Aliran Tariqah Naksibendi

bismillahi

Pernah ada suatu masa, seorang pemberontak yang telah bernekad akan perbaiki diri dan menjadi seorang yang berguna. Dia pergi menuju ke sebuah Tariqat, dan melihat seorang Sheykh sedang duduk mengajar hadis, ayat-ayat da Al-Qur’an. Dia lihat semua orang sedang duduk mematuhi Sheykh mereka itu. Dia duduk memerhatikan segala-galanya pada hari pertama, hari kedua dan hari ketiga. Kemudian dia berkata pada diri sendiri, “Persatuan ini bukan untuk aku. Ia sangat membosankan.” Kerana dia adalah seorang pemberontak. “Aku perlu mencari Sheykh yang lain.” Dia menemui seorang lagi Sheykh dan pergi kepadanya. Pada kali ini, dia mendapati kesemua murid dan Sheykh sedang khusyuk menghayati zikr. Itulah yang dilakukan saban hari. Tiada hadis, tiada kata-kata, tiada apa-apa pun. Dia berkata, “Ini adalah lebih baik untuk aku,” dia terus hadir di sana untuk beberapa hari. Lama kelamaan, dia merasa lelah, jenuh dan bosan, dan berkata, “Tariqat ini bukan untukku. Aku harus mencari sesuatu yang lain…”

Dia pergi ke suatu tempat dan melihat seorang Sheykh sedang duduk dalam Rabita sambil berzikir. Muridnya terbahagi kepada beberapa kumpulan. Kumpulan pertama sedang duduk di suatu sudut. Mereka sedang sibuk berbual dan bersembang sesama mereka. Kumpulan kedua sedang berusaha untuk mempelajari ayat. Kumpulan ketiga sedang duduk berzikir. Kumpulan keempat sedang duduk mendengarkan seseorang yang sedang bercerita. Kumpulan kelima sedang duduk mengumpat, menyebar fitnah. Kumpulan keenam sedang sibuk bertengkar. Kumpulan ketujuh sedang sibuk bergaduh sesama mereka. Si pemberontak pun berkata pada dirinya, “Aku telah menjumpai apa yang dicari. Inilah tempatnya dan itulah Sheykh aku.” Dia pergi menghadapi Sheykh dan berkata, “saya ingin bersama kumpulan ini.” Sheykh itu berkata, “silakan. Pilihlah mana-mana kumpulan yang kamu suka. Duduk di dalam bulatan itu.” Dan Sheykh itu kembali meneruskan zikirnya.

Saya ada berita untuk kamu semua. Kamu telah menemui Sheykh itu; Sheikh Maulana Muhammad Nazim al-Haqqani. Beliau mempunyai persatuan merata di seluruh pelusuk dunia. Pelbagai jenis manusia. Lihatlah pada diri sendiri. Mana persatuan yang kamu suka, masuklah ke dalam persatuan itu. InsyaAllah, saya bermohon kepada Allah (swt), dari saat ini hingga ke akhir hayat, untuk sentiasa berada di Sirat a-Mustaqim. Dan agar diri ini sentiasa berada di dalam assosiasi para Grand Sheykh, di mana kita akan belajar dan mengajar. Di mana kita akan belajar segala helah dan tipu daya ego dan mengajarnya. Di mana kita akan berusaha untuk menjadi hamba-hamba Allah (swt) yang taat setia. Kamu bebas untuk pergi ke mana jua yang kamu hendaki. Lihatlah pada diri sendiri dan fikirkan apa yang sesuai untuk diri itu. Seterusnya kamu boleh memilih mana-mana persatuan yang kamu inginkan.

RAHSIA NAKSIBENDI

Ketika Rasulullah (asws) dan Sayidinna Abu Bakr (ra) sedang menyembunyikan diri di Gua Hira sewaktu musuh sedang menyusul, baginda (asws) berkata kepada sahabat karibnya, “wahai Abu Bakr, tahukah kamu mengapa kita berada di dalam gua ini?” Abu Bakr (ra) menjawab, “sesungguhnya Rasulullah (asws) lebih mengetahui.” Baginda (asws) mengetahui. Rasulullah (asws) berkata, “ Sekarang, bangkitlah wahai sahabatku dan berserulah. Serulah kepada mereka semua yang akan hadir sesudah kamu,” Silsilah Rantai Emas Tarikat Naksibendi. Dan Rasulullah (asws) berkata, “sekarang kamu berikan arahan kepada mereka.” Abu Bakar (ra) Siddiq memberi arahan kepada setiap mereka yang berada di Silsilah Rantai Emas, “Sekarang kamu semua serulah kepada para Khalifah kamu untuk hadirkan diri.” Maka hadirlah kesemua para Khalifah mereka di dalam gua itu.

