Paduka Sultanku yang Tercinta

BismillahirRahmanirRahim

Paduka Sultanku yang Tercinta

Masih kekal dalam ingatan, saat pertama kalinya video in dipersembahkan buat tatapan Sheykh Effendi Hz sebagai hadiah Ulang Tahun beliau.

Mesut, salah seorang daripada murid Sheykh Effendi, pada mulanya  berhasrat untuk mengarang untaian kata-kata indah sebagai hadiah hari lahir Sheykh yang tercinta. Maka akhirnya terungkailah sebuah puisi yang merakam rasa qalbu yang mendalam terhadap seorang insan mulia yang sedang bertakhta di hati.

Mesut yang berbangsa Pakistan telah mengarang puisinya dalam bahasa Turki, dan dia berkata, ‘Kita harus berusaha untuk mengubah puisi ini menjadi sebuah lagu. Bukan sekadar lagu biasa, tetapi sebuah lagu yang dapat didendangkan dalam sebelas bahasa yang berlainan, kerana seperti yang diketahui ramai,  hari lahir Sheykh Effendi  jatuh pada sebelas haribulan sebelas.’

Ramai yang telah tampil kehadapan dan bersatu hati dalam menjayakan projek ini. Mereka telah mendeklamasikan puisi  ini dalam bahasa ibunda masing-masing.

Saya sendiri telah menyampaikan puisi tersebut dalam bahasa ibunda saya.

Masih teringat suasana sewaktu rakaman sedang dijalankan. Kedengaran luahan hati diiringi sentuhan kasih Irama syahdu dalam dakapan suara yang merdu mendayu menyatakan curahan kasih yang tak terperi pada Sheykh  yang tercinta.

Ungkapan kata bernafas cinta ini telah disampaikan dalam pelbagai jenis bahasa. Bahasa Mandarin, bahasa Turki, bahasa Melayu, bahasa Arab, bahasa Sepanyol….semuanya menguntaikan rasa dalam rangkaian indah kata-kata yang penuh makna.

Seperti yang diketahui umum,  Puisi itu telah digubah khas sebagai melahirkan rasa syukur kehadirat Allah swt kerana menyatukan kami dengan Sheykh Effendi. Susunan kata-kata yang tepat dan ringkas dalam puisi tersebut telah memudahkan segala usaha untuk menterjemahkan ia ke dalam pelbagai bahasa-bahasa yang lain tanpa menggugat keindahan makna pada puisi itu. Seperti yang sering berlaku pada usaha-usaha penterjemahan piusi yang lainnya dan seringkali kita dapati bahawa ia menyebabkan kesumbangan pada puisi tersebut.

Alhamdulillah, kerana bentuk penulisan asalnya yang mudah dan ringkas, maka hasil penterjemahan kami adalah sesuatu yang amat menakjubkan. Suatu gubahan kata-kata yang terindah dengan alunan madah yang berbeza, telah diiringi oleh heybet yang tersendiri bagi setiap ungkaian kata-kata bahasa.

Masih segar dalam ingatan ini betapa Sheykh Effendi begitu menghayati setiap kata-kata yang terukir indah dalam pelbagai bahasa dan beliau berkata, ‘bahasa ini adalah heybet, bahasa ini adalah heybet.’

Sheykh Effendi dapat merasakan kehebatan yang turun bersama  warna-warni bahasa itu. Dan keindahan bahasa ini semakin terserlah apabila ianya digubah khas sebagai kata-kata  pujian  kepada Allah yang maha Rahim, kepada Awliya Allah yang meneladani Rasulullah sws dalam setiap aspek kehidupan mereka. Oleh kerana nama  Sheykh Effendi tidak disebut dalam puisi itu, maka demi cintanya kepada Sheykh Mevlana,  beliau mengambil segala kata-kata pujian itu untuk ditujukan kepada Sheykh Mevlana.

MashaAllah, begitu indah sekali, begitu sempurna.

Sesungguhnya kami ibarat pengemis hina yang menagih cinta dari Sheykh kami.  Rindu di hati terus-terusan dijentik rasa bahagia melihat senyuman yang terukir di wajah beliau. InshaAllah ar-Rahman. Semoga usaha kami diterima dan mendapat keredhaan Allah swt serta Rasul-Nya (sws).  Mungkin suatu hari nanti, dengan keizinanNya, kami akan dapat menterjemahkan puisi ini ke dalam 111 bahasa. Kerana kegemilangan Uthmaniyyah akan kembali memuncak dan berserta dengan kehadiran mereka, adalah persepaduan dan keselarasan hidup yang wujud di antara seluruh umat manusia yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan bahasa.

Kerajaan Uthmaniyyah tidak pernah memerintahkan rakyatnya untuk merubah bahasa mereka. Mereka tidak pernah berkata, ‘ubah bahasa kamu. Tukar cara kamu berpakaian. Ubah  segala-galanya dan hidup seperti Robot.’

Tidak. Malah mereka akan berkata, ‘simpan rahsia kamu.  Peliharalah bahasa anda kerana terdapat rahsia yang tersirat di sebalik bahasa-bahasa kamu itu. Allah telah menganugerahkannya kepada setiap diantara kamu.’

Alhamdulillah, Selam Aleykum warahmatullah.

Selamat datang dan salam muhibbah kepada semua yang sedang menyaksikan  ini. Kami berharap agar, inshaAllah, pada masa-masa yang akan datang, untuk mempunyai lebih banyak lagi aktiviti-aktiviti dan projek- projek  seumpama ini, supaya orang akan  lebih mengenali, dan mudah mendekati Sheykh Effendi  Hz melalui pelbagai cara . Alhamdulillah.

Paduka Sultanku yang Tercinta

Wahai Cahaya Sang Suria

Sinaran seri Bulan Purnama

Kekilauan Bintang di Angkasa

Paduka Sultanku yang Tercinta.

Kaulah Adihulung para Awliya

Sanubari para Pencinta

Kepada si Darwis, Anggai Mahkota

Paduka Sultanku yang Tercinta.

Indra Penglihatanmu segala nyawa

Senyumanmu Madad tak terhingga

Zat saripatimu hayat semua

Paduka Sultanku yang Tercinta.

Hamba Pengemis di Ambang Pintumu

Abdi terhina di Kehadiranmu

Aku Diwana di dalam Cintamu

Yang Tercinta Paduka Sultanku.

Bangkitlah wahai Insan

Prihatin kepada ketentuan

Walau di nafas terakhirmu lafazkan

Kekasihku seri Sultan.

Hoja Lokman Effendi

Paduka Sultanku yang Tercinta (diterjemahkan dalam 11 bahasa)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s