Perjuangan Sahibul-Saif terus membara

bismillahirrahmanirRahim

paduka sultanku

Dengan berpulangnya Shyakh yang juga adalah Sultan Kami, Sahib el-Sayf Shaykh AbdulKerim el-Kibrisi el-Rabbani, ke hadirat Allah swt pada 10hb Shaban 1433 (June 30th, 2012), maka kewujudan beliau kini telah terhijab. Hijab yang memisahkan di antara dua alam, iaitu alam maya yang fana dan alam Firdausi yang kekal abadi. Beliau telah menghembuskan nafas yang terakhir di kediaman asal beliau, di kota Famagusta yang terletak di pulau Cyprus. Jenazah beliau telah disemadikan di tanah perkuburan yang dikhususkan untuk pahlawan-pahlawan Islam dari keSultanan Uthmania yang telah gugur syahid di medan pertempuran.

Sultan el-Awliya Shaykh Mawlana Muhammad Nazim Adil el-Hakkani mengumumkan bahawa Allah subhana wa ta’ala telah mengangkat derajat Shaykh Abdul Kerim el-Kibrisi el-Rabbani ke tahap yang lebih tinggi dan memberi kemuliaan kepada beliau yang kini berada di sebalik pergunungan Qaf bersama dengan Grandshyakh Abdullah Faiz el-Daghestani.

Shaykh kami telah dighaibkan dari pandangan mata kasar dan beliau kini sedang meneruskan khidmat yang tertinggi kepada maha Pencipta Allah (swt) dan Rasul-Nya (asws). Kami yakin bahawa beliau sedang mempersiapkan dunia untuk menghadapi sebuah kejadian amat dashyat yang tidak dapat dielakkan sebelum kemunculan Sahib el-Zaman, Muhammad el-Mahdi (asws). Misi dan perjuangan serta ajaran dan didikan Sahib el-Sayf Shaykh AbdulKerim el-Kibrisi el-Rabbani  akan  kekal berterusan.

Shaykh pernah mengingatkan kami semua di suatu masa dahulu, sewaktu sedang menjalankan upacara kurban pada Hari Raya Eid al-Adha, bahawa seandainya beliau ditakdirkan meninggal dunia pada saat itu, maka adalah menjadi tanggungjawab sebahagian kami yang berada di situ untuk menguruskan jenazahnya dan sebahagian yang lain harus meneruskan upacara kurban itu. Kami sedang meneruskan misi beliau. Setiap kegiatan di Osmanli Dergah masih berterusan. Begitu juga dengan misi wakil-wakil beliau di seluruh dunia termasuk China, Peru, India, Malaysia,Cyprus. Semuanya berterusan. Perjuangan Sultan kami akan diteruskan dengan semangat kebersamaan dan azam yang kuat.

Sebelum berpulang ke Rahmatullah dan diangkat darjatnya ke tahap yang lebih tinggi, Sahib el-Sayf Shaykh AbdulKerim el-Kibrisi el-Rabbani telah melantik wakil beliau, Lokman Hoja Effendi, untuk meneruskan tugas-tugas dan perjuangan beliau. Perlantikan ini telah di terima dan disahkan oleh Sultan el-Evliya Shaykh Mawlana Muhammad Nazim Adil el-Hakkani. Sultan el-Evliya telah memberi pengiktirafan kepada Lokman Hoja Efendi dan beliau juga telah memberi ijazah (keizinan dan  kebenaran) kepada Osmanli Naksibendi untuk meneruskan misi kami.InsyaAllahur-Rahman, berbekalkan himmet dari Shaykh kami, maka adalah menjadi impian kami untuk meneruskan tugas dan perjuangan yang suci ini di bawah bimbingan Lokman Hoja Effendi. Dan adalah matlamat kami yang terunggul untuk bersama dengan Sahib-el Sayf Shaykh AbdulKerim el-Kibrisi el-Rabbani sewaktu ketibaan Mahdi (as). Selam Aleykum ve Rahmatullahi Ta’ala ve Barakatu.

( Upacara pengebumian Sahib el-Sayf Sheykh Abdul Kerim el-Kibrisi el-Rabbani)

Ungkapan belasungkawa dari  Sultanul Evliya
atas pemergian Sahibul-Saif Sheykh Abd Kerim Effendi

bismillah_

As-salamu Alaikum. Wahai orang yang beriman!