Setiap dari para Khalifah menampilkan diri: Abu Bakar (ra) Siddiq, seberapa ramai khalifah yang beliau miliki, mereka semua hadirkan diri. Salman al-Farisi (ra), setiap dari khalifahnya turut hadir. Kesemua para Khalifah dari Silsilah Rantai Emas, kesemua GrandSheykh, mereka juga turut berseru; Sheykh Maulana menyeru dan kesemua para Khalifah beliau hadir di situ. Maka disitulah para Khalifah yang mewakili Sheykh Maulana bertemu dan mulai memahami dan saling mengenali sesama mereka. Di antara mereka tidak akan pernah bertengkar kerana mereka tahu kedudukan masing-masing di sisi Sheykh Maulana di dalam gua itu. Seterusnya, Abu Bakar(ra) memberi arahan, “Sekarang kamu seru kepada mereka yang lain.” Sheykh-Sheykh berkata kepada Khalifah mereka, “Sekarang berserulah kamu kepada wakil masing-masing.” Maka hadirlah kesemua para wakil di dalam gua itu. Selepas itu, para Khalifah memberi arahan kepada para wakil mereka. Protokol.

Rasulullah (asws) tidak lagi memberikan arahan. Beliau hanya memberi arahan kepada Abu Bakar (ra) Siddiq. Abu Bakr (ra) memberi arahan kepada empat puluh GrandSheykh. Empat puluh memberi arahan kepada para khalifah mereka. Seterusnya Para Khalifah memberi arahan kepada para wakil masing-masing dan berkata, “ Serulah kepada semua murid-murid kamu dari perjalanan Naksibendi yang akan hadir dari hari ini hingga ke hari Penghakiman Kelak. Satu persatu, mereka semua akan datang dan berbai’at kepada kamu, ataupun mereka hanya akan duduk di dalam perhimpunan kamu. Semuanya harus hadirkan diri di dalam gua ini.” Maka kesemuanya hadir di dalam gua itu.

Pengetahuan ini adalah untuk diri kamu dan juga diri saya. Apabila kamu dapat mengingati semula detik itu, di mana kita semua telah berkumpul untuk berzikir di dalam gua itu, maka kamu kini sedang berada di dalam perjalanan ini. Hati kamu akan mula terbuka. Dan kamu kini akan mengenali siapakah wakil, siapakah Khalifah, siapakah GrandSheykh, dan bagaimana cara untuk sampai kepada Rasulullah (asws). Kamu berada di sana. Bukan sahaja pada hari Perjanjian, tetapi di alam roh, kamu turut berada di situ. Kamu harus mengingati detik itu. Apa yang berlaku di sana. Jika kamu dapat mengingati segala-galanya, maka saya akan mematuhi kamu. Tetapi jika kamu tidak dapat mengingatinya, maka dengarilah dan patuhi arahan saya.

Aliran Sufi yang terunggul – Osmanli Naksibendi Hakkani

“Selamat datang kepada mereka yang hadir, dan selamat jalan kepada mereka yang pergi.” Tiada paksaan bagi mereka yang hadir, yang tinggal dan yang kembali. Sesungguhnya persatuan ini dibuka kepada semua pecinta akhirat. Mereka yang menghadirkan diri ke sini dengan tujuan untuk mencedok ilmu untuk digunakan dikemudian hari sebagai bekalan hidup akhirat, pastinya mereka akan menerima sesuatu dari Sheykh kami. Sesuatu yang dapat menghilangkan kedahagaan jiwa terhadap asupan ilmu yang boleh memandu ke arah jalan yang lurus, lagi diredhai Allah.

Bagi mereka yang sibuk menanam saham dunia tanpa sedikit pun membaja benih akhirat dalam setiap perbuatan dan pekerjaan, maka kehampaan sedang menanti untuk menyelubungi diri itu. Ya, sememangnya manusia memiliki kecenderungan atau rasa suka terhadap hal-hal duniawi, tetapi tidakkah Allah swt telah menegaskan bahwa semua kenikmatan tersebut tidak ada apa-apanya dibandingkan dengan kenikmatan di sisi-Nya, iaitu kenikmatan yang kekal abadi.

