Osmanli Dergahi

Pada tahun 2002, di Sidney Center, New York , sebuah pusat Sufi telah ditubuhkan di atas nama Sheykh-ul Islam, Mevlana Muhammed Nazim al-Hakkani.

Pusat Sufi yang juga dikenali sebagai Dergah merupakan ‘ambang pintu’. ‘Ambang pintu’ yang dimaksudkan ini sesungguhnya membawa seseorang menuju kepada Pencipta yang maha Agung.

Islam menekankan pentingnya agar kaum Muslimin dan Muslimat menempuh cara hidup yang sederhana. Dergah adalah sebuah kawasan di mana kesederhanaan menjadi tunggak amalan cara hidup seorang murid. Setiap ibadah dilakukan dengan penuh keimanan dan keyakinan terhadap Pencipta yang esa, Allah s.w.t.

      

Dergah adalah sebuah tempat yang telah dikhususkan untuk beribadah, beramal, bermesyuarah dengan mengamalkan cara hidup ahli sufi. Cara hidup yang serba sederhana bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Rasulullah s.a.w serta amalan tradisi Ahli Sufi yang telah diwarisi selama seribu empat ratus tahun.

Dergah dibuka kepada umum. Seperti kata Rumi “Hadirlah sesiapa yang berminat. Ini adalah kawasan untuk berpadu kasih dan cinta sejati”.

Sheykh pernah menukil kata-kata dari Allmarhum Hazrat Hajja Anna, isteri kepada Grandsheykh yang berkata “Selamat datang kepada mereka yang hadir, dan selamat jalan kepada mereka yang pergi.” Tiada paksaan bagi mereka yang hadir, yang tinggal dan yang kembali.

Edeb, Ya Hu! –Terapkan Adab dan budi pekerti yang tinggi. Ini amat ketara di mana sahaja kamu berada di kawasan Dergah, sebagai peringatan kepada semua untuk menampilkan sifat dan sikap yang terbaik.

Islam menghargai fitrah yang murni dan ajarannya serta amalan para Muslimin harus bersealiran dengan tujuan mencapai fitrah murni ini.

Amal ibadah tidak akan mencapai tahap kesempurnaan dan tidak akan tertunai maksud tujuannya apabila ianya tidak dapat membentuk budi pekerti serta perilaku yang luhur dan lurus.

Budi pekerti luhur menjadi nadi bagi kekuatan Iman kerana ia membawa kepada kebijaksanaan, kepercayaan dan sikap rendah diri.

Adab merupakan perkara terpenting dalam amalan tradisi kerasulan. Seseorang harus mampu untuk mengutamakan hati dan perasaan mereka disekeliling dan membahagi-bahagikan apa yang mereka miliki walaupun hanya dengan secebis roti. Kemantapan fitrah yang baik terletak pada keimanan dan kebajikan.

Kegiatan di Dergah

Kesederhanaan dalam menempuhi hidup seharian menjadi teras di dergah. Ini dapat dicapai apabila seorang murid itu mendekatkan diri kepada keindahan alam semulajadi yang jauh dari kesibukkan dan kekeliruan arus pemodenan.

Selain memasak dan mengemas, murid akan diberi tugas seharian antaranya seperti mengembala kambing, menternak ayam dan itik, mengurusi ladang serta bercucuk tanam. Bermesraan serta menyesuaikan diri kepada alam semulajadi disamping berjinak-jinak dengan binatang akan dapat membantu seseorang itu untuk mengimbangi tenaga batin mereka. Ini seterusnya dapat memberi ketenangan di jiwa, meleraikan kekusutan di benak fikiran dan langsung membawa kepada keinsafan.

Di antara kegiatan-kegiatan yang dijalankan di sini termasuklah sohbet dan zikir pada setiap malam. ‘Loud Zikir’ diadakan pada setiap malam Jumaat. Turut disertakan ialah khutbah dan solat Jumaat. Ini diikuti pula dengan salat berjemaah pada setiap hari terutama sekali pada waktu salat Maghrib dan Fajar.

Hari-hari suci yang istimewa seperti Ramazam Bayrami dan Kurban Bayrami turut diraikan berserta dengan amalan tradisional penyembelihan kambing pada Hari Raya kurban. Terdapat juga malam-malam suci seperti Maulud, Ragaib, Baraat, Qadir dan Ashura yang turut dirai dengan sepenuh keikhlasan hati.

Tumpuan khas juga diberi bagi pendengaran dendangan muzik kesufian. Para tetamu,sama ada kaum muslim atau juga yang bukan muslim turut dialu-alukan untuk menyertai setiap aktiviti. 

Tarikatuna sohbah wai hayri fi jamiyah. “Perjalanan Tarikat adalah menerusi sohbet, dan segala rahmat terdapat pada jemaah dan perhimpunan.”