Semoga salam dan nikmat kesejahteraan dikurniakan Allah swt ke atas-orang yang beriman di Dunya dan di Akhirat. Terdapat keselamatan bagi mereka, dan juga kesejahteraan. Dan akhirnya, terdapat salam dari yang Maha Agung Allah swt. “Salamun Qaulam Min Rabbin Rahim.” Hari ini, seorang Mu’min, saudara Islam kita yang telah memberi khidmat tertinggi di jalan Tariqat dan di jalan Allah, salah seorang anak yang telah mendedikasikan dirinya ke jalan Allah telah dipanggil menghadap Tuhan Rabbul A’alamin. Maka pergilah beliau meninggalkan alam fana ini. Semoga Syurga, Jannatul Firdaus. menjadi tempatnya yang kekal abadi.

Betapa indahnya. Beliau pergi pada hari yang begitu indah sekali. Beliau adalah seorang yang berjiwa luhur. Beliau tidak pernah membiarkan sesiapa tertindas dan dizalimi, dan sanggup memikul beban ramai orang. Insan yang mulia ini adalah seperti anak kami sendiri. Beliau seorang anak desa, seorang penduduk kampung, sebuah kampung yang jarang sekali dikenali ramai. Beliau tahu sebanyak mana yang beliau pelajari. Namun hatinya penuh dengan iman yang kukuh dan beliau merupakan seorang mukmin yang sejati. Sesungguhnya insan mulia ini dipakaikan dengan pakaian dari  Sifat dan Perilaku Singa si Raja Rimba. Beliaulah seorang yang menolak dan tidak menerima apa jua kerosakan dan penghinaan yang dilakukan terhadap Islam. Semoga Allah memberinya ganjaran pahala yang melimpah. Semoga beliau kini berada di kehadiran Suci Rasulullah (asws). Ini adalah bulan suci Rasulullah (asws), Shaaban al Muazzam. Beliau telah pergi pada bulan suci ini dan sampai ke akhirat. Mereka mengalu-alukan kehadirannya di sana, kerana sewaktu berada di dunya ini, beliau telah berdiri menentang kekufuran. Beliau kemudian telah dihantar ke Amerika Syarikat. Di sana juga beliau telah mengenalkan dan menyebarkan Islam, dan mengisytiharkan Islam. Hanya Allah swt yang mengetahui bilangan mereka yang telah diIslamkan olehnya. Beliau telah menjadi sebagai satu sumber/wasila bagi kebanyakkan orang yang tidak tahu cara untuk memeluk Islam. Dan beliau melakukan khidmat tertinggi yang bertujuan untuk memelihara perintah Islam dan menjadikannya terpelihara dan dipeliharai oleh mereka-mereka yang lain juga. Semoga Allah memberikan kepadanya rahmat-Nya yang tertinggi.

Bukan satu perkara yang mudah untuk menjadi jiran kepada Rasulullah (asws), tetapi itulah keinginan kami untuknya, agar beliau menjadi jiran kepada Rasulullah (asws). Beliau adalah saudara saya, anak saya yang mempunyai cinta yang hebat, usaha yang gigih dan kekuatan serta keberanian yang luar biasa. Saya amat merestuinya dan bermohon agar beliau akan  mencapai kepada rahmat dan Syafaat Nabi Besar (asws).

Ya Rabbi, Ya Allah. Kau berikan juga kepada kami ganjaran akhir/akhirat yang mulia, Ya Tuhan kami. Dunya tidak mempunyai sebarang nilai. Seseorang itu akan diselubungi  kain kafan dan dikebumikan di dalam lubang yang sempit lagi gelap, meninggalkan segala apa jua yang telah dimiliki di sini. Wahai manusia, fikirkanlah tentang perkara ini! Tinggalkan kerakusan dunia dan kembali merenung kepada hakikat hidup. Alam akhirat adalah tempat kita yang abadi. Dunya ini hanya pinjaman sementara. Hari ini kita berada di sini, mungkin esok kita akan dijemput menghadap Ilahi. Begitulah hakikat kehidupan yang tak akan kekal selamanya. Maka berusahalah untuk menjadikan dunia ini sebagai ladang akhirat. Buatlah amal sebanyak-banyaknya dan  sentiasa berusaha menggapai redha Ilahi dan kekasihNya (asws). Semoga Allah tidak menghalang kita daripada mencapai impian ini.