Sang Pembinging Ruhani

Allah swt telah memilih sejumlah orang yang dikehendaki-Nya sebagai tali penghubung antara diri-Nya dengan para hamba-Nya. Mereka adalah para Awliya ( Wali-Wali Allah).

Seperti firman Allah di dalam suratul Yasin yang bermaksud, “Turutlah orang-orang yang tidak meminta kapada kamu sesuatu balasan, sedang mereka adalah orang-orang mandapat hidayah petunjuk”.

Mereka, para Awliya Allah, tak butuhkan wang anda dan mereka tak butuhkan pujian. Mereka ikhlas bekerja sepanjang hari tanpa mengenal lelah, tanpa bayaran, cukup Allah dan Rasulullah (asws) bagi mereka. Sekiranya anda menemui seseorang yang mengakui diri mereka sebagai seorang wali Allah dan mereka mengenakan bayaran untuk perkhidmatan mereka, maka hendaklah anda meletakkan satu tanda tanya besar di sana.

InsyaAllah siapapun yang mencari dan berdoa untuk mendapatkan Pembimbing Sejati Para Kekasih Allah, maka mereka akan menemukannya. Karena Allah swt sentiasa menjaga Walinya. 124,000 Wali disetiap zaman. Mereka adalah manusia yang selalu dijaga dan dilindungi Allah.

Ya, tanpa bimbingan dari seorang Sheykh, kehidupan kita ibarat lalang yang menari-nari ditiup angin. Hidup ini akan terumbang-ambing tanpa kawalan dan pegangan yang kukuh. Manusia akan terus tergapai-gapai mencari arah menuju Illahi.  Jangan kamu sombong memikirkan bahawa dengan kebijaksanaan diri sendiri kamu telah dapat menemui seorang Sheykh dan sekaligus menemui Islam. Tidak, kamu tidak menemui Islam. Dan menemui seorang Sheykh bukanlah seperti kamu memilih ikan yang dijual di pasar ataupun dengan cara kamu melungsuri lelaman internet untuk melihat senarai calon-calon Sheykh yang sesuai buat diri kamu. Jika itulah sangkaan kamu, maka kamu langsung tidak memahami Islam, terutama sekali Tarikat. 

Tariqah Naksibendi Hakkani merupakan aliran sufi yang berpegang teguh kepada ajaran Islam dan Hadis Rasullullah (asws) Ia adalah satu-satunya aliran sufi di mana silsilah batiniah menjejak kembali kepada sahabat karib baginda Rasullullah (asws), Saidinna Abu Bakar r.a. Beliau adalah sahabat karib yang menemani baginda Rasullullah ketika beliau sedang menyembunyikan diri di Gua Hira sewaktu musuh sedang menyusul. Menurut Rasullullah s.a.w, segala rahsia yang telah Allah tanamkan di hatinya telah baginda curahkan ke dalam hati nurani sahabat karibnya itu. Rahsia yang merupakan ilmu dan hikmah kerasulan ahli sufi telah dipindahkan dari hati ke hati menerusi satu Grandsheykh ke Grandsheykh yang lain. Pada kurun ke sembilan belas, aliran ini telah dinamakan atas seorang Grandsheykh yang menetap di Asia tengah, iaitu Shah Bahauddin Nashibend dari Bukhara.

Tujuan murni aliran kerasulan ini ialah untuk mengarahkan manusia ke Jalan Allah s.w.t. Matlamat teragung ini hanya dapat dicapai dengan cara memesongkan pandangan seseorang itu dari urusan duniawi dan kesibukan melayan hawa nafsu. Dengan ucapan kalimah “La ilaha illallah” seseorang hamba Allah akan berusaha untuk mempertingkatkan keyakinan dan keimanan mereka terhadap Pencipta yang maha Agung.

Ini disusuli pula dengan ucapan kalimah “Muhammadan Abduhu wa Rasulullah” di mana seseorang itu harus ikhlas memahami dan mengamalkan cara hidup praktikal baginda Rasulullah s.a.w. Murid yang sesungguhnya berada dalam Tariqah Naksibendi Hakkani adalah sahabat, penolong dan pendukung dari setiap pembela Sayidinna Muhamad s.a.w. Menerusi pengambilan bai’ah dan sohbet, adalah tugas kita untuk bersahabat dan berasosiasi dengan para nabi, para Awliya dan para pewaris mereka.