Sohbet(atau ‘sohbah’, ‘subha’) adalah berasosiasi dengan sheykh – duduk bersamaan dengan sheykh. Beliau akan memberi ucapan secara spontan bersandarkan sumber Illahi dengan mengaitkan kerohanian dirinya kepada sheykh beliau agar dapat memberikan ucapan mengenai perkara-perkara yang bersangkutan dengan mereka-mereka yang hadir. Kesemua perbincangan ini adalah bersifat segar dan nyata, sentiasa berlarutan, Inshyallah dari hari ke hari.

Sungguhpun ayat-ayat yang digunakan kelihatan mudah, terdapat sekurang-kurangnya tujuh lapisan tahap pemahaman. Kesempurnaan adab sewaktu mendengar akan mempertingkatkan lagi keupayaan untuk memahami setiap perbincangan melebihi daripada hanya satu tahap dan bukan sahaja dari sekadar tahap pemikiran yang cetek.

Ketika membaca dan mendengar, kita dinasihatkan agar berada di dalam keadaan ritual yang suci dan membebaskan diri daripada segala macam gangguan.

Naksibendi (Naqshbandi) Sufi Zawiyah di pergunungan Catskill, New   York.

Osmanli Naks-i’bendi Hakkani Dergahi merupakan sebuah Pusat Islam yang dibina khusus untuk beribadah kepada Allah s.w.t. Dergahi (sebutan der-ga-ha) telah didirikan dan diselenggarakan menurut dasar dan amalan keislaman. Pada tahun 2003, Pusat Dergah ini telah dirahmati dengan terukirnya nama Allah s.w.t di kolam kami. Nama itu telah diukir dengan timbunan salji-salji.

Kami adalah kaum muslimin. Islam adalah kepercayaan kami. Islam bererti menyerah kepada takdir Illahi dan mengakui bahawa tiada Tuhan melainkan Allah (yang maha esa) dan Muhammad s.a.w adalah utusan Allah seprtimana Isa, Musa, Ibrahim, Nuh dan Adam a.s. Muhammad s.a.w merupakan penutup bagi sekian rasul yang telah diutuskan. Seperti kebanyakkan kaum muslimin, kami adalah golongan Muslim Sunni.

Kami merupakan pengikut kepada Tarikat (aliran Sufi) Terunggul Naks-I-bendi Hakkani yang menjejak kembali tradisinya langsung kepada amalan hidup serta ajaran daripada Nabi Muhammad s.a.w. Kesufian ( gelaran arab, ‘Tasawwuf’ ) merupakan salah satu daripada ilmu sains keislaman. Di bawah bimbingan seorang Sheykh dari Tarikat tersebut, kesufian adalah cara untuk mensucikan diri seseorang daripada tabiat serta perilaku buruk demi untuk mempersiapkan diri bagi menghadapi alam akhirat dalam keadaan yang bersih. Kesufian merupakan rohaniah dalam Islam.

Rangkaian bagi penyaluran (setiap ajaran) telah didokumentasikan menerusi empat puluh orang Grandsheykh dari Tarikat ini yang menyusur galur kembali kepada Abu Bakar Siddik, teman pertama baginda Rasulullah yang telah diturunkan segala ilmu kesufian di dalam hatinya.

Pemimpin Nakshibendi bagi seluruh Dunia : Mevlana Sheykh M. Nazim al-Hakkani al-kibiris

Grandsheykh bagi tarikat Naks-I’bendi Hakkani adalah Sultan Evliya Mevlana Sheykh Muhammad Nazim al-Hakkani al-kibrisi. Pemangku beliau, Sheykh Abdul Kerim al-kibrisi telah menubuhkan pusat Dergah Osmanli Naks-I’bendi Hakkani yang terletak di pergunungan Catskill di New York pada tahun 2002, setelah menerajui kegiatan tarikat di New York selama suku abad.

Makam (keramat) bagi Grandsheykh Abdullah Daghestani, semoga Allah s.w.t. merahmati segala rahsia beliau, terletak di kawasan dergah.

Untuk keterangan selanjutnya, sila hubungi kami di alamat berikut :

OSMANLI NAKŞI’BENDi DERGAHI

Alamat Seyh Nazim Osmanli Dergahi,

New York 1683

Wheat Hill Road Sidney Center,

New York 13839 Tel: 001 (607) 369-4816

Website: http://www.naksibendi.org email: osmanlidergahi@naksibendi.org

 Seyh Nazim Osmanli Dergah, Johor Bahru

Hubungi Halit Tel: +60127402073, 

 email: halit.osmanli@gmail.com

Website rasmi: www.naksibendi.us

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s