Allahu Akbar! Allahu Akbar!  La illaha ilallah Allah wa Allahu Akhbar. Allahu Akbar wa lillah al Hamd.  Ya Tuhan kami, semoga Kau tidak akan memalukan kami di hari Akhirat kelak. Semoga Kau tidak akan menyekat perjalanan kami untuk menuju pada Mu, perjalan yang telah dilalui oleh kekasih-kekasih Mu. Semoga Kau tidak akan membiarkan kami terjerumus ke lembah kebingungan dan kesengsaraan. Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah jatuh dan terpuruk terus menerus dalam gaung dosa. Semoga Kau akan mengirimkan penyelemat yang akan menarik kami keluar dari cengkaman hidup yang serba kebingungan agar dapat kami mentaati perintahMu. Tiada perintah yang lebih tinggi daripada perintah-Mu. Dan yang menyampaikanya, adalah Kekasih-Mu, Muhammad Mustafa (asws). Salawat dan salam yang tiada berkesudahan kami panjatkan kepada beliau yang telah pergi menghadapi-Mu Ya Rabbi. Saya panjatkan ucapan takziah kepada semua dunia Islam yang rapat dengan beliau. Bukan sahaja penduduk kampung beliau tetapi saya merakamkan ucapan takziah kepada seluruh Dunia Islam dimana hamba Allah yang beriman ini telah berusaha sedaya upaya untuk melakukan semampunya untuk menghasilkan hanya yang terbaik untuk Allah dan Rasul-Nya. Dan adalah menjadi harapan kami agar beliau diterima untuk menjadi jiran kepada Rasulullah (asws) di Bulan Suci ini.

Semoga Allah memberinya rahmat dan memberikan kita kehidupan yang diberkati. Semoga kita tidak meninggalkan ruang yang pernah didudukinya itu dengan kekosongan. Kami akan mempertahankan kedudukan itu hingga segala kekufuran akan musnah hancur  berkecai dan benteng-benteng keimanan akan ditegakkan. Ya Rabbi, ya Rabbi tawba. Tawba ya Rabbi tawba Astarghfirullah.

SelamAleykum Warahmatullahi Wabarakatu..

Berikut adalah video pengumuman Sultan el-Evliya Mawlana Shaykh Muhammad Nazim Adil el-Hakkani tentang kewujudan Sahib el-Sayf Sheykh Abdul Kerim el-Kibrisi el-Rabbani yang telah ditabiri:

Berikut adalah video Sultan el-Eveliya Mawlanan Shaykh Muhammad Nazim Adil el-Hakkani memberi pengiktirafan kepada Lokman Hoja Effendi dan memberi ijaza kepada Osmanli Naksibendi untuk meneruskan tugas:

bismillah_

Sheykh dan Sultan kami,  Sahib el-Sayf Syaikh AbdulKerim el-Kibrisi el-Rabbani, telah meninggalkan alam fana ini pada 10 Shaban, 1433 (30 Jun 2012). Misi, tugas, dan ajaran Syaikh AbdulKerim el-Kibrisi el-Rabbani akan diteruskan menerusi wakil yang telah dilantik, Sheykh Lokman Efendi.

Berikut adalah video di mana Bahauddin Efendi, anak kepada Sultan al-Awliya Sheykh Nazim El-Hakkani, membawa mesej takziah dari Syaikh Maulana Nazim dan dirinya. Beliau menyatakan bahawa Syaikh Maulana telah memberi pengiktirafan dan kuasa penuh kepada Lokman Efendi untuk memimpin dan meneruskan perjalanan Sheykh Abdul kerim Effendi:

“Lokman harus mengambil alih. Kebenaran dan restu saya sentiasa mengiringinya. Penerimaan saya adalah ke atas perlantikannya. Saya berikan ijaza/kebenaran ini dengan perintah dari GrandSheykh Abdullah Daghestani Hz. Beliau harus meneruskan perjuangan Sheykh  Abdul Kerim. “

-Sheykh Maulana Nazim el Kibrisi
Osmanli Dergahı – Lefke / Cyprus
Jun 30, 2012

bismillah_

Alhamdulillah, kami mengucap syukur yang tidak terhingga kepada Allah swt kerana telah dipertemukan dengan Sheykh kami. Dengan berpegang teguh kepada ajaran dan sunnah Rasulullah asws, beliau telah memberi bimbingan dan dorongan kuat di sepanjang usaha kami untuk memperkukuhkan iman dan memperbaiki akhlak diri agar tidak termasuk perangkap musuh yang amat dashyat ini. Musuh yang berada di dalam diri manusia, iaitu Ego sendiri.

