OsmanliNusantara

BismillahirRahmanirRahimDergah

OsmanliNusantara

Dergah yang juga dikenali sebagai Zawiyah adalah ‘Gelanggang Ketuhanan.’ Ia merupakan ‘ambang pintu’ bagi para Darwis, pecinta menuju makrifatullah. Sesungguhnya mereka inilah pencari Tuhan dan berharap untuk bertemu dengan-Nya dalam perjalanan menuju liqa’ullah.

Sesebuah Dergah harus mempunyai seorang Sheykh. Sheykh, yang juga adalah seorang Murshid akan memimpin, mendidik muridnya yang menetap di Dergah untuk menjadi mukmin sejati yang memiliki kesempurnaan iman, yang mempunyai penyerahan diri yang sepenuhnya kepada Sheykh mereka.

Murid juga dilatih untuk ber ‘hizmet’ atau pun melakukan khidmat dan kebajikan. Mereka juga dilatih untuk mensucikan diri daripada tabiat serta perilaku buruk demi untuk mempersiapkan diri bagi menghadapi alam akhirat dalam keadaan yang bersih.

ibadahDergah adalah sebuah kawasan dimana rahmat dan hidayah Allah itu sangat melimpah. Ia adalah sebuah tempat suci yang telah dikhususkan untuk beribadah, beramal, bermesyuarah dengan mengamalkan cara hidup ahli sufi. Cara hidup yang serba sederhana bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Rasulullah (asws), serta amalan tradisi Ahli Sufi yang telah diwarisi selama seribu empat ratus tahun.

Disiplin menjadi tunggak utama bagi kehidupan di dergah. Tanpa disiplin, Dergah tidak mungkin wujud. Ia akan menjadi seperti sebuah kelab sosial di mana mereka akan datang untuk bersantai dan istirehat sambil bergosip, mengumpat, bertengkar, bergaduh dan menabur fitnah. Begitulah keadaannya jika disiplin diketepikan. Sesungguhnya disiplin merupakan benteng yang ampuh yang mampu mengekang permasalahan sosial.

Alhamdulillah, kami amat tidak layak untuk ini, tetapi kami amat bersyukur kehadirat Allah swt kerana Dia telah menemukan kami, insan yang hina ini, dengan Sheykh kami, seorang yang mempunyai kemuliaan dan kesucian nurani yang telah mengisi kekosongan jiwa ini dengan kesucian cinta Illahi.

Inilah kemanisan Iman yang telah dapat kami nikmati menerusi curahan ilmu yang disampaikan oleh Sheykh kami dalam menempuhi hidup seharian di Dergah Osmanli. Dan kami ingin mengundang seluruh Dunia untuk hadirkan diri ke Dergah kami.

Dergah Osmanli akan dikenali seluruh Dunia. Kami membuka pintu yang seluas-luasnya bagi siapa saja yang ingin ke Dergah kami.

Seluruh Dunia akan mengenali Dergah Osmanli, Dergah Osmanli Sahibul Saif, Dergah Osmanli Sheykh Nazim. InsyaAllah, segenap lapisan masyarakat akan mengetahui kewujudan kami. Akan kami dirikan Dergah Osmanli di seluruh pelusuk dunia, demi Allah swt.

OsmanliNusantara

OsmanliNusantara JB

OsmanliNusantara Osmanli Nusantara

OsmanliNusantara JB mengadakan majlis zikir pada hari sabtu, minggu pertama dalam setiap bulan. Semua diundang untuk menghadiri majlis zikir kami. Sila hubungi  Halit Osmanli atau Rafiq Osmanli untuk keterangan lanjut.

Al-Fatiha

One Response to OsmanliNusantara

  1. hazizul sham bin mohamad husein says:

    Assalamualaikum,
    mohon pertanyaan. bilakah agaknya dergah/zawiyyah akan dibuka di Negeri Kelantan dan adakah kemungkinan ia akan dibuka?saya merupakan salah seorang yang pernah berbaiat melalui website namun tidak pernah berkesempatan utk menghadiri mana2 dergah samada di JB @ Penang.mohonlah agar khalifah Hoja Lokman Efendi dapat membuka dergah di Kota Bharu,Kelantan suatu hari nanti dengan keizinan Sultanul Awliya Qiblatul Islam Shahibuzzaman Shah Sultan Maulana Shaykh Muhammad Nazim Adil Al Haqqani. Ianya adalah suatu pengharapan dari hamba yg faqir ini ~ hazizul sham b. mohamad husein, Kota Bharu Kelantan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s