Kesufian

Aliran Sufi Naksibendi

Kamu bebas untuk menuruti sesiapa sahaja.

Sekiranya perasaan cinta terhadap Allah subhana wa ta’ala mula berputik di hati kamu apakala berada di sesuatu perhimpunan, maka hendaklah kamu berterusan untuk menghadiri perhimpunan tersebut.

Untuk menyemai perasaan cinta terhadap Allah subhana wa ta’ala bukanlah satu perkara yang dianggap mudah. Keagungan dan kebesaran Allah subhana wa ta’ala tidak dapat kita bayangkan. Sesungguhnya, Allah telah mencipta langit dan bumi dengan kebenaran(haq). Maka Beliau juga telah menuntut agar semua manusia membina kehidupan atas dasar kebenaran. Allah swt tidak membenarkan manusia untuk mengatakan sesuatu selain dari kebenaran.

Para Rasul telah diutus ke muka bumi ini sebagai wakil Allah swt untuk mempermudahkah tugas mengenali keagungannya. Mereka juga telah diutus untuk membantu manusia keluar dari kegelapan nafsu dan terus menuju kepada cahaya makrifat.

Baginda Rasulullah Nabi Muhammad s.a.w merupakan utusan Allah yang terakhir bagi sekian hamba di muka bumi. Rasulullah s.a.w amat tinggi martabatnya di sisi Allah s.w.t Beliau adalah hamba yang amat dikasihi yang maha Pencipta. Kita telah diperintahkan untuk memuji Allah s.w.t serta mencintai dan memohon salawat serta salam ke atas Rasulnya yang mulia, para sahabatnya dan para pewaris mereka, Awliya, yang mempertahankan perjuangan agama yang benar.

Tujuan kamu ke mari haruslah ikhlas menuntut ilmu semata-mata untuk ke Jalan Allah s.w.t. Ibarat bekas yang penuh berisi air, sekiranya dituang lagi air ke dalam bekas itu, nescaya akan tumpahlah airnya. Ini membawa kepada kerugian yang nyata. Akan tetapi, jika air dituang ke dalam bekas yang kosong dan setiap kali dituang, akan diminum air itu sedikit demi sedikit, maka terasa hilang rasa dahaga.

Seseorang yang mendahagakan ilmu Allah haruslah mengibaratkan diri mereka sebagai bekas yang kosong itu. Mereka harus mampu menilai dan membezakan nikmat yang diperolehi sebelum dan sesudah bekas itu diisi air. Mereka tidak harus mengizinkan perasaan bongkak dan pengetahuan sedia ada yang cetek, mengatasi keinginan untuk mempertingkatkan ilmu ke Jalan Allah. Keikhlasan hati nurani seseorang itu akan mendorong mereka untuk menambah ilmu di dada. Keangkuhan hanya akan membawa kepada kerugian.

Wa minallahu Tawfiq.

Bi Hurmatil Habib.

Bi Hurmatil Fatiha.

– Sahibul Saif Sheykh Abd Kerim Effendi

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s