Murid yang mengikuti aliran sufi ini akan juga dapat mempertingkatkan tahap keimanan masing-masing menerusi hubungan erat yang terjalin dengan Sheykh  mereka. Inspirasi akan dikirimkan berserta dengan ilmu dan hikmah yang juga akan dipindahkan dari hati ke hati seorang Sheykh dan muridnya.

Tarikatu Sohbah wal hayri fi jamiyah

Perkara yang amat penting bagi aliran sufi Naksibendi ini adalah peperangan menentang hawa nafsu, Syaitan dan cinta pada keduniaan.

Seorang murid yang ingin menyertai perjuangan ini harus pertama sekali mendampingi seorang Sheykh yang akan memberi penjelasan yang mendalam tentang erti kehidupan. Seterusnya, beliau akan membimbing murid itu dalam perjuangan seharian mereka dalam menempuhi gelombang kehidupan.

Shah Naksibendi pernah berkata “Tarikutan sohbah wal hayri fi jamiyah” – kebaikan akan terserlah menerusi persatuan ini.

Sepertimana seorang pesakit yang menaruh penuh kepercayaan kepada doktor yang merawatnya, begitu juga dengan kepercayaan seorang murid terhadap Sheykh mereka yang merupakan pakar dalam memperbaiki akhlak dan peningkatan taraf keimanan seseorang murid. Allah swttidak menjadikan kehidupan ini sebagai “rumah kehidupan” yang serba bahagia, mantap dan kekal. Dunia adalah “rumah” ujian dan cobaan.

Murid hendaklah mensucikan hati daripada segala macam keinginan yang bersifat duniawi seperti mengagungkan kebendaan dan kemewahan. Di samping itu, hendaklah dia bersabar di atas segala kesulitan dan musibahnya. Dengan terkikisnya sifat-sifat yang tidak diingini, seseorang murid itu akan dapat menjadikan hatinya sebagai takhta di mana duduknya Allah s.w.t. Perbanyakkan berzikir menyebut nama Allah dan bersalawat ke atas Nabi adalah antara amalan yang sentiasa dipraktikan sebagaimana yang dikehendaki oleh Rasulullah s.a.w supaya manusia menghiasi diri dengan taat kepada Allah dan menghimbau mereka supaya menunaikan kewajipan yang diperintahkan olehnya.

“Barangsiapa yang berada di jalan Allah nescaya beliau tidak akan berasa bangga  dan membesar-besarkan setiap amalan yang dilakukan. Cinta membuat seseorang itu melakukan apa jua ikhlas semata-mata kerana Allah” – Shah Baharuddin.

SHEYKH

Grandsyekh Mevlana Muhammad Nazim al-Kibrisi merupakan Grandsyekh yang ke empat-puluh dari rangkaian sufi terunggul Osmanli Naksibendi Hakkani.

Beliau adalah Sultan bagi sekian para wali, para Qutub dan ahli Ghaus di masa kini. Beliau juga mewakili baginda Rasulullah  s.a.w sebagai pemegang rahsia “Akhir zaman” dan kedatangan Mehdi a.s. Mevlana Syekh Nazim berketurunan Hassani-Hussaini, keturunan Nabi Muhammad s.a.w. melalui silsilah keluarga kedua ibu dan bapanya.

Grandsyekh Nazim juga berketurunan Ghaus Azam Abdul Kadir Jilani melalui silsilah keluarga bapanya yang berketurunan Mevlana Jelaluddin Rumi dari silsilah keluarga ibunya, semoga Allah meningkatkan darjat dan martabat mereka.

Dilahirkan di Cyprus, beliau sering mengembara menjelajahi seluruh pelusuk dunia membawa misi kedamaian serta menghidupkan cahaya keimanan di seluruh dunia.

Sheykh Abdul Kerim al-kibriri merupakan wakil Sheikh Nazim sebagai khalifah di seluruh pelusuk dunia. Beliau diberkati bukan sahaja dengan berketurunan Rasulullah s.a.w malah juga merupakan keturunan diraja Sultan Ottoman.

Sheykh Abdul Kerim telah dilahirkan diCyprusdan menerima asuhan serta didikan khusus oleh Sultanul Awliya Mevlana Sheykh Nazim. Beliau telah diarahkan ke Amerika Utara pada usia yang muda untuk mendalami erti kehidupan serta menyebarkan ajaran Islam dan ilmu kesufian di negeri ini dan ke seluruh dunia.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s