Sheykh Abdul Kerim Hz adalah seorang yang berwawasan. Beliau sentiasa mempunyai matlamat bagi setiap saat yang berlalu dalam hidupnya. Dan matlamat hidup beliau tidak pernah cenderung kepada mengejar kemewahan hidup kerana beliau redha hidup dalam keadaan berpada-pada atau sederhana. Matlamat beliau bukanlah sesuatu yang bersifat egoistik. Tujuan hidup beliau tidak tertumpu kepada dunia dan bukan untuk kepentingan diri sendiri. Tujuannya adalah untuk Allah dan Rasul-Nya. Dan matlamat beliau amat besar. Bukan sesuatu yang kecil dan remeh-temeh.

Begitu juga dengan diri kita.  Kita harus mempunyai matlamat hidup. Tanamkan niat untuk menuju ke arah matlamat hidup kamu itu. Setiap hari yang berlalu, setiap minggu, setiap bulan, apakah yang perlu dikecapi? Itulah matlamat kamu.  Dalam hidup, kamu sentiasa mempunyai matlamat yang hendak kamu capai. Walau hanya untuk keluar berkerja bagi mengumpul wang untuk bersuka ria,  itu juga merupakan matlamat. Orang-orang beriman harus mempunyai matlamat yang lebih baik dari itu. Mereka harus lebih berwaspada dalam meniti kehidupan. Terutama sekali kehidupan pada masa kini yang penuh dengan permusuhan sesama manusia.

Dengan kembalinya Sheykh kami ke rahmatullah pada 30hb Jun 2012 bersamaan 10hb Shaban 1433h, maka kewujudan beliau di alam fana ini telah terhijab. Tetapi, usah dilupakan bahawa mereka adalah hazir dan nazir. Mereka tetap hadir dan sentiasa memerhatikan. Misi dan perjuangan serta ajaran dan didikan Sahib el-Sayf Shaykh AbdulKerim el-Kibrisi el-Rabbani  akan  kekal berterusan. Shaykh pernah mengingatkan kami semua di suatu masa dahulu, sewaktu sedang menjalankan ibadah kurban pada Hari Raya Eid al-Adha, bahawa sekiranya beliau meninggal dunia pada saat itu, maka adalah menjadi tanggungjawab sebahagian murid yang ada di situ untuk menguruskan jenazahnya dan bagi sebahagian yang lain, adalah wajib untuk mereka meneruskan dengan upacara kurban itu.

Kami sedang meneruskan misi beliau. Setiap kegiatan di Osmanli Dergah masih berterusan. Begitu juga dengan misi wakil-wakil beliau di seluruh dunia termasuk Germany, Turki, China, Peru, India, Malaysia,Cyprus. Semuanya berterusan. Perjuangan Sultan kami akan diteruskan dengan semangat kebersamaan dan azam yang kuat. Sheykh Abdul Kerim Hz adalah Sheykh kami dunia dan akhirat. Alhamdulillah, kami amat bersyukur kehadirat Allah swt kerana Dia telah menemukan kami, insan yang hina ini, dengan seseorang yang mempunyai kemuliaan dan kesucian nurani yang telah mengisi kekosongan jiwa ini dengan kesucian cinta Illahi.

InsyaAllah, kami akan bersatu kembali  dengan Seyh kami. Sememangnya itulah yang menjadi impian hidup ini; untuk menemuinya kembali dalam keadaan yang bersih dan lengkap dengan laporan-laporan baik atas segala usaha kami dalam meneruskan perjuangannya. Kami sangat mengimpikan saat-saat bertemu denganya di mana beliau akan merasa bangga dengan ketabahan kami menempuh pahit-getir dan liku-liku hidup yang penuh cabaran dan onak duri.

Khalifah Hoja Effendi

Sheykh Lokman Effendi Hz, Khalifah kepada Sahibul Saif Sheykh Abd Kerim Effendi Hz

floraldivider (2)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s