan lagu Islami, tidak kiralah bagaimana kamu menjelaskan tentang  pengertian lagu bukan Islami. Laknat Allah tetap akan menimpa.  Apakah yang dimaksudkan dengan lagu bukan Islam? Jenis lagu yang bagaimanakah itu? Sesetengah orang berpendapat, ‘oh, jika lagu itu dinyanyikan dalam bahasa Arab, maka ia boleh diterima’  Tidak. Tidak semudah itu.  Jika mendengar muzik itu melalaikan, melupakan Allah dan mengecilkan keagungan Rasulullah (asws) serta  menjadikan diri itu mabuk dan leka seolah-olah akan hidup dan kekal selamanya, maka muzik dan irama yang sebegitu akan membawa kepada kegelapan pada hati manusia. Jika sesebuah lagu itu mengingatkan kamu kepada Allah dan RasulNya (asws),  maka muzik itu kini akan membawa cahaya ke dalam diri kamu.

Tapi adakah ini bermakna bahawa kita kini boleh memainkan lagu-lagu yang bukan Islam sepanjang hari dan mengatakan  bahawa ianya membuat diri ini mengingati Allah? Tidak. Kamu tidak boleh melampaui batas dengan cara begitu. Orang yang ikhlas dan bijak akan mengetahui dan memahami makna sebenar sesuatu perkara yang berlaku, sama ada ia mendatangkan kebaikan atau sebaliknya. Kamu akan tahu sendiri, kamu akan menyelami hati sendiri untuk mengukur tahap keikhlasan di dalam hati itu. Jika kamu menghadiri majlis orang atau sesebuah acara, kamu tidak mempunyai kawalan ke atas apa yang berlaku dalam majlis itu. Jika berlaku perkara-perkara yang bertentangan dengan akidah Islam, kamu tidak dapat membendungnya. Sekarang inilah zamannya dimana kita tidak boleh menegur sesiapa pun. Maka keluarkan tasbihmu, sambil tersenyum ucapkan salawat, ‘Allahuma Sali ala Sayidinna Muhammad, Allahuma ….’ Bersalawatlah. Tidak mengapa. Kerana di mana mana pun kini, laknat Allah sentiasa menimpa. Dan laknat Allah swt akan diturunkan ke atas rumah-rumah yang dicemari perlakuan yang boleh mengundang kemurkaan Allah swt. Kita perlu melihat. Kita harus sentiasa berwaspada, Insya’Allah. Jika kita sentiasa mengingati Allah, walau berada di tengah-tengah api sekalipun, kerana zikrullah itu cahaya Nur Allah akan hadir dan ia menjadi benteng dan perisai diri yang mampu menghadapi tantangan zaman dan dalam situasi apa sekalipun. Terdapat perlindungan di situ. Di mana ada Nur, di situ akan tumbuh ketenangan dan ketentraman, dan Nar tidak boleh menusuk masuk.

Jadi apa yang penting adalah berzikir mengingat Allah. Hidupkan amalan zikir berterusan dalam hati ini. Di mana jua kamu berada, hendaknya lidah ini selalu basah dengan zikir dan berusaha agar ia menjadi tulang punggung kehidupan kita yang tidak bisa terlepas darinya.Dengan zikirlah seseorang itu dapat membersihkan hati dan dirinya yang sememangnya penuh dengan noda dan dosa dan membantu manusia agar sentiasa mengingati Allah dalam apa jua keadaan sekalipun.

Zaman telah begitu jauh berubah dan manusia semakin leka dan alpa. Dunia yang semakin bercelaru,  pegangan hidup kian rapuh. Masjid- masjid kini menjadi tempat urusan dunia sahaja. Seringkali, sewaktu kita ke masjid percakapan mereka dalam masjid hanyalah mengenai urusan dunia semata. Khutbah-khutbah lebih banyak membicarakan hal hal dunia, jika ia tidak menyentuh tentang soal kewangan, kehadiran Imam menyampaikan khutbah adalah tidak lain dari menayangkan pengetahuan yang tidak ada kena mengena langsung dengan kerohanian atau Islam. Hanya sekadar berhujah. Ingatlah kepada Allah swt, kamu akan dilindungi. Wa minaAllahu Taufiq. Al-Fatihah.

stock-vector-vector-vintage-borders-54193183 (2)Sheykh Lokman Efendi Hz,
Khalifah kepada SahibulSaif Shaykh Abdulkerim el Kibrisi (qs),
OSMANLI DERGAHI- New York
24 Shawwal 1437
July 29, 2016.

stock-vector-vector-vintage-borders-54193183 (2)

 

 

This entry was posted in OsmanliJB. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s